Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

19 Disember 2015

Aku dan Jalan Jalan Cari Makan di Padang Kota Lama

Ada yang pesan.
Kalau nak makan malam yang sedap datang ke sini.
Padang Kota Lama.
Boleh tengok sunset sekali.
Malangnya,
Hujan turun sangat lebat setibanya aku di sini.
Semua perancangan hanyut dek kena hujan.


Tapi makan tetap makan.
Walau ribut sekalipun.
Meja makan banyak yang tak boleh nak duduk.
Sebab letaknya diruang terbuka.
Angin pun sangat kuat.
Tapi dengan gigihnya aku mencari meja kosong.
Dapat juga akhirnya selepas tawaf hampir satu pusingan.


Ada banyak gerai menjual makanan yang hampir sama.
Pasembor.
Sotong Kangkung.
Kerang Bakar.
Char Kuey Teow.
Aneka Sup.
Western Food.
Malah gerai Tomyam pun ada.


Setibanya dimeja,
Berkerumun pelayan datang mengelilingiku.
Setiap orang mewakili gerai yang berlainan.
Habis semua menu disebutnya.
Kalau tak biasa memang sakit kepala.
Yang bagusnya.
Mereka tak tarik muka kalau kita tak order dengan mereka.
Mereka hormat pilihan kita.
Tapi berserabut kepala nak melayan sorang2.


Gani Famous Pasembor.
Ini masuk senarai wajib.
Tengok susunan dan timbunan aneka pilihan mereka pun dah tak sabar nak memilih.


Tengok gambar diatas.
Inilah suasananya bila pelanggan sampai dimeja.
Macam kena kerumun dengan geng kongsi gelap.
Muka dan badan masing-masing memang menyeramkan.
Tetapi hati semua ada taman.
Siap boleh gurau-senda lagi.


Makan di sini memang sedap.
Ditambah dengan hujan lebat dan angin laut.
Memang makan sepinggan pun tak cukup.
Aku dan famili mencuba hampir kesemuanya.
Pasembor wajib untuk semua.
Memang tak boleh jumpa yang sesedap ini ditempat lain.
Kerang Bakar untuk wife.
Sotong Kangkung untuk anak lelaki.
Nasi Padprik untuk anak perempuan.
Char Kuey Teaw untuk aku.
Semuanya biasa-biasa sahaja.
Sebelum balik kita bungkus pasembor sedikit untuk sarapan pagi esok.


Ada beberapa perkara yang aku perhatikan.
Kawasan persekitaran gerai agak kotor.
Ruang dapur masing-masing pun sama.
Kebanyakan yang berniaga adalah geng mamak yang selalu aku jumpa di Johor.
Muka nampak garang tetapi friendly.
Aku tak nak komen pasal pakaian mereka.
Kang ada yang tak lalu makan kang.
Selain itu hampir kesemua makanan adalah manis-manis belaka.
Memang habis misi aku untuk berdiet tanpa gula.


Harga makanan di sini pun boleh tahan.
Nasi Padprik RM 5.00.
Tapi portion kurang sedikit berbanding di Johor.
Char Kuey Teaw dengan 2 ekor udang RM 8.00.
Sotong Kangkung saiz XL RM 15.00.
Dan Pasembor ikut apa barang yang dipilih.
Kalau pilih udang besar dan sotong memanglah lebih RM 50.00 untuk sekeluarga makan.
Kalau ambil jenis bebola sahaja RM 20.00 pun tak sampai.

Padang Kota Lama.
Aku dah rasa semuanya.
Dah boleh set standard jika nak makan benda yang sama ditempat lain.

Bersambung


Tiada ulasan:

Catat Ulasan