Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

08 November 2015

Apa Aku Cari di Kundasang?


Kundasang adalah satu pekan kecil dalam daerah Ranau.
Letaknya kira-kira 100km daripada bandaraya Kota Kinabalu.
Ada yang menyamakan Kundasang dengan Cameron Highlands.
Iaitu cuacanya yang sejuk terutama dimalam hari.
Juga pusat jualan sayur-sayuran, bunga-bungaan dan juga buah-buahan segar.
Pada aku itu sahaja persamaannya.
Yang lain-lain adalah sangat berbeza.
Tiada apa-apa yang menarik di sini terutama diwaktu malam.
Nak cari gerai makan muslim pun agak susah.
Jadi untuk percutian keluargaku kali ini.
Aku menginap di D'izz Homestay Kundasang.
Ibarat bercuti dirumah sendiri jadinya.
Duduk2, sembang2, masak2 dan makan2 bersama-sama.


Homestay ini letaknya kira-kira 1km sahaja daripada pekan Kundasang.
Kalau datang daripada Kota Kinabalu,
ambil simpang pertama sebelah kiri dibulatan kecil pekan Kundasang.
Jalan turun bukit dan kira-kira 1km,
dah nampak signboardnya di sebelah kanan.
Jalan ke depan kira-kira 4km akan jumpa Desa Dairy Farm.
Yang ini akan aku cerita kemudian.
Homestay ini terdiri daripada 4 buah rumah dicantum jadi satu.
Konsep homestay ini adalah konsep keluarga.
Setiap rumah mengandungi 3 bilik tidur,
ada ruang keluarga juga ruang dapur untuk memasak.
Aku ibarat duduk dirumah sendiri bila menginap di sini.
Masa pendaftaran masuk,
aku dibekalkan dengan satu kotak plastik mengandungi segala peralatan memasak.
Periuk, kuali, sudip, pinggan, mangkuk, sudu, garpu, jag, cawan.
Semuanya serba lengkap.
Didapur pula disediakan cerek untuk menjerang air,
periuk nasi elektrik,
pembakar roti.
Peti sejuk juga disediakan.
Jadi sediakan dahulu bahan-bahan memasak sebelum datang ke sini.
Segala-galanya akan jadi mudah.
Lagipun didepan rumah,
ada kedai menjual barangan runcit.
Tak payah susah-susah nak ke pekan.
Peralatan untuk mengadakan BBQ juga disediakan atas permintaan.
Itu termasuk dalam rancangan aku yang akan datang.


Aku menyewa sebuah rumah sahaja.
Itupun dikira sangat besar untuk kami sekeluarga.
Tetapi masing-masing dapat tidur atas tilam.
Lengkap dengan bantal dan selimut tebal.
Sebab disini cuaca malam sangat sejuk.
Lantai dipijak seperti air batu.
Kalaulah kena tidur atas lantai,
memang jadi bekulah bila bangun pagi.


Satu yang menarik tentang homestay ini ialah lokasinya.
Dikelilingnya ada lereng-lereng bukit serba hijau.
Dan didepannya kelihatan banjaran gunung Kinabalu.
Terasa sangat dekat.
Terasa nak sangat mendakinya.
Bila bangun pagi aku bukan sahaja dapat melihat gunung,
bau baja daripada kebun-kebun sayur juga cukup semerbak mewangi.


Pekan Kundasang ini kecil sahaja.
Ada deretan kedai-kedai menjual sayur dan bunga disepanjang jalan.
Harga sayur di sini sangat murah.
Sayur campur yang siap disiang hanya berharga RM3.00.
Kalau dipasaraya di JB,
takda RM10 jangan haraplah nak dapat.
Pada malam aku datang,
ada peniaga pasar lambak sudah mula berniaga untuk hari Jumaat.
Aku kagum dengan para peniaga di sini.
Walaupun tahu aku bukan orang tempatan,
harga barang masih tetap sama.
Tak seperti peniaga-peniaga di Cameron Highlands.
Suka2 sahaja letak harga pada para pelancong.


Pekan Kundasang tidak terlalu crowded.
Pembangunannya adalah terkawal.
Langsung tiada tanda-tanda tanah runtuh di kawasan ini.
Kenderaan pacuan 4 rodanya pun tak memecut laju seperti di Cameron Highlands.
Udara di sini pun cukup bersih.
Aku rasa aku boleh tinggal lama di sini.


Khabarnya ada War Memorial Park di sini.
Tetapi akibat kesibukan memasak,
aku tak berkesempatan nak pergi melawat.
Lagipun itu tak masuk dalam agenda aku.


Sebelum aku sampai ke Kundasang,
aku sempat juga menyinggah ke Gunung Kinabalu National Park.
Walaupun dah tengahari buta,
suhu masih seperti dalam bilik berhawa dingin.
Aku jalan-jalan menyusuri taman sebelum berpatah balik akibat kelaparan.
Ada aku lihat mat2 salih sedang berkumpul dan bersedia untuk mendaki.
Giliran aku entah bila agaknya.


Rasanya dah sangat lama aku tak bercuti dengan keluarga.
Ada yang bertanya kenapa sekarang?
Kenapa tak tunggu cuti sekolah?
Anak sulung aku sedang bercuti akhir semester.
Minggu depan dah nak mula semester baru.
Jadi inilah masa yang agak sesuai.
Anak-anak yang lain dah habis exam akhir tahun.
PT3 pun dah selesai.
Lagipun aku dapat tiket agak murah waktu ini.
Kalau tunggu cuti sekolah harganya lain.
Kalau tunggu cuti deepavali harganya pun lain.


Bila tengok wife dan anak-anak,
aku dah nampak sangat perbezaannya.
Dulu masa anak-anak masih kecil,
hotel yang ada kolam renang jadi pilihan.
Lokasi tengah bandar yang ada kompleks beli-belah jadi pilihan.
Ini kali pertama aku bawa bercuti masuk kampung.
Mungkin lepas ini boleh menjelajah pulau dan pantai pulak.
Tetapi cuti macamanapun,
gajet masih ditangan.
Kononnya nak unplugged.
Kononnya nak tutup 3G dan juga WiFi.
Kononnya tak boleh buka Whatsapp dan Telegram.
Tetapi zaman ini mana boleh?
Tutup 3G sekejap,
beratus message dalam Whatsapp.


Bersambung.



1 ulasan:

  1. memang best dapat ke sana...Doc beli tak buah blueberry? saya masa ke sana tahun lepas puas anak beranak makan sebab jauh lebih murah dengan harga tempat kite....

    BalasPadam