Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

09 November 2015

Aku dan Poring Canopy Walkway


Kolam Air Panas Poring adalah tempat perkelahan popular untuk penduduk tempatan.
Ramai suka datang mandi air bersulpur untuk kekal cantik dan awet muda.
Tetapi aku datang bukan untuk mandi manda.
Aku berangan kononnya nak berjalan-jalan di atas titian.
Berjalan di atas pokok.
Sambil melihat pemandangan dari atas.


Poring Hot Spring ini dijaga rapi.
Kebersihannya sangat memuaskan.
Tiket masuk 3 ringgit seorang.
Kalau nak naik titian tu,
kena beli lagi tiket 3 ringgit.
Bawa kamera tambah lagi 3 ringgit.
Taklah mahal sangat kan?


Perjalanan nak ke titian memang memenatkan.
Keseluruhan 500 meter termasuk mendaki anak-anak tangga menaiki bukit.
Kalau kira kalori badan yang dibakar,
sekilo lemak badan dibakar rasanya.
Apatahlagi bila aku dan anak-anak tidak berpakaian sepatutnya.
Aku pun pakai selipar sahaja.
Dalam hati rasa menyesal pulak buat aktiviti ini.


Untuk perjalanan ini,
aku ditemani anak-anak dua orang sahaja.
Wife dan anak sulung tak nak ikut.
Mereka tunggu diluar sahaja.


Lebih setengah jam masa diambil untuk mendaki anak-anak tangga.
Bila dah sampai ditempatnya,
barulah terasa gayatnya.
Titiannya nampak dah usang.
Warnanya pun dah kelam.
Bila dipijak ianya beralun.
Kadang-kadang kedengaran bunyi menakutkan.
Dah terbayang kalaulah ada yang putus.


Alang-alang dah sampai.
Aku teruskan juga hasrat hati.
Laluan ke stesen pertama taklah jauh sangat.
50 meter sahaja jaraknya.
Tetapi terasa sangat jauh.
Kakiku terasa sejuk dan berpeluh-peluh.
Jantung dan nadi jangan ceritalah.


Selepas selamat sampai distesen pertama,
aku pandang ke bawah.
Tiada apa yang kelihatan.
Hanya semak-samun dan pokok-pokok yang kelihatan.
Tak nampak pun pemandangan gunung yang dihajatkan.
Mungkin kena berjalan depan lagi agaknya.
Khabarnya kalau aku teruskan,
ada 175 meter jarak yang aku perlu lalui.
Agak-agak pukul berapa nak siap.
Nak berpatah balik lagi?
Tengahari pun belum tentu dah sampai.


Maka aku buat keputusan.
Mari kita berpatah-balik.
Tak berbaloi dengan masa dan keadaan sekarang.
Kalau ada orang bertanya,
aku dah sampai di sini.
Keratan tiket menjadi bukti.
Bukannya orang tahu pun aku hanya sampai distesen pertama sahaja.


Perjalanan balik agak laju.
Masa aku menuruni tangga,
ada sekumpulan warga tua daripada Kota Tinggi sedang mendaki.
Umur lebih 50 tahun.
Yang perempuan sebaya umur dengan emak aku rasanya.
Kalaulah mereka boleh naik sampai atas dan habis keempat-empat stesen,
memang aku kena gantung diri nampaknya.
Malu beb.

Apa-apapun,
aku kena balik dan mula bersenam nampaknya.

Bersambung.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan