Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

09 Disember 2015

Aku dan Pesakit Hari Ini

Hari Ahad yang lepas.
Seorang lelaki warga Bangladesh datang ke klinik aku.
Katanya dah beberapa kali datang ke klinik tetapi asyik tutup sahaja.
Beliau mengalami kemalangan ditempat kerjanya kira-kira 20 hari yang lepas.
Kakinya koyak terkena kaca.
Mengalami luka yang panjang dan dalam ditumit kanannya.
Mula-mula sekali mendapatkan rawatan di hospital kerajaan.
Lukanya dijahit.
Dan selang seminggu jahitannya dibuka.
Entah kenapa lukanya terbuka semula.
Selepas 20 hari pun lukanya masih tak sembuh.
Beberapa kali ke klinik lain termasuk sinseh tetapi tak juga sembuh.
Itu sebabnya dia datang mencari aku.

Pertama kali aku melihat lukanya,
lukanya sangatlah kotor.
Langsung tidak berbalut.
Darah kering, kulit mati, sel mati, nanah juga tanah penuh dilukanya.
Aku bertanya,
tidak pernah dicuci ke?
Dia menggeleng kepala.
Kalaulah dibiarkan begini,
sebulan lagi pun takkan sembuh lukanya.


Ini keadaan lukanya selepas aku bersihkan pada pagi Isnin.
Memang panjang.
Memang dalam.
Nak buat secondary suturing pun tak boleh.
Kulitnya tak boleh nak dicantumkan.

Sepanjang aku bersihkan lukanya semalam dia bercerita.
Dah 20 hari langsung tak kerja.
Dia tak diberitahu macamana nak menjaga lukanya.
Bossnya cuma bawa dia ke klinik.
Doktor pun hanya suruh makan ubat.
Tiada siapa yang mengajar menjaga lukanya.
Aku pesan kat dia.
Lukanya jika dibalut betul-betul,
dia dah boleh bekerja semula.
Tetapi selang sehari datanglah ke klinik.
Aku akan tukarkan pembalutnya.


Ini lukanya pada pagi ini.
Daging baru dah mula tumbuh.
Langsung tiada nanah ataupun sel-sel mati.
Dia kata dah tak sakit.
Dia pun dah mula bekerja yang ringan-ringan.

Rasanya aku dah terbiasa semenjak medical student dulu.
Aku suka buat dressing untuk luka-luka sebegini.
Masa aku jadi houseman di Muar dahulu,
pantang ada kes macam ini,
kawan-kawan semua tolak kat aku.
Biasanya lepas waktu kerja atau hari aku tak on call,
aku duduk sorang-sorang buat dressing kat bilik rawatan.
Aku tak kacau nurse.
Aku tak bising-bising suruh nurse siapkan peralatan.
Semuanya aku cari dan siapkan sendiri.
Masa aku jadi MO di hospital daerah pun sama.
Waktu lengang aku,
aku duduk diam-diam buat dressing.
Mula-mula ada nurse temankan.
Tetapi lama- kelamaan mereka tak sanggup tunggu aku buat kerja.
Dressing seperti ini memakan masa.
Luka kencing manis lagi lama.
Aku duduk buat kerja sambil sembang-sembang dengan pesakit.
Macam-macam cerita aku dapat.
Macam-macam ilmu aku belajar.
Nurse yang tengok jadi tunggul sahaja.
Dan bila aku diklinik sendiri,
keadaanya masih tak berubah.

Setiap kes yang perlukan dressing diklinik aku,
semuanya aku yang buat.
Aku tak perlu bantuan siapa-siapa.
Aku juga jarang menyuruh siapa-siapa.
Staf aku pun dah tahu.
Mereka langsung tak tengok kalau aku berada di bilik rawatan.
Tahu-tahu dah siap sahaja.

Kebanyakan klinik yang lain,
bukan doktor yang buat dressing.
Biasanya doktor hanya beri arahan.
Pembantu klinik yang senior yang biasanya buat kerja.
Malah doktor pun jarang berada di bilik rawatan.
Tetapi entah kenapa aku tak begitu.
Aku lebih selesa kalau buat sendiri.
Aku lebih selesa dengan hasil usahaku.
Aku rasa lebih hampir dengan mereka.

Kalau anda rajin menyemak cerita-cerita lama aku.
Aku banyak bercerita tentang pesakit-pesakit yang telah aku cuci lukanya.
Bila duduk berbual-bual dengan mereka,
macam-macam cerita yang aku dengar.
Pergi sana-sini.
Berubat sana-sini,
tetapi luka tak sembuh-sembuh.
Iniini dan ini antara contoh-contohnya.
Seorang warga Nepal yang hampir putus asa.

Padaku luka seperti ini hanya perlukan perhatian.
Tak perlu ubat antibiotik mahal-mahal.
Yang penting luka mesti dibersihkan.
Buang semua sel-sel mati.
Buang semua darah-darah yang kering.
Buang semua gopeng-gopeng yang tebal dan keras.
Buang semua nanah dan darah.
Kalau pesakit itu tiada kencing manis,
insyaAllah dalam seminggu boleh sembuh.
Ini tidak.
Kebanyakan doktor malas nak tengok dan bersihkan luka.
Mereka suruh pesakit cuci sendiri.
Tak pun suruh staf yang buat.
Pada aku itu tidak betul.
Doktor sendiri kena turun padang dan sinsing lengan.
Doktor sendiri kena cuci darah dan nanah.
Itu baru namanya doktor.
Bukannya sekadar memberi arahan sahaja.

Kadang-kadang luka sangat besar.
Doktor kerajaan suruh cuci diklinik berhampiran.
Langsung tiada arahan.
Jadi nurse gonyoh dengan Flavin dan lepas tu balut.
Nak buat lebih-lebih tak berani.
Pesakit pula kadang-kadang mempunyai masalah pengangkutan.
Tak boleh nak datang klinik hari-hari.
Lepas 3 hari baru datang balik.
Kain pembalut dah kering.
Nak tanggalkan satu hal.
Nak cuci lagi satu hal.

Tapi ini semua aku dah lalui.
Setiap masalah ada penyelesaiannya.
Cuma level kesakitan yang berbeza-beza.
Kalau nak cepat baik,
kenalah tahan sakitnya.
Kalau tidak ampun dan maaflah.
Doktor cuci ikut prosedur.
Doktor cuci tak ikut level sakit.
Yang penting segera sembuh dan tak asyik berulang-alik ke klinik sahaja.

Aku cuma doktor kecik sahaja.
Aku tak pandai buat operation besar-besar.
Tetapi mencuci luka,
memotong bisul,
mencabut kuku,
mengeluarkan foreign body,
itu memang dah jadi kepakaran aku.
Jadi kalau anda ada masalah seperti di atas,
datanglah ke klinik saya.
Harga boleh dirundingkan.
Yang penting anda sanggup menahan sakitnya.






5 ulasan:

  1. saya pernah ada pengalaman .... lutut berlubang .... luka yang besar ...ambil masa hampir 2 bln utk tertutup luka tu akbiat dr eksiden jatuh motor.... waktu jatuh ke hospital esoknye sy pi swasta sbb takut nk cucui di hospital ...pi klinik swasta ni pembantu klinik yg cuci...dia cuci dgn eusol je pastu letak krim ape tah warna putih...die cuci tekan2 sikit2 je ... tak smapai berminit dah selesai ...mlmnye rasa berdenyut lain mcm lutut tu..esok pagi2 kena mrh dgn misi sbb nanah dah mcm air teh tarik katanya .... pastu lama betul misi tu cuci dekat sejam kot sambil tu membebel ... dah sakit kena bebel pulak ... mmg mcm ganas tp esoknye pi cuci lagi nanahnye berkurangan tak mcm cuci di klinik berbayar ...mcm doktor ckp mmg kena doktor yg trn padang untuk cuci...sy setuju sgt dgn doktor ... ni berdasarkan pengalaman sendiri

    BalasPadam
  2. Saya nak suruh Adam study blog Doc. Bagi semanga sikit kat dia. Tak ada yg senang dlm dunia, hatta menjadi seorang doktor sekali pun...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun tengah brainwash anak perempuan saya.
      Nak suruh dia jadi doktor juga.

      Padam
  3. Ok yg ni saya tabik
    Payah nk jumpa dr camni
    Selalu jumps
    Bagi ubat...buat sendiri

    BalasPadam