Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

22 Disember 2015

Aku dan Wonderfood Museum Penang

Selepas penat berjalan ditengah panas,
aku beralih ke tempat yang sejuk pulak.
Ada banyak muzium untuk dilawat disekitar kawasan ini.
Nyonya yang tunjuk jalan beritahu.
Ada muzium terbalik,
ada muzium 3D,
ada muzium masa,
pilih sahaja.
Dan kalau ikut kata nyonya tadi,
boleh dapat harga diskaun bila sebut kod yang diberi.


Aku pilih muzium ini.
Muzium yang baru dibuka.
Mungkin dalam sebulan gitu.
Lokasinya disebelah bangunan CIMB.
Tepi jalan utama.
Masalah parking kereta korang settle sendiri.
Memandangkan ini muzium baru,
suasana didalamnya masih baru.
Lagipun pekerja-pekerjanya semuanya ramah-tamah.
Tak lokek dengan senyuman.
Tiket masuk ialah RM 15.00 seorang.
Aku dapat diskaun seorang seringgit kerana nyonya tadi.


Satu yang sangat aku kagum.
Makanan yang dipamerkan hampir 100% real.
Tak nampak seperti plastik ataupun getah langsung.
Dipintu masuk ada susunan semua makanan yang ada di Malaysia.
Tak terkira banyaknya.
Ada replika teh tarik juga roti canai untuk dipegang.
Nak buat aksi pun boleh.
Pekerja yang ada sudi menolong ambilkan gambar.


Didinding juga diletakkan himpunan makanan mengikut bangsa.
Melayu, Cina juga India.
Gila punya cantik.
Makanan bukan sahaja perlu sedap dimakan.
Makanan juga perlu cantik dipandang.



Nampak macam betul kan?


Dibilik berikutnya ada banyak meja makan dengan tema-tema berlainan.
Ada makanan yang berwarna hitam dan putih sahaja.


Ada makanan yang telah lama dan berkulat.


Ada makanan yang terbang di atas meja.



Ada juga makanan yang berwarna-warni.


Ditengah bilik ada hidangan gergasi.
ABC saiz gergasi.
Satay saiz gergasi.
Laksa Penang saiz gergasi.
Semuanya terlalu realistik.
Macam nak jilat sahaja ABC itu.


Selepas itu aku beralih ke tingkat atas.
Ada banyak lagi ruang pameran.
Macam-macam konsep.
Macam-macam replika.
Semuanya cantik-cantik belaka.





Ini miniatur keadaan penjual makanan dizaman dahulu.
Cukup realistik dan sangat terperinci buatannya.



Kalau anda suka makanan,
anda wajib datang ke sini.
Kalau anda suka ambil gambar makanan,
anda wajib datang ke sini.
Kalau anda kepanasan selepas penat berjemur,
anda juga boleh masuk ke sini.

Aku bercadang nak ke Muzium 3D pulak.
Aku dah nampak dan jumpa lokasinya bila wife aku telefon.
Pekerja majlis bandaran sedang menyaman kereta-kereta yang ada di Padang Kota Lama.
Terbantut perancanganku.
Maka sekian sahaja lawatan aku di bandaraya Georgetown.
Lain tahun berjumpa lagi.


Tamat.


4 ulasan:

  1. lama betul isteri doc tunggu dalam kereta tu.. tapi muzium tu memang menarik. rasa mcm tak nak keluarlah kalau saya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Takpa.
      Kawan group Whatsapp dia ramai...

      Padam
  2. cantik nyeee..teringin nye nk pg sini

    BalasPadam
  3. Saya selesa naik hop on hop off masa kt penang aritu

    BalasPadam