Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

19 Disember 2015

Aku dan Toy Museum Penang

Ada banyak muzium untuk dilawati jika ke Pulau Pinang.
Ikut citarasa masing-masing.
Muzium Mainan pun bukan ini sahaja.
Khabarnya ada lagi satu yang kumpul permainan antik.
Itu lebih tinggi ratingnya banding yang ini.
Tetapi aku dah simpan hasrat untuk tengok yang ini.
Ada hajat yang perlu dipenuhi.


Susah juga nak cari muzium ini sebenarnya.
Waze hantar aku ke tempat lain. 
8km jauhnya daripada lokasi sebenar.
Lokasinya di sekitar Teluk Bahang.
Belok kiri selepas bulatan.
Letaknya dibelakang kilang batik.
Letaknya betul-betul disebelah Sekolah Cina Eok Hua.
Guna ini untuk cari dalam Waze.
Signboardnya kecil sahaja.
Jalan masuknya pun langsung tidak ditar.
Kalau takda Waze memang patah balik aku gamaknya.


Rasanya ini lokasi baru mereka.
Bukan seperti yang aku google diinternet.
Bangunannya seperti gudang menyimpan barang sahaja.
Tak nampak seperti muzium.
Kaunter masuk pula dijaga oleh seorang nyonya tua.
Itu sahaja pekerjanya.
Tiket untuk masuk RM 16.00 untuk seorang.
Jadi aku masuk berdua sahaja.
Wife dan anak perempuan aku tunggu diluar sahaja.


Bila masuk ke dalam,
Langsung tiada pekerja yang membantu.
Semuanya layan diri.
Mengambil gambar, video dan segalanya adalah percuma.
Ada deretan rak-rak sepanjang 50 meter.
Lima baris kesemuanya.
Yang mengisi 120 ribu alat permainan.
Yang khabarnya dikumpul sejak 40 tahun yang lalu.
Ada yang sebesar manusia.
Ada yang sekecil lipas.
Semuanya disusun dalam rak plastik yang tak boleh dibuka.


Sepertiga daripada mainan di sini adalah koleksi permainan daripada filem Star Wars.
Daripada yang biasa-biasa kepada yang rare.
Collectible and valuable items pun ada.
Memang gila mamat yang mengumpulnya.
Rasanya jutaan ringgit nilainya sekarang.




Muzium ini tak sesuai untuk semua orang.
Hanya yang gila mainan yang suka datang ke mari.
Cuba buka Foursquare.
Banyak komen2 negatif ditulis daripada yang positif.


Padaku koleksi yang ada dalam muzium ini memang unik.
Setiap rak dan ruang ada cerita masing-masing.
Ada mainan yang aku pernah ada.
Ada mainan yang aku tak pernah tahu kewujudannya.
Tetapi kebanyakan koleksi mainan aku tiada disini.
Terutama permainan daripada KFC dan McD yang aku kumpul lebih 10 tahun yang lalu.
Bermakna aku boleh dapat duit kalau aku nak letak di sini.


Alat-alat permainan seram menarik minatku.
Buatannya sangat terperinci.
Yang seram memang menyeramkan.
Yang ngeri memang mengerikan.
Macamanalah mainan seperti ini boleh dijual.
Memang tidak sesuai langsung untuk budak-budak.







Ada beberapa isu di sini.
Mainan disini hanya untuk dilihat sahaja.
Lebih baik kalau ada fakta dicatatkan untuk bacaan.
Tahun bila dihasilkan.
Berapa banyak dihasilkan.
Juga harganya sekarang.
Aircond didalam sederhana sejuknya.
Mungkin sebab tak ramai pengunjung agaknya.
Ada juga mainan yang dah jatuh atau tumbang.
Ada juga mainan yang dah bersawang.
Perkara-perkara kecil yang tak diberi perhatian.
Bilik airnya pun tidak dijaga.
Macam-macam bau boleh dihidu.
Ini yang banyak orang komplen di Foursquare.


Kepada bukan diehard fan,
Aku tak galakkan korang datang ke sini.
Tak berbaloi.
Lagipun tengok nyonya tua kat pintu masuk tu,
Terus hilang selera.
Letaklah amoi yang lebih muda dan ceria.
Barulah bersemangat sedikit orang nak masuk.

Aku tak cadang nak tambah almari untuk display mainan aku.
Cukuplah dengan apa yang ada.
Dan kalau ada yang bertanya.
Aku dah sampai ke Toy Museum Penang.
Khabarnya ada satu muzium yang sama di Singapura.
Tunggu nilai ringgit naik dulu.
Lepas tu baru boleh berkira-kira untuk pergi.

Bersambung.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan