Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

29 Disember 2015

Aku dan Hujung Minggu Ini

Hujung minggu lepas.
Ada cuti umum berganda-ganda.
Kalau nak pergi bercuti memang lumayan.
Tapi bukan didalam negaralah.
Kalau nak bercuti didalam negara,
ini bukan waktu yang sesuai.
Penuh sesak dimana-mana.
Kenderaan banyak.
Lebuhraya sesak.
Parking penuh.
Tandas penuh.
Hotel penuh.
Restoran pun penuh.
Barang pun jadi lebih mahal.
Tapi kalau nak keluar negara pun ini bukan masanya.
Nilai RM masih rendah.
Maka aku ambil keputusan.
Cuti panjang kali ini aku bercuti dirumah sahaja.


Hari Khamis.
Cuti Maulidur Rasul.
Aku bangun awal.
Dah lama pasang niat.
Nak kemas ruang tamu rumah.
Nak sedut habuk-habuk di siling dan kipas.
Nak sedut habuk di bawah sofa.
Nak lap cermin tingkap.
Nak kemas laci yang penuh dengan macam-macam barang.
Juga nak susun semula perabot rumah.
Maka seharianlah aku mengemas.
Siap sepenuhnya menjelang petang.
Malam itu emak dan bapa mertua aku datang bertandang.
Mereka tak berteman berada dikampung.
Anak-anak yang lain semua keluar daerah.
Ada yang menunaikan umrah.
Ada yang ke Kuala Lumpur.
Ada yang ke Melaka.
Ada yang ke Segamat.


Hari Jumaat.
Cuti hari Krismas.
Aku menyambung aktiviti mengemas aku.
Kali ini diluar rumah pulak.
Aku cuci lantai peeblewash porch aku yang dah bercendawan.
Setengah hari juga baru siap.


Hari Sabtu.
Cuti hujung minggu.
Aku balik kampung sekejap.
Melawat emak dan bapakku.
Aku cadang nak bawa mereka ke rumahku.
Tetapi emakku pula ada urusan.
Jirannya nak buat majlis bertunang anaknya.
Balik daripada kampung aku terus panjat bumbung.
Membersihkan pokok-pokok yang dah semakin menjalar sampai ke dinding.
Lepas tu memotong rumput dilaman.
Dan memangkas mana-mana daun pokok yang dah mula kering.
Menjelang tengahari siap semuanya.


Hari Ahad.
Cuti Ganti.
Awal pagi aku dah ke Johor Bahru.
Anak sulungku nak balik ke Ipoh.
Kena hantar dia ke stesen bas.
Sampai rumah aku ajak anakku mencuci kereta.
Juga polish apa-apa yang patut.
Petang Ahad.
Misi terakhirku.
Aku mengemas bilik utama aku pulak.
Sedut habuk disiling, kipas juga lantai.
Lap tv.
Lap tingkap.
Tukar cadar.


Dan antara masa senggangku,
aku menghadap televisyen sahaja.
Tengok Runningman.
Tengok movie di HBO.
Tengok dokumentari di Discovery.

Empat hari bercuti dirumah sendiri.
Seronok.
Nikmat.
Tak payah keluar wang.
Tak payah susah-susah mengharungi jem.
Tak payah beratur untuk masuk tandas.
Tak payah beratur untuk nak beli roti canai.


Demikianlah adanya.
Salam tahun baru kawan-kawan!


5 ulasan:

  1. Cuti-cuti yang amat bermenafaat.Tak perlu pun nak upah maid untuk kerja-kerja house cleaning kan? Kipidap doc...

    BalasPadam
  2. saya suka stail bercuti macam ni.. kemas rumah sampai kita berasa macam tinggal di hotel.. lapang jer perasaan.

    BalasPadam
  3. Rehat dan Rawat di rumah... kemas rumah pun bersenam... bersenam itu rawatan untuk badan :)

    BalasPadam