Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

30 Januari 2016

Aku Dan Hujung Minggu Ini

Beberapa hari lepas,
ada satu surat terlepas dalam suratkhabar.
Seorang pesakit minta doktor tulis surat.
Dia dimasukkan ke wad.
Jadi kena batalkan pakej percutian dan tiket kapalterbangnya.
Dan untuk dapat duit baliknya,
dia kena dapatkan surat daripada doktor.
Dia dapat surat itu.
Macam memo pengesahan daripada doktor.
Itu yang dia tidak puashati.
Doktor tulis pakai tangan sahaja.
Bukannya surat rasmi bertaip dan ada letterhead.
Dan dia pun komplen dalam suratkhabar.
Ramai doktor-doktor dalam group doktor komen balik.
Aku pun sama,
Apa masalahnya?
Doktor tak sama macam lawyer.
Doktor tak sama macam kerani.
Malah doktor di hospital kerajaan,
mana ada bilik sendiri?
Meja dan kerusi sendiri pun takda.
Komputer jauh sekalilah.
Masa aku kerja kerajaan dulu,
walaupun dah kira paling senior sekalipun,
aku masih tiada bilik dan meja sendiri.
Meja dan kerusi yang ada dikongsi bersama.
Aku hanya ada bilik sendiri bila aku memangku jawatan pengarah hospital.
Itupun boleh dikira berapa lama aku dapat duduk di situ.

Bila aku dah kerja sendiri,
barulah aku ada bilik sendiri.
Meja sendiri.
Komputer sendiri.
Tetapi jika aku nak menulis surat atau memo,
aku lebih suka tulis tangan.
Pada aku itu lebih professional.
Bukan senang nak dapat surat daripada doktor tau!
Ianya unik hanya untuk seorang pesakit.
Ianya bukannya surat fotostat yang boleh direcycled.
Kerani boleh buat.
Tetapi bukannya doktor.
Itu kelebihan seorang doktor.
Itu juga menjadi kelemahan seorang doktor.

Kalau nak cerita pasal surat sokongan atau memo ini,
macam-macam jenis surat aku pernah tulis.
Anak nak keluar asrama,
anak minta kecuali berlari tengah padang,
anak minta dipindah ke asrama tingkat bawah,
anak minta kecuali daripada berkawad,
dan macam-macam lagi karenah ibubapa yang saaangat saaayang anaknya.
Anak mudah allergik.
Anak tak boleh kena panas.
Anak ada semput.
Anak tak biasa naik tangga.
Macam-macam alasan.
Sebagai doktor kadang-kadang aku terpaksa berbohong juga.
Tetapi tak selalulah.
Semoga Allah mengampuni dosa-dosaku yang telah lalu.

Cikgu nak minta pindah minta surat sokongan daripada doktor.
Tekanan perasaanlah.
Ayah sakit kroniklah.
Ibu tinggal bersendirianlah.
Anak nak ambik maid Indon pun minta surat sokongan doktor.
Ayah takda anak yang dapat menjaga.
Ibu takda kawan.
Pendek kata macam-macam hal doktor kena tolong.

Dan ini contoh yang paling baru.
Seorang warga Nepal.
Dalam tempoh empat bulan ini,
empat kali dah datang ke klinik.
Masalah yang sama.
Chronic Tonsillitis.
Tonsilnya dah sebesar dua biji strawberi.
Memang tiada pilihan lain.
Nak kena operate dan buang tonsilnya.
Dia nak minta buat kat sini,
tetapi kosnya tidak tertanggung olehnya.
Hopsital kerajaan juga swasta harganya sama sahaja.
Aku suruh dia buat kat negaranya,
tetapi company tak beri dia balik.
Jadi aku tulis surat kepada majikannya.
Tengok boleh dapat kebenaran ke tidak.


Surat aku bukannya surat daripada perdana menteri
Sain aku pun tak tinggi mana.
Chop dan jawatan aku pun tak besar mana.
Tetapi alhamdulilah.
80% surat yang aku tulis mendapat kerjasama positif.
Benar.
Tak semua penyakit perlu makan ubat macam-macam.
Tak semua penyakit perlu pembedahan.
Kadang-kadang dengan sehelai surat ringkas,
selesai semua masalah.

Hujung minggu ini duduk rumah sahaja.
Cuaca pun panas terik diluar sana.
Siapa tengok Maharaja Lawak Mega malam tadi?
Puashati?
Pengacara dah bagus.
Juri pun hebat-hebat belaka.
Tetapi para pesertanya lebih separuh patut disingkirkan malam tadi.
Tanpa Sepahtu, Jozan, Nabil, Shiro dan arwah Pak Yus.
Tiada apa yang perlu dibincangkan.

Salam hujung minggu kawan-kawan.



7 ulasan:

  1. Kenapa org kata tulisan doktor susah nak baca? Senang jer baca tulisan Doc..hehehe. Doc...you are definitely an independent person and friendly. Warm personality. Mudah didekati.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memudahkan hidup orang lain.
      InsyaAllah Tuhan akan mmudahkan kehidupan kita.

      Padam
  2. cantik tulisan, baru boleh baca..hehehe

    BalasPadam
  3. betullah, apa masalahnya?
    kalau nk surat bertaip bagai, boleh, tapi tunggu seminggu kalau x salah dan berbayar juga. Sebab y menaip adalah bukan doktor, biasanya petugas bahagian rekod y buat. Dan bukan satu surat sehari.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau nak bertaip,
      kena tunggu 2 minggu.
      lepas tu bayar 40 ringgit.

      Padam