Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

31 Disember 2015

Aku dan #Throwbaek2015


Pejam celik pejam celik,
2015 sudah mahu meninggalkan kita.
Banyak kenangan pahit manis aku lalui sepanjang 2015 ini.
Dan untuk tahun 2015 ini,
entri blog aku dah semakin personal.
Aku dah malas nak tulis pasal hal-hal dunia.
Aku dah malas nak komen pasal hal-hal politik.
Aku dah malas nak cerita pasal hal-hal individu.
Aku juga dah malas nak cerita pasal benda-benda viral.
Biarlah orang lain nak komen.
Biarlah orang lain nak sentap.
Aku tengokkan sahaja.

Dan bila blog aku dah jadi semakin personal,
follower aku dah makin berkurangan.
Entri aku dah tak ramai yang baca.
Dulu satu entri boleh hit 400 dalam masa seminggu.
Sekarang ini nak hit 200 pun ambik masa dua minggu.
Mungkin zaman sekarang orang dah tak baca blog.
Orang lebih suka baca FB dan Twitter agaknya.

Takpalah.
Aku yang tulis.
Aku yang baca sendiri.
Tak hari ini.
Esok lusa aku baca.
Tahun depan pun boleh baca.
Yang pasti.
Aku akan terus menulis.
Mencatat perjalanan kehidupanku sendiri.
Terima kasih kepada yang sudi membaca.
Terima kasih juga kepada yang sudi tinggalkan komen dan cadangan.

Selamat tinggal 2015.
Selamat datang 2016.
Semoga tahun depan memberi lebih makna kepada kehidupan kita yang sementara ini.


Berikut adalah 5 Entri Terpopularku tahun ini:

1. Aku dan Restoran Kari Kambing 40 Hari ( 4938 hits )

2. Aku dan Datuk Ahmad Maslan ( 3602 hits )

3. Aku dan Restoran Meletop Steamboat & Grill ( 2651 hits )

4. Aku dan Kilang Bateri Tampoi ( 2240 hits )

5. Aku dan Restoran Ecrutuckshop ( 1206 hits )

SEMOGA BERJUMPA LAGI DI TAHUN HADAPAN.
INSHA ALLAH.








2 ulasan:

  1. selamat tahun baru abg doc zoul tuuh, mugo dipermudahkan semua urusan., aminn

    BalasPadam
    Balasan
    1. selamat menyambut tahun yang baru untuk wak jugak.
      marilah kita saling mendoakan.
      semoga 2016 lebih baik daripada 2015 yang ditinggalkan.

      Padam