Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

11 Januari 2016

Aku dan Hujung Minggu Ini


Dah lama aku tak ajak wife tengok wayang.
Bila HotFM meriah dengan cerita-cerita dan lagu-lagu dari filem baru SRK dan Kajol,
aku pun ikut terjebak jugak.
Ada yang kata jalan ceritanya tak best,
tapi peduli apa.
Yang penting ada SRK dan Kajol.
Juga banyak scene serta lagu-lagu romantik dan jiwang yang meruntun jiwa.
Jadi apa lagi.
Ke panggung wayanglah kita.
Wayang start pukul 9 malam.
Aku pergi berdua sahaja.
Budak-budak mana minat tengok cerita-cerita begini.
Jangan tak percaya,
panggung penuh sesak.
Masa aku tengok filem Star Wars pun tak seramai ini.
Yang tua-tua,
yang muda-muda,
yang bawa anak-anak kecik pun ada.
Filem ini memang typical dan klise SRK dan Kajol.
Semua ada.
Sedih, romantik, kelakar, gaduh-gaduh.
Lagu-lagunya sedap-sedap belaka.
Cinematografinya pun sama.
Seluruh penggambaran diadakan di Bulgaria.
Tak nampak pun muka-muka tipikal warga India langsung.
Kajol pun sangat putih dan sangat tebal mekapnya.
Ceritanya memang tak logik akallah.
Kalau aku nak cerita adegan-adegan tak logik,
memang sampai petang pun tak habis baca.
Kisah dua kumpulan gangster yang saling bermusuhan.
SRK jadi anak angkat kepada satu geng.
Kajol jadi anak kepada satu lagi geng.
Bercinta secara 'kebetulan',
lepas tu kena playback,
lepas tu nyesal,
lepas tu frust,
lepas tu gaduh,
lepas tu berbaik semula.
Lepas tu bapaknya pula yang playback,
kebetulan dua-dua bapaknya mati saling berbunuh,
tetapi Kajol nampak SRK yang bunuh bapaknya,
Kajol tembak SRK tepat kat jantung,
tetapi tak mati pun.
Kedua-duanya terus berpisah.
Lepas 15 tahun mereka berjumpa semula.
Itupun sebab adik Kajol bercinta dengan adik angkat SRK.
Dan pusing sana pusing sini sampai hampir 3 jam.
Berapa kali salin pakaian aku dah tak mengira.
Penat tunggu bila cerita nak habis. 
Wife kata Kajol semakin cantik.
Tapi aku tengok make up aje yang tebal.
Kesimpulannya,
lelaki adalah lemah dalam bercinta.
Perempuan ambil masa 15 tahun untuk memaafkan lelaki.
Tetapi lelaki setengah hari sahaja dah memaafkan.
Tunggu aje kat depan pintu rumah.
Tunggu aje kat situ walaupun hujan lebat.
Mesti cair punya hati lelaki.


Petang Jumaat.
Aku ke Hospital Columbia Asia Nusajaya.
Melawat seorang pesakit aku yang aku rujuk untuk pembedahan.
Sepanjang 3 hari di wad,
tiada siapa yang melawatnya.
Anak isterinya pun tak datang menemaninya.
Jadi sebelum aku pergi mencari lauk di KIP Mart,
aku singgah dihospital dulu.
Dia dah selesai menjalani pembedahan.
Doktor yang membedah pun kawan sekolah lama aku jugak.


Dah lama aku tak ke KIP Mart Tampoi.
Dulu aku rajin juga ke sini.
Tetapi sekarang aku rasa macam makin jauh.
Sebabnya jalan depan KIP Mart itu tak pernahnya lengang.
Asyik jem sahaja dikedua-dua arah.
Tak kira waktu.
Tak kira hari.
Tetapi sesekali pergi memang berbaloi membeli bahan-bahan basah di sini.
Harganya berpatutan.
Masih boleh tawar-menawar.
Katakan dia letak harga ikan 20 ringgit.
Kalau kita lalu harganya boleh turun 2-3 ringgit.
Sebelah malam lagi banyak turunnya.
Tetapi ada syaratnya.
Ikan tak boleh pilih sendiri.
Mereka yang pilihkan.
Kalau pilih sendiri harganya kembali ke 20 ringgit.
Jadi kena cekap memerhati.
Kadang-kadang ikan lama dicampur dengan ikan baru.
Yang lama diletak dibelakang.
Yang baru dengan mata berkilat diletak didepan.
Taktik biasa.


Hari Sabtu.
Aku ke Felda Sening di Kota Tinggi pulak.
Ada majlis perkahwinan anak saudara belah mak mertua aku.
Anaknya seorang askar.
Jadi majlis perkahwinannya ala-ala askar begitu.
Ada majlis perarakan.
Ada majlis menghunus pedang.
Ada majlis lalu bawah pedang.
Memang jarang tengok.
Cuaca pula memang sangat panas.
Askar memang dah biasa berjemur.
Tetapi bukan aku.
Macam nak demam aku bila berjemur tengah panas.
Sebelum sampai rumah,
aku singgah dulu ke JPO.
Memang tak beli apapun.
Cuma mencuci mata tengok orang sakan berbelanja.
Aku dah banyak kali kena.
Nak beli kasut atau seluar jeans.
Pilih punya pilih,
bila nak cari saiz dah takda.
Penat sahaja memilih.


Selamat berhujung minggu kawan-kawan.
Mari layan muzik video ini.
Dah 45 juta orang menontonnya. 
Aku pun dah 5 kali menontonnya.






6 ulasan:

  1. banyak aktiviti ...
    ingatkan sambungan cerita pasal diwale yg no1 tu rupanye cerita lain ek ...
    nape keluarga pesakit Dr tak melawat ...sedihnya ... hmmmm

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wife tak berapa mahir bawa kereta.
      Itupun baru lepas accident.
      Anak pula sekolah.
      Jadi termenunglah sorang2 kat wad.

      Padam
  2. Hujung minggu saya tenang kali ni. Tapi minggu depan hectic semula rasanya. So, Dilwale ni recommended tak, Doc?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Not so.
      Tengok Star Wars lagi baik...

      Padam
  3. wak pon x penah abes tenok citer hindustan., harhar2

    kawen ala askar kat johor tetap kene tol kan abg doc., ;p

    BalasPadam
    Balasan
    1. Takda sapa berani mintak tol wak!
      Masing2 muka serius semacam sahaja.
      Lagipun pedang masing2 berkilat.
      Takut kena libas...

      Padam