Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

20 Disember 2015

Aku Mencari Street Arts di Pulau Pinang

Satu yang menarik jika ke Penang,
Menjelajah dan mencari lukisan-lukisan mural didinding-dinding usang sekitar Georgetown.
Cuma satu masalah paling utama.
Mencari tempat untuk meletak kereta.
Itu lagi mencabar.
Bandaraya Georgetown memang cantik.
Banyak bangunan-bangunan lama.
Tetapi jalan-jalannya sempit.
Manakala kereta pula banyak.
Jadi ruang untuk parking kereta memang terhad.
Kesudahannya aku parking di Padang Kota Lama.
Dan berjalan kaki ke kawasan mencari mural.
1 km jaraknya.


Wife aku tak nak ikut.
Dia tinggal dalam kereta sahaja.
Maka tinggallah aku bertiga.
Memulakan Treasure Hunt.


Bandaraya Georgetown memang bersih.
Rakyatnya pun peramah.
Cuaca pula agak panas dan kurang berangin.
Tetapi perjalanan tak terasa jauh.
Sebab aku asyik sangat melihat bangunan-bangunan yang ada.


Ini jalan short cut melalui padang luas di Padang Kota Lama.
Ada tinggalan kubu bersejarah di sebelah kiri.
Dan ada Clock Tower dibulatan menuju bangunan Lembaga Hasil Dalam Negeri.
Kelihatan orang ramai terutamanya warga tua sedang beratur untuk menghantar borang BR1M.
Ada gambarnya dalam suratkhabar The Star.
Muka depan lagi.



Bank ini dikatakan telah beroperasi sejak tahun 1875.
Masih cantik lagi bangunannya.
Begitu juga bangunan yang dibawah.


Ini mural pertama yang aku jumpa.
Arca atau lukisan diperbuat daripada besi oleh kartunis tempatan.
Semakin teruja untuk mencari yang lain-lain.


Ini yang kedua.


Ini pula yang ketiga.
Terletak berhadapan antara satu sama lain.
Dan antaranya dijadikan tempat meletak kereta.
Simple yet astonishing.


Ini arca ke empat yang aku jumpa.
Mungkin ada cerita dan sejarah yang perlu dikaji.
Nanti google.


Ini pula mural ke -5 yang aku jumpa.
Tapi sebelum itu ada juga mural-mural lain yang aku jumpa.
Cuma mungkin tak berapa cantik untuk diletak di sini.
Ada juga mural yang dah rosak.
Ada yang tertanggal sebahagian catnya.
Menyebabkan aku tak pasti apa yang cuba disampaikannya.
Termasuk gambar Bruce Lee yang dan semakin pudar.


Bertentangan dengan lukisan di atas,
ada mural yang agak famous.
Old Motocycle di Lebuh Ah Quee.
Kena tunggu giliran untuk ambil gambar di sini.
Lagipun banyak juga kenderaan yang lalu -lalang.


Ini juga lukisan pada dinding dan lorong yang sama.
Belum siap ataupun hasil vandalisme.
Aku tak pasti.


Kalau aku nak menjelajah dan mencari semua mural yang ada,
sampai ke petang pun mungkin tak habis lagi.
Satu cara yang boleh dibuat ialah dengan menyewa basikal.
Ramai pelancong buat begitu.
Macam-macam jenis basikal ada disediakan.
Berwarna-warni lagi.
Melalui nyonya yang menyewakan basikal,
aku meminta peta yang boleh didapati secara percuma.
Dengan baik hatinya dia memberi sedikit penerangan kepadaku.
Apa landmark yang boleh dibuat pedoman.
Mana mural yang paling famous.
Dan akhir sekali dia mempromote muzium-muzium baru yang ada disekitar kawasan.
Dengan kupon yang disertakan bersama peta,
aku boleh dapat diskaun.
Nyonya itupun dapat bahagian dia jugak.
Sebut nombor kod yang diberinya.
Masing-masing mendapat untung.


Dengan peta ditangan,
aku meneruskan treasure hunt aku.
Cuaca semakin panas.
Tekak pun semakin dahaga.
Aku tamatkan pencarianku selepas berjumpa dengan beberapa lagi mural.
Tarikan untuk melawat muzium yang disebutkan nyonya tadi cukup kuat.
Aku dah bayangkan bilik sejuk beraircond.
Dan mungkin juga ada air sejuk untuk membasahkan tekak.



Rasanya cukuplah setakat ini pencarianku.
Memang seronok.
Keterujaan mencari dan melihat sendiri mural yang ada.
Padahal takda apa benda pun.
Tetapi itulah keunikan bandaraya Georgetown.
Yang tiada ditempat lain.
Nak harapkan Johor Bahru?
Baru letak satu gambar polis dan penyamun dan heboh satu dunia.
Akhirnya dipadam oleh pihak majlis.
Satu tindakan bodoh pada hematku.


Ada sambungan sedikit lagi.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan