Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2015

Aku dan #Throwbaek2015

Pejam celik pejam celik,
2015 sudah mahu meninggalkan kita.
Banyak kenangan pahit manis aku lalui sepanjang 2015 ini.
Dan untuk tahun 2015 ini,
entri blog aku dah semakin personal.
Aku dah malas nak tulis pasal hal-hal dunia.
Aku dah malas nak komen pasal hal-hal politik.
Aku dah malas nak cerita pasal hal-hal individu.
Aku juga dah malas nak cerita pasal benda-benda viral.
Biarlah orang lain nak komen.
Biarlah orang lain nak sentap.
Aku tengokkan sahaja.

Dan bila blog aku dah jadi semakin personal,
follower aku dah makin berkurangan.
Entri aku dah tak ramai yang baca.
Dulu satu entri boleh hit 400 dalam masa seminggu.
Sekarang ini nak hit 200 pun ambik masa dua minggu.
Mungkin zaman sekarang orang dah tak baca blog.
Orang lebih suka baca FB dan Twitter agaknya.

Takpalah.
Aku yang tulis.
Aku yang baca sendiri.
Tak hari ini.
Esok lusa aku baca.
Tahun depan pun boleh baca.
Yang pasti.
Aku akan terus menulis.
Mencatat perjalanan kehidupanku sendiri.
Terima kasih kepada yang sudi membaca.

Aku dan Hujung Minggu Ini

Hujung minggu lepas.
Ada cuti umum berganda-ganda.
Kalau nak pergi bercuti memang lumayan.
Tapi bukan didalam negaralah.
Kalau nak bercuti didalam negara,
ini bukan waktu yang sesuai.
Penuh sesak dimana-mana.
Kenderaan banyak.
Lebuhraya sesak.
Parking penuh.
Tandas penuh.
Hotel penuh.
Restoran pun penuh.
Barang pun jadi lebih mahal.
Tapi kalau nak keluar negara pun ini bukan masanya.
Nilai RM masih rendah.
Maka aku ambil keputusan.
Cuti panjang kali ini aku bercuti dirumah sahaja.


Hari Khamis.
Cuti Maulidur Rasul.
Aku bangun awal.
Dah lama pasang niat.
Nak kemas ruang tamu rumah.
Nak sedut habuk-habuk di siling dan kipas.
Nak sedut habuk di bawah sofa.
Nak lap cermin tingkap.
Nak kemas laci yang penuh dengan macam-macam barang.
Juga nak susun semula perabot rumah.
Maka seharianlah aku mengemas.
Siap sepenuhnya menjelang petang.
Malam itu emak dan bapa mertua aku datang bertandang.
Mereka tak berteman berada dikampung.
Anak-anak yang lain semua keluar daerah.
Ada yang menunaikan umrah…

Aku dan Wordless Wednesday

Aku dan Wonderfood Museum Penang

Selepas penat berjalan ditengah panas, aku beralih ke tempat yang sejuk pulak. Ada banyak muzium untuk dilawat disekitar kawasan ini. Nyonya yang tunjuk jalan beritahu. Ada muzium terbalik, ada muzium 3D, ada muzium masa, pilih sahaja. Dan kalau ikut kata nyonya tadi, boleh dapat harga diskaun bila sebut kod yang diberi.

Aku pilih muzium ini. Muzium yang baru dibuka. Mungkin dalam sebulan gitu. Lokasinya disebelah bangunan CIMB. Tepi jalan utama. Masalah parking kereta korang settle sendiri. Memandangkan ini muzium baru, suasana didalamnya masih baru. Lagipun pekerja-pekerjanya semuanya ramah-tamah. Tak lokek dengan senyuman. Tiket masuk ialah RM 15.00 seorang. Aku dapat diskaun seorang seringgit kerana nyonya tadi.

Satu yang sangat aku kagum. Makanan yang dipamerkan hampir 100% real. Tak nampak seperti plastik ataupun getah langsung. Dipintu masuk ada susunan semua makanan yang ada di Malaysia. Tak terkira banyaknya. Ada replika teh tarik juga roti canai untuk dipegang. Nak buat aks…

Aku dan Hari Meraikan Pasangan Cinta Ashiq dan Faez

Ini sambungan kepada kisah ini. Juga kesudahan kepada kisah ini.
Memandangkan kedua-duanya adalah adik-beradik, yang berkahwin pada tahun yang sama, maka majlis meraikan pengantin diadakan pada hari yang sama.
Dan memandangkan majlis ini anjuran abang/kakak ipar sulungku, aku sekeluarga bergegas pulang daripada Pulau Pinang. Kalau ikutkan badan dan minda, aku memang belum balik. Tetapi majlis ini seumur hidup sekali sahaja.
Semoga jodoh berpanjangan.
Pasangan Faez+Asia.
Pasangan Ashiq+Azeera.






Aku Mencari Street Arts di Pulau Pinang

Satu yang menarik jika ke Penang, Menjelajah dan mencari lukisan-lukisan mural didinding-dinding usang sekitar Georgetown. Cuma satu masalah paling utama. Mencari tempat untuk meletak kereta. Itu lagi mencabar. Bandaraya Georgetown memang cantik. Banyak bangunan-bangunan lama. Tetapi jalan-jalannya sempit. Manakala kereta pula banyak. Jadi ruang untuk parking kereta memang terhad. Kesudahannya aku parking di Padang Kota Lama. Dan berjalan kaki ke kawasan mencari mural. 1 km jaraknya.

Wife aku tak nak ikut. Dia tinggal dalam kereta sahaja. Maka tinggallah aku bertiga. Memulakan Treasure Hunt.

Bandaraya Georgetown memang bersih. Rakyatnya pun peramah. Cuaca pula agak panas dan kurang berangin. Tetapi perjalanan tak terasa jauh. Sebab aku asyik sangat melihat bangunan-bangunan yang ada.

Ini jalan short cut melalui padang luas di Padang Kota Lama. Ada tinggalan kubu bersejarah di sebelah kiri. Dan ada Clock Tower dibulatan menuju bangunan Lembaga Hasil Dalam Negeri. Kelihatan orang ramai…