Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2016

Aku Dan Hujung Minggu Ini

Beberapa hari lepas,
ada satu surat terlepas dalam suratkhabar.
Seorang pesakit minta doktor tulis surat.
Dia dimasukkan ke wad.
Jadi kena batalkan pakej percutian dan tiket kapalterbangnya.
Dan untuk dapat duit baliknya,
dia kena dapatkan surat daripada doktor.
Dia dapat surat itu.
Macam memo pengesahan daripada doktor.
Itu yang dia tidak puashati.
Doktor tulis pakai tangan sahaja.
Bukannya surat rasmi bertaip dan ada letterhead.
Dan dia pun komplen dalam suratkhabar.
Ramai doktor-doktor dalam group doktor komen balik.
Aku pun sama,
Apa masalahnya?
Doktor tak sama macam lawyer.
Doktor tak sama macam kerani.
Malah doktor di hospital kerajaan,
mana ada bilik sendiri?
Meja dan kerusi sendiri pun takda.
Komputer jauh sekalilah.
Masa aku kerja kerajaan dulu,
walaupun dah kira paling senior sekalipun,
aku masih tiada bilik dan meja sendiri.
Meja dan kerusi yang ada dikongsi bersama.
Aku hanya ada bilik sendiri bila aku memangku jawatan pengarah hospital.
Itupun boleh dikira berapa lama ak…

Aku Menyokong Kepimpinan Dato' Seri Mukhriz Mahathir

10 FAKTA Dato' Seri Mukhriz Mahathir
1. Beliau adalah bekas pelajar MRSM yang melanjutkan pelajaran ke negeri Jepun. Maka, beliau sudah terbiasa dengan rakyat kebanyakan dan berdikari sejak dari zaman remaja lagi.
2. Sebelum berkecimpung dalam arena politik, beliau sudah pun menjadi seorang usahawan yang berjaya bertaraf ratus jutawan. Semasa Tun Dr. Mahathir bin Mohamad menjadi Perdana Menteri, beliau tidak dibenarkan memasuki arena politik.
3. Dato' Seri seorang anak yang sangat patuh kepada orang tuanya dan hasil didikan Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, beliau amat menghormati masyarakat dari pelbagai lapisan. Beliau selesa bergaul dengan rakyat kebanyakan dan tidak kekok serta sangat merendah diri. Beliau tidak lokek dengan senyuman, salah satu saranan Baginda Rasulullah s.a.w. Beliau juga sangat rapat dengan golongan muda.
4. Semasa menjadi Menteri Besar Kedah, beliau menyalurkan keseluruhan gaji beliau kepada sekolah-sekolah pondok dan agama di negeri Kedah. Beliau sanga…

Aku dan Wordless Wednesday

Aku dan Speechless Friday

Sebagai rakyat Malaysia,
aku setuju dengan perlaksanaan caj penuh kepada warga asing.
Memang dah lama aku tunggu.
Tetapi sebagai doktor,
aku rasa caj yang dikenakan adalah sangat melampau.
Tak logik dek akal.
Langsung tak munasabah.

Salam hari Jumaat yang menyedihkan.
Ekonomi kita?
Pendidikan kita?
Politik di Kedah?
Segala-galanya menyedihkan.
Apa nak jadi dengan Malaysia ni?




Aku dan Dilemma Seorang GP

Wednesday, 20 January 2016 Panel doctors feeling the squeeze

Aku dan Wordless Wednesday

Haters will be haters!
Baca di sini

Aku dan Melaka Pun Ada Premium Outlet?

Melaka Premium Outlet. a.k.a Freeport A'Famosa Outlet. Tempat shopping terbaru di Malaysia. Letaknya berhampiran dengan A'Famosa Resort World. Letaknya di Alor Gajah Melaka. Kira-kira 15 minit perjalanan daripada exit Tol Alor Gajah. Baru dibuka kira-kira 2 bulan lepas. Masa membaca The Star percuma dihotel terpandang rencana pasal tempat ini. Itu yang menyinggah sebelum pulang ke Johor.

Aku tiba di sini kira-kira jam 3 petang. Cuaca memang agak panas. Kelihatan kenderaan penuh diparkir ditepi-tepi jalan. Tetapi bila aku masuk ke dalam, masih banyak lagi ruang parkir yang kosong berdekatan dengan pintu masuk. Kasihan siapa-siapa yang parkir jauh-jauh. Dahlah panas.

Ada kira-kira 60 kedai berjenama di sini. Tidak seperti di JPO, Bangunan disini hanya setingkat sahaja. Disusun dalam dua baris kedai yang panjang. Lebih 200 meter panjangnya. Ditengah-tengahnya ada ruang legar siap dengan kipas berbilah gergasi. Kalau pusing maksimum boleh terbang bumbung gamaknya.

Bangunan di sin…

Aku di Alive 3D Art Gallery Port Dickson

Hari Sabtu yang lepas. Aku sampai di sini. Lokasinya di bandar Lukut Port Dickson. 3 pintu rumah kedai 3 tingkat. Dijadikan seperti muzium. Dijadikan Art Gallery. Mempamerkan lukisan-lukisan 3D. Lukisan yang seolah-olah keluar daripada dinding.

Ini kaunter pendaftarannya. Dibuka jam 11 pagi. Untuk warganegara yang ada kad pengenalan, bayaran masuk ialah 20 ringgit seorang. Kena tambah 2 ringgit untuk sewa loker. Untuk menyimpan kasut. Sebab kasut dan selipar tidak dibenarkan dibawa masuk.

Dipintu masuk. Seorang pekerja akan memberi penerangan. Cara-cara untuk mengambil gambar. Ada ditandakan, mana nak berdiri untuk mengambil gambar. Arah mana nak tuju kameranya. Ada 50 lukisan dipamerkan. Ada pelbagai aksi boleh dirakamkan. Ikut kreativiti masing-masing. Kalau tak tahu jugak. Boleh semak didinding. Ada contoh gambar dan aksi yang sesuai.

Aku seronok mengambil gambar di sini. Ditambahlagi dengan adanya model-model paksarela. Memang berbaloi dengan bayaran yang dikenakan. Takda rasa ru…