Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

04 Disember 2015

Aku dan Minggu Ini

Sejak balik dari seminar tempohari,
sedikit sebanyak aku dah mula menukar cara pemikiran juga pemakananku.
Aku juga mula polished balik fisiologi dan biokimia yang dah lama berkarat.
Betul juga kata penceramah.
Kalau Ethanol itu haram,
Fruktosa pun patut diharamkan juga.
Dulu aku pernah kemaruk minum air berkarbonat.
Setiap hari mesti nak minum.
Dah jadi macam ketagih.
Satu hari itu aku mula rasa tak sedap badan.
Sekali periksa paras gula aku hampir 15.0.
Padahal seluruh keturunan aku tak pernah ada yang kena diabetes.
Anak saudara aku pun pernah mengalami perkara yang sama.
Hari-hari minum air berkarbonat.
Masa buat medical check up untuk masuk kolej,
air kencingnya sangkut.
Ada banyak gula dalam air kencingnya.
Sejak itu aku dah tak minum air berkarbonat lagi.
Dan aku beralih kepada teh tarik sahaja.
Yang kononnya kurang gula.
Yang kononnya kurang manis.
Tetapi kini aku dah tahu.
Teh tarik tak mengandungi susu.
Teh tarik hanya kaya dengan gula sahaja.

Sebelum ini aku ingat gula dan glukosa itu sama sahaja.
Sebelum ini aku ingat gula pasir yang aku ambil tiada kalori.
Sebelum ini aku ingat gula pasir tiada kesan kepada tubuh badan.
Tetapi semuanya silap.
Gula pasir adalah karbohidrat tulen tanpa vitamin dan mineral.
Gula pasir adalah disakarida gabungan glukosa dan fruktosa.
Dan fruktosa dalam gula pasir yang menjadi racun kepada badan manusia.
Glukosa dan fruktosa akan diurai kepada tenaga.
Dan jika berlebihan akan disimpan sebagai lemak dalam badan.


Sebelum ini aku ingat kalau nak kurus kena kurangkan makan  berlemak dan berminyak.
Tetapi itu rupanya dakyah orang barat yang menyesatkan.
Makanan rendah lemak tak semestinya sihat.
Terutama jika dibubuh gula didalamnya.
Untuk kuruskan badan tak susah rupanya.
Tak perlu susah-susah nak bersenam bagai.
Tak perlu susah-susah nak pergi gym atau beli mesin treadmill.
Berhenti mengambil gula.
Kurangkan makanan berkarbohidrat.
Lebihkan protein.
Lebihkan sayur-sayuran.
Lebihkan buah-buahan.
Selalu juga berpuasa.
Itu lebih mujarab.

Seminggu ini aku dah tak guna gula pasir.
Teh tarik pun dah berhenti.
Kalau buat kopi aku bubuh gula lain.
Manisan bukan gula pasir.
Jangan tak sangka.
Setitik sahaja sudah manis.
300 kali manisnya berbanding gula pasir.
Walaupun gula ini ada rasa sedikit pahit,
kesan manisnya kekal seharian.
Tekak rasa manis sahaja walaupun tak makan apa-apa.
Selain itu aku mula mengikut cara makan orang dulu-dulu.
Lebihkan sayur-sayuran.
Lebihkan buah-buahan.
Tapi satu yang paling susah nak ubah.
Nak mengurangkan karbohidrat dalam sajian.


Dulu aku memang tak berapa percaya dengan vitamin dan supplemen.
Pada aku itu semua hanyalah gimik perniagaan sahaja.
Iklan untuk mencari downline dalam MLM.
Aku memang langsung tak percaya makanan sampingan.
Apatahlagi probiotik, prebiotik, anti oksidan, L-arginine, Omega 10 dan sebagainya.
Kini aku mula belajar.
Kalau bukan untuk pesakit,
untuk diri sendiri juga.
Aku bukan takut mati.
Tetapi sebagai pengamal perubatan,
aku kena tunjuk contoh kepada pesakit-pesakitku.

Kematian Allahyarham Pak Yus awal minggu ini memang memeranjatkan.
Umurnya baru 39 tahun.
Beberapa hari ini ramai juga pesakit yang datang ke klinik.
Mengadu sesak nafas dan sakit dada.
Masing-masing takut kena serangan jantung.
Kalau ikut zaman aku belajar dahulu.
Sakit jantung mula menyerang ketika usia lebih 40 tahun.
Tetapi akibat cara pemakanan dan corak kehidupan kita sekarang,
penyakit jantung boleh menyerang seawal usia 20-an.
Akibat pengambilan gula berlebihan,
plak kolesterol mudah terbentuk dalam urat darah.

Banyak lagi yang aku perlu belajar.
Banyak lagi yang aku perlu ulangkaji.
Tetapi dah menemui banyak jawapan kepada teka-teki aku selama ini.
Kenapa beberapa pesakit gout aku asyik kena serangan sahaja walaupun cukup menjaga dietnya.
Kenapa pesakit darah tinggi aku masih tinggi tekanan darahnya walaupun berjenis ubat dimakannya.
Kenapa pesakit diabetis aku masih tinggi gulanya walaupun katanya tak makan apa-apa.


Hujung minggu ini aku berada dikampung.
Membantu menyiapkan photobooth untuk majlis perkahwinan anak saudara.

Salam hujung minggu kawan-kawan.



4 ulasan:

  1. Saya guna stevia juga, tapi dalam bentuk macam gula, di dalam sachet.
    Memang simple sugar macam ni punca obesity / CVS disease.

    BalasPadam
    Balasan
    1. MLM jual stevia sekali ganda drp harga beli direct
      Lepas tu claimed macam2
      Memang boleh mengurangkan macam2 risiko penyakit
      Tetapi janganlah jaja sampai jadi ubat miracle

      Padam
  2. Tradisi kita..dh biasa mkn nasi. Saya paling susah nk skip nasi. Walhal cut sugar, carbo...senang nak kurus.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul
      Gula memang senang nak kurang
      Tapi nasi tak boleh
      Sehari tak jumpa nasi memang tak sah hidup

      Padam