Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

20 November 2015

Aku di Doubletree Hilton JB

Pada satu petang hari cuti.
Aku mendapat undangan.
Untuk menghadiri Dinner Talk.
Biasalah cerita-cerita pasal ubat-ubatan.
Lokasinya di Hotel Doubletree By Hilton Johor Bahru.
Kebelakangan ini aku memang banyak dapat undangan.
Tetapi tak semua aku pergi.
Aku pilih tajuk.
Aku pilih masa.
Aku pilih lokasi.
Aku juga pilih jenis makanan yang akan dihidangkan.
Kalau semuanya kena,
barulah aku akan menghadirinya.


Dinner Talk ini diadakan secara Web Cast.
Penceramahnya seorang pakar Nephrologi daripada USA.
Tajuknya berkenaan dengan kerosakan buah pinggang akibat pengambilan painkillers.
Memang kebelakangan ini ramai juga pesakit aku yang sebegini.
Jadi bolehlah aku tambah ilmu sedikit sebanyak.
Aku tiba di lobi hotel kira-kira jam 7.40 malam.
Beberapa kali drug rep yang incharged ingatkan aku.
Datang jangan tak datang katanya.

Bilik persidangannya bukan terletak disekitar lobi hotel.
Letaknya di tingkat 11.
Masa aku sampai,
ada kira-kira 30 orang peserta lain sudah sedia menunggu.
Tak seorang pun aku kenal.
Lelaki melayu hanya aku seorang sahaja.
Seperti drug talk sebelum ini,
takda doktor sebaya aku yang hadir.
Semuanya pangkat datuk nenek aku tengok.
Ada beberapa orang yang lebih muda.
Tetapi bukan doktor sepertiku. 
Pegawai farmasi daripada Gleneagles Medini yang baru dibuka.


Tepat jam 8 malam.
Ceramah dimulakan.
Walaupun menggunakan internet,
siarannya terang dan jelas.
Seolah-olah penceramah ada didepan mata.
Langsung tiada time lag dirasakan.
Ceramahnya pendek sahaja.
Tak sampai pun 40 minit.
Mula-mula cerita bab sejarah.
Dan diikuti dengan masalah-masalah berkaitan kerosakan buah pinggang.
Mula-mula aku OK.
Tetapi bila dah masuk cellular level,
kelam-kabut otak aku nak mencerna.
Setakat glomerulus aku OK lagi,
bila dah keluar gambarajah rangkaian chemical,
aku dah blurred dah.
Tapi aku rasa bukan aku seorang sahaja.


20 minit terakhir adalah sessi soal jawab.
Aku boleh bertanya soalan secara direct melalui laman web mereka.
Tak sangka.
Satu dunia bertanya soalan.
Khabarnya,
kat Malaysia sahaja ada 5 tempat mengikuti ceramah yang sama.
Bukan sahaja Johor Bahru,
KL, Ipoh, Kuching juga Penang ada sessi yang sama.
Luar negara termasuk UK, Indonesia, Thailand, Taiwan juga Hong Kong.
Pergh!
Kira tahap internasionale gamaknya.


Pukul 9 malam.
Aku diiringi ke tempat makan di tingkat 13.
Restoran masakan Itali.
Kalau ikut recce aku di Tripadvisor,
restoran ini jatuh nombor 4 untuk restoran terbaik di JB.
Itu satu lagi sebab kenapa aku nak sangat ke sini.
Restoran ini memang cozy.
Suasananya suram sahaja.
Tetapi dipintu masuk,
botol-botol minuman keras disusun sebagai hiasan.
Pekerja-pekerjanya ramai.
Kelam-kabut bila nampak kami datang.
Masa aku datang,
hanya rombongan daripada company aku sahaja yang ada.
Tiada pelanggan lain.


Aku dihidangkan dengan Set Dinner.
Caesar Salad sebagai starter.
Kobis rangup digaul dengan cheese, potongan roti sejuk dan telur rebus.
Main coursenya ada 3 pilihan,
ikan, ayam ataupun daging kambing.
Penutupnya dessert Tiramisu.
Pemanis mulut yang digaul dalam gelas.
Dan ditabur serbuk coklat diatasnya.

Kesimpulannya?
Makanannya so-so sahaja.
Takdalah sedap mana pun.
Makan kat restoran Thai lagi sedap.
Lagipun food presentation memang out.
Aku dah biasa tengok Masterchef.
Jadi expectation aku tinggi.
Nak bubuh gambar dalam ni pun macam tak tergamak pulak.
Dan minta maaflah.
Walaupun aku dapat makan free,
aku masih anggap tak berbaloi.
Mungkin sebab lidah dan tekak aku.
Yang jarang makan makanan western.
Tapi kalau bandingkan dengan makan lamb chop kat tempat lain,
kat tempat lain lagi sedap.


Pukul 10 malam.
Aku meninggalkan perkarangan hotel.
Aku akan datang lagi ke sini.
Bukan sebab makanannya.
Aku nak try check in biliknya pulak.

Salam hujung minggu kawan-kawan.



1 ulasan: