Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

14 Disember 2015

Aku dan Keputusan PT3 2015


Awal pagi hari Isnin.
Aku lewat masuk ke ofis.
Aku ada temujanji.
Dengan cikgu sekolah anak perempuan aku.
Hari ini harinya.
Keputusan peperiksaan PT3 diumumkan.
Sebenarnya keputusannya dah diketahui secara samar-samar.
Sebab yang menanda kertas jawapan,
sebab yang memberi markah,
adalah cikgu sekolah yang sama.
Bayang-bayang keputusan peperiksaan memang ada.
Cuma nak menunggu yang sahih dan official,
itu yang mendebarkan.


Tepat jam 10 pagi.
Aku melangkah masuk ke perkarangan sekolah.
Kelihatan ramai juga ibubapa dan murid-murid yang sedang menunggu.
Kali ini tiada apa-apa ucapan ataupun syarahan.
Terus berjumpa dengan guru kelas.
Dan keputusan pun diserahkan.
Itu sahaja.
Tiada kedengaran tepuk tangan.
Tiada kedengaran jeritan ataupun tangisan.
Masing-masing seolah-olah dah tahu keputusan masing-masing.


Ini anak perempuanku.
Budak yang pernah masuk SBP Tun Fatimah selama 2 bulan.
Dan lepas itu minta balik rumah.
Tak tahan duduk asrama.
Tak tahan duduk jauh dengan famili.
Walaupun jarak tak jauh mana pun.

Ini keputusan beliau.
Cemerlang dalam semua mata pelajaran kecuali bahasa Inggeris.
Aku memang dah agak.
Dari dulu lagi dia memang kurang minat bahasa Inggeris.
Bahasa Arabnya lebih cemerlang daripada bahasa Inggeris.
Salah aku juga.
Asyik beri makan nasi lauk kicap dan tempe sahaja.
Mulai tahun depan kena banyakkan makanan barat.
Supaya lidah lebih lembut.
Supaya bahasa Inggerisnya cemerlang.
Juga salah dia juga.
Banyak sangat tengok drama Korea.
Hari-hari tengok Running Man sahaja.
Ana sayo! Ana sayo!
Itupun nampaknya kena kurangkan.


Kemana selepas ini?
Satu soalan yang bagus.
Tetapi aku tak tahu jawapannya.
Cubalah mana-mana sekolah yang bagus.
Kalau ada rezeki masuklah ke asrama penuh.
Kalau tidak masuk sekolah biasa sahaja.

Pukul 11.15 pagi aku sampai diklinik.
Ada 18 pesakit sedang menungguku.
Oh ya!
Orang Johor kena bekerja hari ini.
JDT dah lama kalah dalam saingan Piala Malaysia
Tahniah untuk team Merah Kuning.
Tahniah untuk team Red Giant.
Tahniah untuk warga Selangor.
Kita jumpa di Piala Sumbangsih tahun hadapan.



6 ulasan:

  1. Subhanallah...pandainyaa dia. B tu tenggelam langsung. Tak apalah makan tempe doc. Cerdik dia.. Oh, tahniah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulilah.
      Terima kasih.

      Antara nikmat menjadi seorang ayah.
      Melihat anak-anak berjaya dalam pelajaran.
      Bukan berapa A yang dikira.
      Tetapi kesungguhannya dalam mengejar A tersebut.
      Semoga beliau terus cemerlang.
      Dunia dan akhirat.

      Padam
    2. Salam bro..
      mmg inilah salah satu nikmat menjd ayah.
      tahniah utk anak

      Padam
  2. Tak masuk sekolah Asrama bukannya tak boleh berjaya...
    Ramai kawan2 saya yang duduk rumah, tapi lebih berjaya dari saya yang sekolah asrama penuh... :)
    Oh, saya orang Selangor, tapi ofis di KL... jadi kena kerja juga lah... :)

    BalasPadam
  3. alhamdulillah ... tahniah doktor dan anak .....
    semoga terus berjaya

    BalasPadam
  4. lah. sekolah SMKBP rupanya. patut mcm pernah nmpk kt sekolah.

    BalasPadam