Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

12 Januari 2016

Aku dan Pesakit Hari Ini

Seorang pesakit aku.
Seorang makcik.
Bekas kakitangan kerajaan.
Aku memang dah lama kenal dia.
Agak demanding orangnya.
Setiap kali nak ke klinik,
mesti call aku dulu beberapa kali.
Kalau nak datang pukul 9,
pukul 8 pagi dah sibuk call aku.
Kalau boleh sampai sahaja terus nak jumpa aku.
Kalau boleh nak suruh aku tunggu depan pintu.
Dia tak nak tunggu lama-lama.
VIPlah sangat.
Datuk yang aku kenal pun sanggup tunggu giliran.
Malah minta maaf berkali-kali kalau terpaksa potong queue.
Tetapi bukan itu prinsip hidupnya.

Pada satu pagi yang sangat sibuk.
Jam baru menunjukkan pukul 11 pagi.
Tapi pesakit aku dah sampai nombor 30.
Macam-macam masalah.
Maklumlah El Nino dah sampai.
Panas terik berpanjangan.
Jadi penyakit pun macam-macam.
Dalam aku sibuk-sibuk dia call aku beberapa kali.
Dan aku memang jarang angkat call waktu aku bekerja.
Wife dan anak-anak aku pun dah faham benar.
Tetapi bukan dia.
Seboleh-bolehnya nak juga bercakap denganku.
Bila aku tak angkat call dia,
dia hantar message.
Nak suruh ambilkan nombor giliran.
Anaknya demam tak baik-baik.

Setengah jam kemudian dia sampai diklinik.
Kalau ikut gilirannya,
ada 10 orang lagi pesakit lain sedang menunggu.
Dia berkeras dengan staf aku nak minta didahulukan.
Staf aku buat tak layan aje.
Dan dia call aku beberapa kali lagi.
Aku pun tak sempat nak layan.
Lepas selesai dua pesakit,
aku baru benarkan dia potong queue.
Nak juga tahu apa penyakit anaknya itu.
Serius sangat ke.
Ceritanya anaknya demam sejak malam tadi.
Demam sahaja pun.
Takda batuk dan selsema.
Muntah-muntah pun takda.
Datang memanglah berselubung dengan baju tebal.
Tetapi suhunya baru 37.8 celcius.
Takdalah tinggi manapun.
Dia kata malam tadi dia langsung tak tidur.
Dia tuamkan anaknya.
Pagi ini dah beri ubat demam.
Sebab itu demamnya dah turun.

Aku malas nak cakap banyak.
Nak suruh buat ujian darah pun,
demam belum pun sampai 24 jam.
Nak confirmed denggi pun tak boleh.
Aku beri dia ubat demam sahaja dan suruh balik.
Lepas dua hari ambil darah kalau demam tak kebah.
Satu yang aku musykilkan.
Kenapa perlu bersusah-payah?
Kenapa perlu risau macam-macam?
Anaknya dah besar pun.
Memanglah anak bungsu,
tetapi umurnya dah 26 tahun.
Dah boleh jadi emak budak dah.
Lainlah kalau anaknya bawah 5 tahun.
Kenalah risau pasal sawan ke apa.
Ini dah tua bangka.

Rasa nak suruh staf charged double consultation.
Bayar untuk segala stress yang staf aku hadapi.
Tetapi aku tak sampai hati.
Dan dia berani pulak bertanya,
kenapa doktor tak jawab call saya?


Semalam juga ada satu pesakit.
Pernah datang ke klinik aku 2 bulan lepas.
Mengadu gatal dan ruam dikakinya.
Dia minta MC tetapi aku tak beri.
Bila tak dapat MC dia terus balik.
Ubat tak ambil.
Bayaran jauh sekalilah.
Buat bodoh aje.
Semalam berani dia datang ke klinik aku lagi.
Mood masa tu tengah tak baik.
Menanah telinga dia dengan syarahan daripada ustaz tak cukup tauliah.

Nasib baik ada pesakit lain yang meredakan kemarahanku.
Dia datang bawa mainan untuk tambah koleksiku.
Turun sikit tekanan darahku.


9 ulasan:

  1. Pergh...itu memang VIP betul tu. Sabar sangat dah tu Doc. Macam2 kerenah ada.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah pasal.
      Layan VVIP pun tak seteruk ini.

      Padam
  2. hahaha lawak betui makcik ... baca dari atas pesara kerajaan ..kompom dah tua tp ada baby ke .. rupanye baby tua hahahhaha
    adui la ....siap bertuam tu tak tahan tu

    BalasPadam
  3. Assalam. Menarik story ni. Doktor dan pesakit VVIP. Salam kenal.

    BalasPadam
  4. Banyak berjalan semakin luas pandangan....semakin lama practice semakin banyak hadapi karenah manusia...hehe Sabar2 je lah doc..

    BalasPadam
  5. Waaahhhh Doc... Transformer! Kalau dapat kat saya pun, saya tak jadi marah! :)

    BalasPadam
  6. Menarik coretan Dr..Teruskan menulis ye.

    BalasPadam