Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

09 November 2015

Aku di Tagal Sg Moroli Kg Luanti


Ini lokasi penjelajahan terakhirku.
Letaknya dekat sahaja dengan Ladang Teh Sabah.
Kalau ikut bahasa Dusun Kadazan,
Tagal bermaksud Tiada aktiviti menangkap ikan dibenarkan.
Bermaksud ikan-ikan disungai ini dibiarkan membiak dan hidup aman.
Ada disebut bahawa penduduk kampung ini 'melatih' ikan-ikan ini untuk bekerja dengan mereka.
Macamana melatihnya aku pun tak tahu.


Tempat ini terkenal dengan 'Fish Spa'nya.
Ikan-ikan di sini sangat jinak dan manja.
Pantang ada tangan dan kaki yang mencecah air,
Habis dikerumunnya.
Digigit-gigit seolah-olah diurut.
Padaku bukannya diurut.
Mereka kelaparan agaknya.
Dan mereka ingat yang datang itu makanan mereka.
Kalaulah ikan-ikan ini ada gigi seperti piranha,
memang tinggal tulanglah jawabnya.


Untuk masuk ke kawasan sungai tersebut,
kena beli tiket dulu.
Rendam kaki 5 ringgit.
Rendam satu badan 10 ringgit.
Bawa kamera tambah 3 ringgit.
Masa diberikan ialah 15 minit.


Sementara menunggu giliran aku,
kedengaran jeritan suara kakak2 yang sedang menjalani 'rawatan'.
Dan bila giliran aku dipanggil,
cepat-cepat aku menyahut.
Keterujaannya memang tak boleh ditahan-tahan.
Makanan ikan boleh dibeli dikaunter.
Sebungkus kecil berharga 20 sen.
Sekali campak sahaja terus berebut dipungut oleh ikan-ikan tersebut.
  

Memang hairan dan ajaib.
Ikan-ikan yang sepatutnya takut dengan manusia boleh jadi sebegitu jinak.
Rasanya ilmu yang digunakan oleh orang kampung tersebut,
boleh diajar kepada orang lain.
Tetapi dimana lokasi lain yang ada ikan-ikan sebegini?
Kalau tanya ikan jenis apa aku pun tak pasti.
Yang pasti jenis ikan sungailah.
Ikan yang macam sedap sahaja jika dipanggang atau digoreng.


Hanya aku seorang yang berani menghulur kaki dalam air.
Anak-anak aku semuanya takut.
Bila aku masukkan kaki dalam air,
terus ikan-ikan ini datang mengerumuni aku.
Rasanya mereka datang meminta makanan.
Dan gigitan manja pada kaki kita ibarat kucing yang menggesel-geselkan badan pada tuannya.
Mana ada istilah makan sel-sel mati dan boleh mencantikkan kulit?
Itu strategi pengiklanan sahaja.
Tetapi mungkin betul jugak.
Bila aku naik ke darat,
aku kira banyak bulu kaki aku yang dah takda.
Dah berkurangan.
Kulit kaki pun dah semakin putih, gebu dan licin.
Tak payah susah-susah nak beli produk QuPuteh.
Ha ha ha.


Ada sambungan lagi ke?
Tengoklah.


3 ulasan:

  1. ikan tagal ..bole d tangkap tp cuma pada hari yg telah ditetapkan..sungai yang telah digazetkn sebagai sungai tagal..mmg dilarang menangkap ikan dlm apa bntuk skli pun..tp bila tiba musim tagal/bole tngkap ikan..org kampung akan bergotong royong menangkap ikan..dan hasil tangkapan akan dibahagi sama rata kepada semua penduduk kampung..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak lalu dah nak makan.
      Kang jumpa macm2 dalam perut ikan tu..
      Eii..

      Padam
    2. Salam bro..dan x terkecuali bulu kaki segala mcm manusia.agaknya jari kuku kaki ada x?

      Padam