Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

14 November 2015

Aku dan Pesakit Hari Ini


Seorang lelaki berusia 23 tahun.
Menjadi pesakitku semenjak berusia 13 tahun lagi.
Bermula dengan penyakit Asthma.
Diikuti dengan penyakit radang sendi.
Penyakit Gout untuk diagnosis lebih tepat.
Itu yang aku agak hairan.
Muda-muda lagi dah kena gout.
Beliau pernah dimasukkan ke wad kerana masalah buah pinggang pada tahun 2012.
Doktor ada menyatakan bahawa buah pinggangnya kecil sebelah.
Tetapi beliau tak hadir untuk rawatan susulan.
Mulai tahun 2013,
beliau semakin kerap diserang radang sendi.
Kadang-kadang berhari-hari beliau tak boleh jalan.
Makan ubat penahan sakit pun tak berkesan dah.
Lalu beliau beralih ke rawatan alternatif.
Pun tak berkesan jugak.

Akhir tahun 2013,
aku buat ujian darah ke atas beliau.
Buah pinggangnya sudah menunjukkan kemerosotan.
Paras Ureanya tinggi ( 14.7 )
Paras kolesterolnya sangat tinggi ( 7.0 ).
Paras Asid Uriknya tinggi ( 530 ).
Aku rujuk beliau ke Klinik Kesihatan.
Berharap beliau akan dirujuk ke klinik pakar.
Namun doktor pesakit luar tak buat apa-apa.
Dihantarnya balik dengan Paracetamol dan Colchicine sahaja.
Sia-sia sahaja aku tulis surat panjang lebar.
Langsung tidak dirujuk ke klinik pakar.
Sedih aku.
Aku buntu.
Tak tahu nak rujuk ke mana lagi dah.

Mac tahun ini.
Aku rujuk beliau ke hospital pakar swasta di Johor Bahru.
Itupun selepas insurans majikannya setuju untuk menanggung kos rawatan.
Beliau tinggal di wad lebih daripada seminggu.
Doktor memberitahu bahawa buah pinggangnya dah rosak teruk.
Mungkin kerana terlalu banyak makan ubat penahan sakit.
Beliau dinasihatkan untuk bersedia memulakan dialisis buah pinggang.
Sebelum keluar daripada wad,
tapak AVF telah dibuat.
Beliau setuju buat sebab doktor tak benarkan beliau keluar wad selagi AVF tidak dibuat.
Beliau dan ahli keluarganya sememangnya tak bersetuju untuk mulakan dialisis.
Mereka takut dengan kesan jangka panjangnya.
Ramai saudara dan jiran-jiran yang buat dialisis,
telah berakhir ditanah kubur.
Puas aku menasihatkan mereka.
Ibubapanya pun aku pernah panggil.
Tetapi mereka masih tak bersetuju.

Mulai bulan 6 yang lepas.
Beliau dibawa berubat secara alternatif di Perak.
Ada bomoh boleh menyembuhkan penyakitnya dengan guna air jampi sahaja.
Selepas berubat beberapa kali,
beliau kata beliau dah sedikit sihat.
Walaupun mukanya semakin pucat,
beliau menafikan ada simptom-simptom yang lain.
Paras Urea meningkat daripada 14.7 kepada 27.4.
Paras Creatinine meningkat kepada 696.
Aku dah tak kuasa nak menasihatinya.
Aku hanya mampu memerhati dan berdoa.
Semoga ada jalan penyelesaian untuk penyakitnya.

Awal minggu ini beliau datang ke klinik.
Cuti tahun dah habis.
Cuti MC pun dah habis.
Sekarang beliau kerja selang sehari.
Banyak ambil cuti berbanding kerja.
Mukanya semakin pucat.
Badannya sakit-sakit.
Pinggangnya pun sakit.
Kerja lebih sikit rasa mudah penat.
Tidur malam asyik batuk sahaja.
Lalu aku cadang mengambil darahnya.


Dan ini keputusan ujian darahnya yang terkini.
Toksin dah penuh dalam darahnya.
Darah merahnya pun tinggal separuh.
Beliau perlu menjalani dialisis dengan seberapa segera.
Tiada pilihan lain.
Itulah muktamadnya.
Hidup atau mati.
Masalahnya.
Kos rawatan dipakar swasta dah habis untuk tahun ini.
25 ribu telah habis digunakan masa beliau dimasukkan ke wad tempohari.
Kena tunggu tahun depan untuk bajet baru.
Maka beliau perlu ke hospital kerajaan.
Tiada pilihan lain.
Muktamad.
Hidup atau mati.

Demikianlah adanya.
Seorang lagi pesakit aku tewas.
Aku tertanya-tanya dimana silapnya?
Siapa yang harus dipersalahkan?
Pesakit sendiri yang tak pandai menjaga kesihatan?
Doktor yang hanya merawat penyakit dan bukannya pesakit?
Ibubapa yang tak yakin dengan rawatan moden?
Saudara-mara dan jiran yang mencadangkan rawatan alternatif?
Aku dah menjalankan tanggungjawab aku.
Memberi rawatan,
memberi nasihat,
memberi pilihan jalan penyelesaian,
tetapi doktor bukannya tuhan.
Allah yang menentukan segala-galanya.

Ingat dengan pesakit ini?
Kehidupannya lebih sihat selepas dia kena dialisis.
Kalau sebelum dialisis,
kerjanya banyak.
Dan semenjak dia sibuk dengan jadual dialisis,
kerja pejabatnya dah semakin kurang.
Hidupnya lebih terkawal.
Tekanan darah dan paras gulanya pun sama.
Jadi siapalah kita untuk menentukan?
Perancangan Allah lebih hebat.

Salam hujung minggu kawan2.








9 ulasan:

  1. Entah kenapa baca entry ni, mata saya masuk habuk. Sob..sob...sedihnya. Ini mentaliti masyarakat Malaysia, atau something wrong dgn sistem pendidikan dan kesihatan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sesetengah orang susah sangat nak percaya perubatan moden.
      Terlalu banyak disogok dengan cerita2 magical diinternet.
      Orang kita bukannya tak rajin membaca.
      Tetapi baca perkara-perkara bukan ilmiah.
      Habis camna?

      Padam
  2. Memang la ajal maut di tangan tuhan tapi sedih bila orang2 disekeliling dia lebih bercaya bomoh daei doktor...bila sakit pandai jugak caei jalan ke klinik...susah nak hadam... :(

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  4. salam dr,

    ayah saya juga seorang pesakit buah pinggang dan menjalani dialisis. pada mulanya ketika buah pinggang ayah saya disahkan gagal berfungsi saya masih tahun pertama disebuah universiti. Dengan 3 orang adik beradik yang masih belajar dan ibu yang tidak bekerja, saya rasa masa depan saya gelap bila ayah saya kena dialisis. ayah saya juga cuba mengelak utk menjalani dialisis. saya down utk belajar sampai terpaksa berjumpa kaunselor. sampailah saya berjumpa dengan seorang doktor secara kebetulan yang mengubah segalanya tentang hidup saya dan keluarga. pesakit buah pinggan yang menjalani dialisis ini cuma perlukan sokongan dan kekuatan dari ahli keluarga. mereka akan kuat kalau kita kuat dan positif. alhamdulillah, saya bangkit dan mengadu segalanya pada Allah. saya pujuk ayah saya menjalani dialisis. selepas menjalani dialisis ayah saya semakin sihat dan kuat ( pada mulanya hanya terlantar dikatil sahaja) malah ayah saya juga mampu pergi kerja semula. Alhamdulillah, dialisis sangat membantu kelangsungan hidup ayah saya. sekarang dah berpencen dan saya juga dah menamatkan pengajian. Allah mudahkan saya mendapat pekerjaan 4 bulan selepas bergelar graduan. alhamdulillah, saya sebolehnya mengelakkan sebarang rawatan alternatif lain terhadap ayah saya kerana pernah terjadi ibu saudara memberi minum air (saya lupa air apa) dan ayah saya sesak nafas selepas minum air tersebut. saya redha ayah saya menjalani dialisis sehingga hujung nyawa sekalipun. sekurang-kurangnya Allah bagi saya dan adik beradik lain peluang untuk menjaga ayah saya sebaiknya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tahniah.
      Teruskan usaha.
      Allah bersama-sama kita.

      Padam
  5. Doc Zul... jangan give up... kita buat yang terbaik... sabar ye...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah seminggu tunggu.
      Dia pun tak datang2 ambil report.

      Tak pasti kat mana lagi dia pergi berubat...

      Padam
  6. good info doc, mugo dimanfaatkan kisah budak nih.,

    BalasPadam