Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

01 November 2015

Aku dan Nasi Goreng Bukan Lagi Jaguh Kampung


Aku cuti hari ini.
Cuti merayakan kejayaan team JDT malam tadi.
Aku cuti bersama-sama anak-anak di rumah sahaja.
Wife pulak takda.
Jadi golek-golek depan tv sahaja.
Jam baru pukul 3.00 petang.
Rasanya baru sahaja lepas makan tengahari.
Tetapi anak-anak dah bising kelaparan.
Nak beri makan apa ya?


Buka peti sejuk.
Nampak bahan-bahan asas.
Ada cili.
Ada belacan.
Ada ikan bilis.
Ada kangkung.
Cukup untuk buat Nasi Goreng Kampung.


Mula-mula tanak nasi dulu.
Selepas itu tumbukkan bawang merah, bawang putih dan belacan.
Tumbuk hingga lumat untuk jadikan pes.
Panaskan minyak dalam kuali.
Goreng ikan bilis sehingga garing.
Kemudian angkat dan asingkan.
Goreng hancur dua biji telur dan angkat.
Tambah sedikit minyak masak.
Tumis bahan pes tadi hingga naik baunya.
Tambahkan udang, ayam, daging dan apa yang ada jika ada.
Kemudian masukkan batang kangkung dahulu.
Bila sudah layu masukkan daunnya pulak.
Akhir sekali masukkan nasi.
Tambah garam dan serbuk perasa ikut rasa.


Gaul dan goreng sesedap mata memandang.
Akhir sekali masukkan ikan bilis dan telur hancur yang telah digoreng tadi.
Hidangkan panas dan sedia untuk dinikmati.


Semalam aku ada makan disebuah restoran di Taman Nong Chik.
Cantik restorannya.
Dekorasinya memikat.
Suasananya pun sangat nyaman.
Namun makanannya sangat mengecewakan.
Anak ada order Nasi Goreng Sotong.
Nasinya dah sejuk.
Sotong gorengnya berminyak.
Dan ikut tekak anak aku,
nasi goreng kat rumah jauh lebih sedap daripada yang dimakannya.
Dan memandangkan ini pertama kali aku singgah direstorannya,
aku pun mencuba Lamb Chopnya.
Portionnya memang banyak.
Sesuai dengan nama restorannya.
Namun Lamb Chop aku pun dah sejuk.
Seolah2 dah lama dimasak.
Dipanaskan dalam mikrowave sebelum dihidangkan.
Luarannya garing.
Tetapi dalamnya sejuk.
Nasib baik aku bukan Chef Irvin dalam Restaurant Impossible.
Kalau tidak aku dan panggil tukang masaknya ke depan.
Aku tak berani nak suruh anda datang mencuba.
Jadi aku tak sebut nama restorannya disini.


Selamat bercuti kawan2.









7 ulasan:

  1. Nasi goreng kampung masak sendiri mmg terbaiklah Doc. Saya pun suka.masukkan sayur sampai masak barulah masukkan nasi.

    Oh saya selalu berkejam. Saya akan panggil manager kedai dan bincang tentang kualiti makanannya.

    BalasPadam
  2. hmm memang fail la gitu ..tmbh2 klu mahal kan ..mmg tak berbaloi ...
    tp tuan doktor klu skrg ni kecoh musim demam kepialu ..mkn yg sudah lama dimasak mcm tu mudah terdedah tak pd virus???

    BalasPadam
    Balasan
    1. Virus lain iye.
      Tapi bukan bakteria demam kepialu.
      Demam kepialu merebak melalui pengendali makanan yang kurang menjaga kebersihan.
      Juga mempunyai bakteria tersebut dalam badannya.

      Padam
  3. Hmmm... kena tegur tu.... TAPI
    saya pun macam doktor juga - kalau takde perkara melampau, setakat tak best je, lepas makan saya bayar dan balik. Lepas tu tak datang lagi.... huhu :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bila saya buka Foursquare pasal restoran ini,
      kebanyakannya komplen benda yang sama.
      Sejak tahun 2014 lagi.
      Tapi nampaknya pengurusan buat tak endah sahaja.
      Takda inisiatif untuk upgrade atau ubah apa2 yang patut.

      Padam
  4. Sedap pulak tengok nasik goreng kampong masakan Doc...saya sendiri lama dah tak masak nasingorengvkampongvselalu kalau nak makan order di kedai saja

    BalasPadam