Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

28 November 2015

Aku di Seminar On Functional Medicine


Awal pagi hari Jumaat.
Aku dah sampai di Le Grandeur Hotel Senai.
Dah dua bulan diwar-warkan pasal seminar ini di Whatsapp group.
Tetapi aku buat tak endah sahaja.
Aku memang agak skeptik bila orang bercerita pasal Functional Medicine.
Sesuatu yang menyimpang jauh daripada apa yang aku belajar dan amalkan sekarang.
Sesuatu yang aku anggap sebagai bida'ah.
Sesuatu yang aku anggap sebagai satu skim untuk cepat kaya.
Sesuatu yang bukannya evidence based medicine.
Pseudoscience.
Itulah anggapan awal aku sebelum masuk ke dalam dewan kuliah.


Kehadiran untuk seminar ini adalah sederhana sahaja.
Target 100 orang.
Tetapi kedatangan sekitar 60-70 peserta sahaja.
Ini seminar pertama anjuran PERDIM Johor.
Jadi padaku kedatangan memang agak memuaskan.
Lagipun untuk menjadi peserta bukannya percuma.
Kena bayar yuran penyertaan tak termasuk bilik penginapan.
Yang datang pun bukan setakat doktor daripada Johor sahaja.
Daripada Melaka juga Negeri Sembilan pun ada.


Seminar dimulakan agak lewat sedikit daripada jadual asal.
Dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Cif PERDIM Johor.
Diikuti dengan ucapan perasmian oleh Presiden PERDIM Pusat.
Ceramah pertama ialah Pengenalan Kepada Functional Medicine.
Disampaikan oleh YB Dr Azman Ismail, Ahli Parlimen Kuala Kedah.
Beliau seorang yang lantang berucap di parlimen.
Aku selalu juga tengok ucapan beliau di Youtube juga FB.
Memang berkarisma orangnya.
Beliau berhujah dengan ilmu.
Bukannya dengan emosi dan otak kosong seperti MP yang lain.
Tiba-tiba otakku seperti kena bom.
Idea-idea baru mula masuk membuka mata dan fikiranku.
Functional Medicine bukannya pseudoscience.
Functional Medicine bukannya bida'ah.
Functional Medicine kembali kepada alam ciptaan Ilahi.
Makanan kita sepatutnya menyihatkan kita.
Makanan kita sepatutnya menjadi ubat dan penawar kepada penyakit kita.
Beliau membawa aku kembali kepada pelajaran Fisiologi dan Biokimia.
Sesuatu yang aku dah lupa sama sekali. 
Selama ini aku dah sangat terpengaruh.
Dengan pembohongan dan ideologi daripada kapitalis-kapitalis barat.


Dr Azman berceramah untuk sessi kedua dengan tajuk Let Thy Food Be Thy Medicine.
Bercerita mengenai Omega 3 dan Omega 6.
Astaghfirullahalazim.
Aku rasa seperti orang bodoh.
Aku rasa MBBS aku seperti dah tak berguna.
Dan selama ini aku memberi nasihat yang salah kepada para pesakitku.
Aku rasa seperti nak menangis.
Besarnya kesalahanku kepada para pesakitku.
Garam bukan penyebab utama darah tinggi.
Minyak dan lemak penyebab utama kolesterol.
Makanan manis punca penyakit kencing manis.
Makanan laut penyebab sakit gout.
Kegemukan adalah penyakit genetik.
Darah tinggi adalah penyakit genetik.
Penyakit-penyakit kronik tidak boleh diubat.
SEMUANYA SALAH BELAKA!


Disebelah petangnya ada seorang lagi penceramah.
Dr Saifuzzaman  Yusoff yang didatangkan khas daripada Tawau Sabah.
Beliau bercerita mengenai pengalamannya sebagai seorang yang anti-Sugar.
Beliau bercerita mengenai kehidupannya sebagai bekas penghidap Diabetes tegar.
Penerangannya cukup jelas dan mudah.
Kalau Ethanol dalam arak itu haram,
Gula pun patut diharamkan kerana kesan jangka panjangnya adalah sama.
Selain daripada itu,
beliau juga bercerita mengenai PRP ( Platelet Rich Plasma ).
Satu prosedur mudah untuk mengubati kesakitan kronik, luka kronik
juga untuk awet muda.
Pertama kali dalam sejarah hidupku,
aku langsung tak rasa mengantuk sepanjang seminar dijalankan.



Antara ceramah ada waktu rehat selama 10 minit.
Ada tayangan video pendek oleh pihak penaja.
Cuba google tentang Naturallyplus.
Ada beberapa produk untuk dikaji dan difikir-fikirkan tentang kegunaannya.
Di luar dewan,
ada beberapa booth produk-produk kesihatan.
Menjual mesin ultrasound,
menjual system untuk klinik,
menjual makanan kesihatan,
dah jadi seperti bazar gamaknya.
Menjual tudung bawal pun ada.
Tetapi masa tak mengizinkan untuk aku melawat satu-satu.
Baru tengok satu booth,
loceng dah bunyi untuk ceramah seterusnya.


Pukul 5.15 petang.
Sepatutnya ada sessi soal jawab bersama EXCO Kesihatan Negeri Johor.
Malangnya sampai 5.40 petang beliau masih tak kelihatan.
Beliau sangkut di tengah jalan kerana ada kemalangan di lebuhraya Ayer Hitam- Spg Renggam.
Maka sessi itu dibatalkan kerana ramai peserta yang dah mula meninggalkan dewan.


Tugas aku berakhir dengan sessi bergambar beramai-ramai.
Daripada 70 peserta,
hanya separuh yang masih tinggal untuk bergambar bersama-sama.
Seperti biasa,
aku memang takkan ada didalam gambar.
Jadi tak payah susah-susah nak meneka.


Gambar terakhir kiriman AJK ke dalam group Whatsapp.
Gambar kenangan bersama VIPs termasuk EXCO Kesihatan Negeri Johor.
Pada masa itu aku dah dalam perjalanan balik ke kampung.
Ada janji dengan emak aku.



Bersambung.


2 ulasan:

  1. Bro, boleh cerita kan sikit dalam next entry tentang Functional Medicine ni...
    Saya pun risau, selama ni saya salah nasihatkan patient!

    BalasPadam
  2. InsyaAllah
    Kena study banyak lagi ni...

    BalasPadam