Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

09 November 2015

Aku Mencari Teh Sabah


Selepas penat berjalan-jalan membakar kalori di Poring,
aku ke Ladang Teh Sabah pulak.
Letaknya kira-kira 20 km daripada Air Panas Poring.
Aku kena patah balik jalan kembali ke Ranau.
Korang tengok Waze lagi senang.


Jalan masuknya seperti masuk kebun kelapa sawit di Johor.
Jalannya tidak bertar dan berdebu.
Hanya batu-batu kasar yang dimampatkan.
Dalam kepala dah terbayang pemandangan ladang teh,
sambil menghirup teh tarik dan manisan.
Tetapi khayalanku hanya tinggal khayalan.
Cuaca panas terik.
Lagipun restorannya sedang dalam pembinaan semula.
Yang ada hanya satu dewan makan di atas bukit.
Jauh berbeza dengan apa yang aku alami masa di Cameron Highlands.


Aku tak jadi nak duduk dan minum-minum.
Orang pun tak ramai masa aku sampai.
Jadi aku jalan-jalan ditengah panas sambil memegang kameraku.
Pemandangan memang cantik.
Tetapi panas terik menggangguku.
Penat berjalan di Poring belum habis,
ditambah pula dengan yang ini.
Pengsan aku.


Ladang Teh ini memang dijaga rapi.
Kelihatan beberapa orang pekerja sedang sibuk memungut teh diladang.
Sesekali kenderaan pacuan 4 roda lalu membawa para pekerja.
Di atas bukit,
ada satu kilang memproses teh.
Boleh ikuti lawatan kalau berminat.
Tetapi aku dah macam hilang minat.
Dah tak larat nak berjalan-jalan lagi.




Tiba-tiba aku terpandang satu plak.
Juga artikel-artikel yang ditampal.
Ini tempat bersejarah rupanya.
Hasil bacaan aku dapat buat satu rumusan.
Semasa Jepun menawan Singapura,
ramai warga asing termasuk warga Australia telah ditawan dan dibawa ke sini.
Mereka diarahkan berjalan kaki untuk membina rel kereta api.
Ramai yang mati.
Yang hidup pun ramai yang dibunuh.
Ini cerita seorang warga Australia.
Yang mati di atas bukit ini.
Aku pernah tengok rencananya di HistoryChannel.
Bukunya pun aku pernah tengok. 


Pada tahun 2005,
sekumpulan pengkaji daripada Australia telah melalui kembali perjalanan maut ini.
Dan mereka kenalpasti ladang ini sebagai sebahagian daripadanya.
Lalu mereka membina tugu peringatan di sini.


Sebelum balik,
sempat juga aku beli sedikit teh untuk dirasa.
Tehnya agak pekat.
Walaupun uncangnya kecil sahaja,
tetapi cukup untuk satu jag air.
Rasanya lebih kurang sahaja dengan teh disemenanjung.
Aku bukan peminat teh.
Jadi aku tak dapat rasa perbezaannya.


Bersambung.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan