Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

19 Disember 2015

Aku dan Jalan Jalan ke Perak Darul Ridzuan

Awal pagi hari Rabu.
Aku dah berada di Lebuhraya Utara Selatan.
Ada kerja sikit di Perak.
Ada urusan rasmi dengan anak di UTP.
Dan memandangkan dah hujung tahun.
Nak kerja pun mood dah lain macam sahaja.
Maka aku pun ajak satu famili sekali.
Menyelam sambil minum air.
Cuti-cuti Malaysia.


Perjalanan menuju ke utara adalah sangat lancar.
Cuaca pun sangat baik.
Kenderaan agak kurang memandangkan bukan hujung minggu.
Sebab itu aku suka jalan-jalan ditengah minggu.
Ambil gambar sambil memandu pun takda masalah.


Sebelum tengahari aku dah sampai di sempadan negeri Selangor.
Dah beberapa kali nak ambil gambar pintu gerbang ini tetapi tak sempat.
Kali ini kereta tak banyak.
Langit pun cerah.
Dan inilah hasilnya.


Sebelum ke tempat anak aku,
Aku terpaksa pergi ke Seri Manjung dahulu.
Urusan rasmi bermula di sana.
Ikut Waze aku keluar di Tol Sungkai.
Seterusnya memandu hampir 100km menuju ke Seri Manjung.
Ikut jalan kampung macam-macam aku jumpa.
Paling best tempat makan tengahari yang best.
Geng JJCM TV3 pun pernah sampai ke sini.
Dapat ikan bakar cicah sambal asam.
Hilang terus penat memandu 5 jam daripada Johor.
Kedainya sangat simple.
Tetapi ada replika udang galah besar dibumbungnya.
Itu yang menyebabkan aku berhenti singgah.
Walaupun masa itu dah hampir pukul 2 petang,
lauk-pauk masih banyak lagi.
Udang galah goreng yang kemerahan itu memang menyelerakan.
Tetapi aku tak minat udang galah.
Aku try ikan bakarnya yang beraneka pilihan.
Semuanya sedap.
Tetapi semuanya pedas-pedas belaka.
Berasap kepala beb.


Selepas selesai urusan di Seri Manjung.
Aku terus bertolak ke UTP.
40 km jaraknya.
Malam itu aku bermalam di Seri Iskandar.
Seronok dapat duduk borak-borak anak-beranak.
Sambil makan-makan lauk yang wife masak sebelum bertolak pagi tadi.
Walaupun lauk dah sejuk,
melihat anak-anak makan sambil bergurau-senda,
yang tak sedap pun jadi sedap.


Urusan rasmi yang aku maksudkan tadi ialah mendapatkan kenderaan untuk anakku.
Dah hampir setahun dia komplen.
Asyik mengeluh sahaja sebab tiada kenderaan.
Kelas jauh.
Kelas waktunya tak menentu.
Nak ke bandar susah.
Nak beli barang2 susah.
Dan semester ini banyak kelas diwaktu malam.
Aku pernah merasainya dulu masa di UM.
Masa banyak dihabiskan dengan belajar, berjalan kaki dan tidur selepas kepenatan.
Bila bapak aku hantar motosikal kat aku,
Rasa dunia ini aku yang punya.
Tumpuan pada pelajaran pun bertambah.
Taklah asyik kepenatan sahaja.


Ramai kawan-kawan yang bising kat aku sebenarnya.
Kenapa tak beri kenderaan kepada anak aku?
Aku cakap konon nak biar dia belajar susah dulu.
Lepas habis foundation baru nak beri kereta.
Tetapi setiap kali dia call,
Keluhannya sama sahaja.
Wife pun tolong memujuk aku.
Akhirnya aku mengalah.
Aku beli kereta di Johor,
Tetapi aku ambil kereta di Seri Manjung.

Prosesnya tak susah.
Tetapi biasalah penjual kereta.
Masa nak beli semua boleh.
Tetapi bila dah bayar deposit,
macam-macam pulaklah masalahnya.
Tetapi alhamdulilah.
Kepenatan memanduku hilang bila disambut sendiri oleh Mr Desmond.
Manager Perodua Seri Manjung.
Dia sendiri yang melayanku.
Bukannya pembantu ataupun orang bawahnya.
Dia sendiri yang memberi penerangan.
Dia sendiri yang mengilatkan mana-mana bahagian yang perlu.
Dia sungguh-sungguh berterima kasih kerana sudi membeli kereta dikedainya.

Sebenarnya anak aku sendiri pun tak tahu apa-apa.
Wife nak buat "the biggest surprise" untuknya.
Macam dalam cerita "prank" kat tv.
Kita kenakan dia cukup-cukup sebelum beri kereta tersebut.
Lepas sembahyang maghrib lakonan dimulakan.
Kereta diletak sebelah-menyebelah.
Walaupun aku tunjukkan plat kereta yang hampir sama,
dia langsung tak perasan.
Anak siap rekod video saat-saat itu.

Malam itu masing-masing tidur lena.
Aku kepenatan memandu.
Anak-anak kekenyangan.
Dan anak sulungku tidur dengan kunci kereta baru.

Bersambung.







2 ulasan:

  1. Waahhhh..terbaik lah....mesti teruja anak dapat tau ayah datang bagi hadiah kereta...
    Itu masjid UTP ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dia langsung tak tahu kami datang bawa kereta.
      Dia cuma ingat kami datang bercuti.
      Itu sahaja...

      Ya.
      Ini masjid dalam UTP.
      Makin malam makin cantik.

      Padam