Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

23 November 2015

Aku dan Majlis Pernikahan DrAsraf&DrTasha

Pada Sabtu 18 Oktober 2014.
Mereka berdua ditunangkan.


Pada Sabtu 21-11-2015.
Jam 10.30 pagi.
Mereka berdua dinikahkan.


Kali ini aku hadir sebagai pemerhati sahaja.
Dah tak larat nak usung kamera DSLR aku.
Pihak pengantin perempuan pun dah pasang tiga cameramen.
Cukuplah aku sebagai pemerhati sahaja.


Majlis pernikahan di Johor memang agak kompleks.
Tok kadi sibuk mengisi borang-borang didepan pengantin.
Tok kadi sibuk menyemak kad pengenalan para saksi didepan pengantin.
Lepas tu sibuk mengambil tandatangan para saksi.
Berhelai-helai borang perlu ditandatangan.
Pada aku ianya patut dibuat terlebih dahulu.
Jadi depan pengantin tinggal lafaz akad sahaja.
Lebih mudah dan ringkas.


Alhamdulilah.
Dengan sekali lafaz sahaja.
Mereka sah menjadi suami isteri.
Tahniah kepada PokDe dan MokDe.
Tahniah kepada DrUddin.
Tahniah kepada semua.


Bulan depan majlis dipihak lelaki pula.
Majlis akan diadakan didewan.
Bukan buat dirumah macam majlis PokTeh tempohari.
Jadi persiapannya kurang sedikit.
Dapatlah kami berehat lebih sedikit.









3 ulasan:

  1. wahhh hantaran ps4 tu ... tahniah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah pasal.
      Pasangan zaman sekarang...

      Padam
  2. Best nyer..

    https://plus.google.com/+ZazlanTonsiti/posts

    BalasPadam