Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

19 Disember 2015

Aku dan Cuti Cuti ke Pulau Mutiara

Kali pertama dan terakhir ke Pulau Mutiara.
Waktu itu aku di Tahun Tiga.
Kena buat Rural Health Service di sekitar Balik Pulau.
Sekitar tahun 1994 kalau tak silap aku.
Bermakna dah lebih 20 tahun dah.
Maka kedatanganku kali ini memang cuba mengimbau memori lama.
Tapi rasanya aku dah tak ingat apa-apa.
Semuanya dah berubah.


Aku tiba di pulau kira-kira jam 12 tengahari.
Aku nak cari Toy Museum di Tanjung Bungah.
Itu lokasi pertama pilihanku.
Sebelum itu aku berhenti rehat dahulu di Batu Feringghi.
Nampak signboard besar Jeruk Madu Pak Ali.
Kenalah beli sedikit sebagai buah tangan.


Akhirnya selepas sesat beberapa kali,
aku jumpa tempatnya.
Muzium Permainan Terbesar di Dunia.
Katanya.
Hanya aku dan anak lelaki aku yang masuk.
Orang perempuan tak minat benda-benda begini.


Selepas sejam menghabiskan masa dalam muzium,
aku pun keluar.
Dah puashati sebab akhirnya sampai juga ke sini.
Tempat yang dah bertahun-tahun aku impikan untuk sampai.


Aku singgah di kawasan Batu Feringghi.
Cari makan tengahari.
Ada satu restoran baru dibuka rasanya.
Ada Laksa Penang.
Ada Mee Udang.
Aku dan anak-anak mencuba kedua-duanya.


Selepas kenyang aku turun ke pantai sekejap.
Pantainya bersih.
Tetapi cuaca panas terik.
Tak jadi nak main air.
Nak duduk lama-lama pun tak tahan.
Lebih baik masuk bilik hotel.


Pukul 3 petang.
Aku akhirnya tiba di kawasan Bayan Lepas.
Aku menginap di Hotel Vistana Bukit Jambul.
Aku dapat diskaun 30 peratus melalui Agoda.com.


Memandangkan anak-anak dah besar,
aku memang mencari bilik yang besar sedikit.
Kalau boleh ada 2 bilik.
Lebih selesa untuk anak-anak.
Melalui Agoda,
aku dapat Suite 2 bilik pada harga dibawah RM 400.00.


Layanan pihak Vistana memang tak pernah mengecewakan.
Stafnya sangat cekap dan pantas bekerja.
Nampak kesungguhan mereka untuk membantu sebaik mungkin.
Aku lalu kat depan lobi mereka dah tunjuk arah untuk letak kereta.
Aku buka pintu sahaja cepat-cepat mereka menolak troli.
Beg-beg aku mereka yang mengangkatnya tanpa disuruh.
Dan aku terus ditunjukkan kaunter untuk mendaftar masuk.
Keseluruhannya 5 bintang aku beri.
Tanpa ragu-ragu lagi.


Kedudukan bilik agak tersorok.
Tetapi ada staf mebantu membawa aku menuju ke bilik.
Kena tukar dua lif pun tak jadi masalah.
Aku terkejut dengan bilik yang aku dapat.
Memang melangkaui jangkaan.
Ada ruang tengok tv dengan tv 50 inci.
Ada meja makan.
Ada ruang pantri.
Dan ada dua bilik besar.
Menang puashati dengan harga yang aku bayar.


Ini bukan kali pertama aku menginap di Vistana.
Dan semestinya bukan yang terakhir.

Bersambung.



4 ulasan:

  1. Lama betul kali terakhir ke Penang tu bro...hihihih..
    Apa nama bilik tu? Suite? Kalau dapat < RM400 mmg berbaloi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cari aje kat Agoda.
      Kalau nasib baik dapat harga promotion.
      Anak dah besar2,
      tak selesa kalau ambil satu bilik standard.
      Paling kurang pun 2 bilik,
      ataupun famili room.
      Jadi bila jumpa promosi macam ini,
      memang berbaloilah...

      Padam
  2. Saya dah beberapa kali menginap di Vistana. Memang terbaik. Sangaaat selesa. Breakfast pun sedap.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Staf Vistana memang menghargai pelanggannya.
      Vistana KL pun sama...

      Padam