Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

19 Januari 2016

Aku dan Melaka Pun Ada Premium Outlet?


Melaka Premium Outlet.
a.k.a Freeport A'Famosa Outlet.
Tempat shopping terbaru di Malaysia.
Letaknya berhampiran dengan A'Famosa Resort World.
Letaknya di Alor Gajah Melaka.
Kira-kira 15 minit perjalanan daripada exit Tol Alor Gajah.
Baru dibuka kira-kira 2 bulan lepas.
Masa membaca The Star percuma dihotel terpandang rencana pasal tempat ini.
Itu yang menyinggah sebelum pulang ke Johor.


Aku tiba di sini kira-kira jam 3 petang.
Cuaca memang agak panas.
Kelihatan kenderaan penuh diparkir ditepi-tepi jalan.
Tetapi bila aku masuk ke dalam,
masih banyak lagi ruang parkir yang kosong berdekatan dengan pintu masuk.
Kasihan siapa-siapa yang parkir jauh-jauh.
Dahlah panas.


Ada kira-kira 60 kedai berjenama di sini.
Tidak seperti di JPO,
Bangunan disini hanya setingkat sahaja.
Disusun dalam dua baris kedai yang panjang.
Lebih 200 meter panjangnya.
Ditengah-tengahnya ada ruang legar siap dengan kipas berbilah gergasi.
Kalau pusing maksimum boleh terbang bumbung gamaknya.


Bangunan di sini bercirikan negara Belanda.
Sebab itu ada kincir angin yang klasik untuk negara di sana.
Unik.
Antara sebab utama aku datang ke sini ialah nak tengok bangunannya.
Shopping barangan berjenama bukan sebab utamaku.
Lagipun aku memang takda nak beli apa-apapun.
Maklumlah raya pun lama lagi.


Bangunan disini telah siap sepenuhnya.
Tetapi banyak kedai yang masih dalam proses ubahsuai.
Lampu-lampu jalan sedang dipasang.
Bangku-bangku ada yang sedang dibina.
Landskap pun belum siap sepenuhnya.
Tetapi itu bukan halangan untuk rakyat kita berbelanja.


Aku bukannya arif sangat dengan jenama-jenama luar negara.
Yang aku tahu,
ada kedai Nike dan Puma di sini.
Kata anak lelaki aku kedai di JPO lagi banyak pilihan.
Walaupun ada diskaun sampai 80%,
harganya masih tetap mahal untuk level poketku.


Wife aku sangkut lama di kedai Sembonia.
Kedai jenama pilihannya.
Aku tak larat nak menunggu.
Jadi aku jalan-jalan dan memerhati suasana diluar kedai.
Ramai yang kagum dengan kincir air tersebut.
Bergilir-gilir mereka mengambil gambar.


Ada juga ruang kedai makan disediakan.
Aku tak kesempatan nak mencuba.
Ada juga surau untuk bersembahyang disediakan.
Bukan satu tapi dua tempat.
Itu yang bagus.
Tempatnya pun bukannya diruang yang tersorok.
Ataupun stor yang diubahsuai lebih kurang.
Terletak berhampiran dengan pintu masuk.
Suraunya agak luas.
Siap dengan 3 aircond siling disediakan.
Barulah selesa kalau nak bersembahyang.


Secara keseluruhannya,
aku rasa ianya boleh setanding dengan JPO bila dah beroperasi sepenuhnya.
Tetapi sebagai bangsa Johor,
aku lebih suka JPO.
Suasananya lebih menarik.
Kedai-kedainya lebih banyak.
Tempat parkir lebih banyak.
Dan balik utama,
letaknya dekat sangat dengan rumahku. 


Sebelum balik aku singgah di Toy World.
Ada banyak mainan original di situ.
Dan aku beli satu sebagai kenangan.


Demikianlah cerita hujung mingguku minggu ini.




4 ulasan:

  1. Saya dapat juga beli beg rotan satu kat situ. Yg lain2, boleh bocor parah wallet saya, Doc.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cuba datang ke JPO.
      Rasanya lebih kurang juga harganya.

      Padam
  2. selamat datang ke melaka Doc...walau pon dah berlalu kan...sebagai seorang pompuan semua tempat shopping saya suka...JPO atau MPO...lagi2 kalau ada duit seribu dua dalam beg...kikiki

    BalasPadam

  3. Belum sampai lagi MPO..JPO tu ada la beberapa kali sampai..tu pun bila family dtg request nak ke sana..maklumlah..kat BP tak de la sgt tempat nak cuci2 mata

    BalasPadam