Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

05 Januari 2016

Aku dan Man Of The Year 2015 Award



Kalaulah ada anugerah Man Of The Year,
aku cadangkan diberikan kepada DYMM Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Beliau kini menjadi idolaku.
Beliau kini menjadi sumber inspirasiku.
Malah bukan aku seorang sahaja.
Ramai rakyat Malaysia yang kagum dengan ketokohannya.


Ketika masa depan kelihatan suram,
dengan ekonomi yang lembap,
dengan nilai matawang yang rendah,
dengan harga minyak yang juga rendah,
beliau hadir memberi sinar harapan.


Ketika politik negara terus-terusan bergolak,
dengan karenah pak-pak menteri yang menyesakkan dada,
dengan gelagat pak-pak menteri yang menjolok mata,
dengan cadangan dan idea pak-pak menteri yang tak masuk akal,
juga alasan-alasan tukang-tukang kipas yang semakin menyakitkan hati,
beliau hadir memberi sinar harapan.


DYMM Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Sangat mesra rakyat.
Sangat mengambil berat tentang hal rakyat.
Malah beliau kini mula mendekati rakyat.
Dengan melakukan perkara-perkara yang diluar protokol istana.
Pergi ke masjid tanpa iringan sesiapa.
Pergi ke tempat-tempat tumpuan tanpa perancangan awal.
Pergi melawat bekas gurunya yang nazak.
Malah yang paling mengejutkan,
selamba sahaja pergi sarapan ke kedai mamak.
Siap bersembang lagi dengan pelanggan yang lain.
Allahuakbar.


Walauapapun yang aku dengar pasal sultanku,
cerita-cerita negatif yang dijaja oleh orang berkepentingan,
beliau tetap sultanku.
Beliau tetap sultan kesayanganku.


InsyaAllah.
Satu hari nanti.
Aku harap dapat duduk bersarapan dengannya.
Tapi kena rajin bangun awal.
Kena rajin melepak di restoran mamak kegemaran beliau.

Ini wawancara beliau masa baru ditabalkan sebagai sultan Johor.



4 ulasan:

  1. saya sayangggggggggggggg sultan saya

    BalasPadam
  2. ai kagum ngan sultan johor dan keturunan nya

    BalasPadam
  3. Doc, kalau Johor independent jadi sebuah negara, sila rekomen saya jadi penghijrah yer. Oh yer, saya nak tumpang vote juga.

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum Doc,

    moga lebih ramai Sultan yang berjiwa rakyat.

    BalasPadam