Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

09 November 2015

Aku Mencari Bunga Rafflesia


Disepanjang jalan menuju ke Kolam Air Panas Poring,
ada beberapa banner digantung.
Tempat untuk melihat bunga Rafflesia.
Bunga terbesar di dunia.
Bunga yang hanya terdapat di Sabah.
Kalau nak cerita pasal bunga ini,
korang google sendiri.
Takpun baca ini.


Aku cuma nak cerita di sini.
Bagaimana orang tempatan boleh berniaga.
Membawa pelancong melihat dan menyaksikan.
Bunga ini berkembang.
Bila aku dah setuju dengan harga,
( harga masih boleh ditawar ya! )
mereka pun membawa aku ke tempat yang dimaksudkan.


Jalannya dijaga rapi.
Dikanan kiri jalan ada dilabelkan pokok-pokok tempatan.
Pokok-pokok yang dah biasa aku jumpa.
Pokok-pokok yang aku langsung tak heran.


Kawasan dimana bunga itu berada memang eksklusif.
Siap dipagar dan dibumbungkan.
Bila dah tengok dengan mata kepala sendiri,
barulah puashati aku.


Hairan juga aku.
Bunga tanpa daun.
Bunga tanpa akar.
Macamana boleh hidup?
Fikir-fikirkan.


Bersambung.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan