Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

01 Januari 2016

Aku dan Shell Out Homemade di Tahun Baru


Awal pagi ditahun baru.
Aku ikut wife ke pasar basah Kulai.
Tempat yang sangat jarang aku lawati.
Cadangnya nak mencuba menu baru tengahari ini.
Tahun barulah katakan.
Mari kita mencuba sesuatu yang baru.


Resepi menu ini aku dapat di sini.
Cara masak yang simple.
Bahan-bahannya pun simple.
Shell Out.
Itulah nama masakan yang aku nak cuba.
Kalau ikut fakta yang aku google.
Ada satu rangkaian restoran yang famous di ibu negara.
Ramai juga artis terkenal dah datang ke sini.
Makan seafood secara berjemaah.
Tak perlu pinggan, sudu ataupun garpu.
Makanan dilonggok atas meja.
Letak atas kertas sahaja.
Dan guna dua tangan untuk makan.
Ramai yang kata sedap.
Dan bila ramai artis dah datang,
bermakna harganya pun berkadaranlah dengan apa yang dimakan.
Aku tak pernah ke Restoran Shell Out.
Resepi ini aku modified daripada resepi yang aku dapat di sini.
Jadi ini resepi Shell Out hasil google ku.


Perkara pertama ialah menyediakan pes.
Cili kering direndam terlebih dahulu.
Selepas itu dikisar dengan bawang putih, bawang merah dan bawang besar.
Dan lepas itu ditumis hingga agak kering dengan sedikit minyak.
Jangan lupa letakkan asam keping untuk rasa sedikit masam.


Dengan pes yang ada,
aku masak lauk satu-persatu.
Mula-mula aku masak ketam dahulu.
Tumiskan sedikit pes tadi dengan minyak.
Tambahkan sos cili, sos tomato, sos tiram dan sos ikan.
Kemudian masukkan ketam.
Gaul dan tutup sebentar.
Bila ketam dah masak,
pecahkan telur ayam dan gaul.
Siap dah satu lauk.


Sotong diperap dengan sedikit pes tadi.
Tambah juga sedikit kunyit dan garam.
Lepas itu dimasak di atas non-stick pan.
Kupang pun dimasak dengan cara yang sama.


Untuk udang pula,
tumiskan bawang putih dan sedikit pes tadi.
Bila sudah agak kering tambahkan sos cili.
Selepas itu masukkan udang dan gaul.
Tutup api bila rasa udang dah masak.


Untuk keseimbangan masakan,
rebuskan lobak, brokoli, jagung manis dan cauliflower.
Dah siap dan sedia untuk dihidangkan.


Untuk sumber karbohidrat,
Nasi Goreng Cina dihasilkan atas permintaan anak.
Selepas semuanya siap,
semua lauk tadi disatukan dalam satu dulang besar.
Tak sampai hati pula nak makan atas kertas.
Jadi kita bubuhlah dalam dulang.
Perahkan lemon untuk lebih umph!
Makan beramai-ramai sambil menonton tv adalah satu nikmat.
Ditambah lagi dengan cuaca hujan renyai-renyai.
Memang langsung tak bersisa.


Aku suka menu baru ini.
Sangat sesuai untuk penggemar makanan laut.
Masakan ini boleh diubahsuai ikut selera masing-masing.
Nak bubuh butter boleh.
Nak bubuh blackpepper pun boleh.
Yang utama ialah cara ianya dihidangkan.


Untuk saudara-mara.
Ini mungkin menu baru kita masa hari raya nanti.

Selamat tahun baru kawan-kawan!




8 ulasan:

  1. Menarik...klu bubuh dlm dulang boleh terima klu bubuh atas meja beralas plastik ke kertas minyak kalis air tu tak gamak..... klu kerang pun sodap kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apa2 pun boleh.
      Ikut selera tekak.
      Juga apa yang ada dipasar.

      Selamat mencuba...

      Padam
  2. wah! makan beso di tahun baru ye Doc...terpengaruh saya di buatnye...teringin nak buat jugak dalam masa terdekat ni...semua nampak sangat sedap...yum2

    BalasPadam
  3. Dan harganya jaauuhhhhh lebih murah. Tu, tulisan doc ke? Elok jer boleh faham...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul.
      Modal tak sampai pun 100 ringgit.
      Kalau ke restoran,
      paling kurang pun 250 ringgit.


      Padam
  4. wow menarik
    makan kat rumah lagi best
    macam2 gaya bleh buat

    BalasPadam
    Balasan
    1. dh macam nasi ambeng pun ada

      tingat masa zaman sekolah
      kalau ada majlis cam maulud nabi dll
      bawak dulang, letak semua dlm dulang, makan ramai2

      Padam