Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

03 Januari 2016

Aku dan Terlajak Puteh Nampak!


Minggu lepas aku tengok satu dokumentari di Astro.
Sempena tahun baru ini,
Pak Nil pergi melawat rumah tokoh-tokoh kosmetik Malaysia.
Bukan setakat tengok rumah sahaja,
tetapi tengok harta-benda yang mereka ada.
Mereka bukan sahaja tokoh kosmetik,
tapi antara orang-orang melayu terkaya di Malaysia.
Terlajak Puteh Nampak!
Itu tajuk rancangannya.
Datuk Syukri.
Datuk Vida.
Juga arwah anak Datuk Sosilawati.

Aku tengok dokumentari ini daripada sudut positif.
Aku tak rasa mereka nak bermegah-megah.
Mereka cuma nak beri kita semangat.
Bagaimana rasanya menjadi kaya seperti mereka.

Dulu aku memang tak berapa suka dengan karakter Datuk Syukri dan Datuk Vida.
Semua yang dipaparkan dimedia memang menjengkelkan.
Gaya percakapan,
gaya penampilan,
juga produk yang dijual.
Semuanya kelihatan agak janggal dimataku.
Terutamanya Datuk Vida.
Rancangan tajaannya dipenuhi dengan mukanya sahaja.
Rasanya bukan aku seorang sahaja yang meluat,
ramai juga yang mengutuknya di media sosial.
Tetapi tak kenal maka tak cinta.
Bila aku dah mula mengenalinya,
barulah aku tahu,
yang mana cempedak yang mana nangka.
Lagipun semakin ramai yang meluat,
semakin ramai yang bercerita tentangnya,
semakin terkenal mereka,
semakin laris produknya,
semakin banyak angka kosong diakaun bank mereka.

Aku sangat kagum dengan kejayaan Datuk Syukri.
Umurnya belum pun sampai 30 tahun.
Tetapi kejayaannya memasarkan produk-produknya memang menakjubkan.
Ketika umurnya baru 23 tahun,
Sultan Pahang dah beri gelaran datuk kepadanya.
Sejarah kehidupannya korang google lah sendiri.
Bagaimana dia bermula menapak dalam industri kosmetik,
sehinggalah dia berjaya hingga sekarang.
Dia mengiklankan dirinya sebagai satu produk.
Apa yang dia tampilkan dimedia hanyalah satu penjenamaan.
Gaya percakapannya,
gaya pakaiannya,
semuanya hanyalah satu gimik rupanya.
Keunikannya yang menyebabkan dia jadi terkenal.
Orang kenal produknya kerana dirinya.
Orang membeli produknya kerana dirinya.
Walaupun ramai yang mentertawakannya,
dia langsung tak rasa malu.
Malah kini dia yang mentertawakan orang yang mentertawakannya.
" Kau ketawakan aku. "
" Tapi cuba kau tengok akaun bank aku. "
" Kita tengok kau boleh ketawa lagi atau tidak. "

Rumah Datuk Syukri memang hebat.
Semuanya berwarna keemasan.
Barang-barang dirumahnya memang berjenama.
Dan Pak Nil perasan.
Semua barang yang dibelinya masih ada disimpan tanda harganya.
Dia tunjuk koleksi kasutnya.
Dia tunjuk koleksi jamnya.
Dia tunjuk koleksi cincinnya.
Dia tunjuk koleksi keretanya.
Dia tunjuk almari pakaiannya.
Dia juga tunjuk rumah barunya yang belum siap.
Didirikan di atas tanah lot banglo berharga 20 juta ringgit.
Tetapi dia tetap humble.
Dia kata dia masih selesa makan diatas lantai.
Penampilannya dimedia bukanlah dirinya yang sebenar.
Dia masih manusia biasa juga.

Datuk Vida pun apa kurangnya.
Walaupun dah bergelar billionaire,
dia masih lagi menetap di Ipoh.
Pak Nil dijemput ke salah sebuah rumahnya.
Rumahnya biasa sahaja.
Tetapi jangan terkejut tengok koleksi barang kemasnya.
Segala jenis intan berlian dia ada.
Jangan terkejut tengok koleksi bajunya yang bling-bling.
Yang dipakai sekali dua sahaja.
Juga koleksi handbag dan kasutnya.
Seumur hidup aku pun tak boleh nak mengumpul sebegitu banyak.
Rumahnya sahaja ada 17 buah.
Koleksi keretanya ada 20 biji.
Vellfire sahaja ada 4 biji.
Dan dia juga menunjukkan rumah banglo 4 buah yang dibelinya untuk anak-anaknya.
Malangnya dua daripadanya dah meninggal dunia.
Meninggal dunia akibat kebakaran.
Kini dia sedang membangunkan sebuah rumah banglo yang sangat besar.
Harganya lebih 20 juta.
Lengkap dengan lif dan ada panic room.
Diakhir wawancara dia memohon maaf.
Dia kata bukan niatnya untuk menunjuk-nunjuk.
Tetapi untuk memberi semangat kepada para penonton.
Jangan mudah putus asa.
Jangan mudah kecewa.
Mungkin ada ramai yang meluat dengan penampilannya.
Tetapi itu semua hanyalah luaran sahaja.
Itu semua hanyalah lakonan sahaja.


Tahun 2016 bermula dengan penuh semangat.
Aku berazam untuk terus maju.
Aku dah siap buat post mortem untuk tahun 2015.
Walaupun kos overhead semakin meningkat,
ubat-ubat semakin mahal,
kos sara hidup juga semakin meningkat,
klinik aku masih lagi menjana keuntungan.
Pesakit-pesakit aku masih ramai.
Khidmat nasihat aku masih diperlukan.
Aku masih mengekalkan keazaman yang sama,
memberi perkhidmatan sebaik mungkin,
pada kos yang paling minimum.

Hari ini hari pertama persekolahan.
Anak perempuan aku dah naik Tingkatan 4.
Manakala yang bungsu dah naik Tingkatan 3.
Mereka dah tak menjadi anak-anakku lagi.
Mereka dah jadi kawan.
Kawan menemaniku makan-makan diluar.
Kawan menemaniku menonton wayang.
Kawan menemaniku window shopping.
Juga menjadi penasihat atas segala permasalahanku.

Aku nak beri cadangan kat Pak Nil.
Suruh dia pergi ke rumah Datin Rosmah Mansor.
Aku nak tengok koleksi barangan dia pulak.

Salam tahun baru kawan-kawan.



6 ulasan:

  1. cadangan yg last tu saya setuju 100% mesti ramai yg nak tengok barang2 kak mah...kikiki

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nak tengok koleksi handbag dan cincin permata beliau...

      Padam
  2. Pasal yang akhir tu,,, cadangan hanya akan tinggal kenangan,,, hihihi :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Manalah tahu kan...
      Satu hari boleh jadi macam Imelda Marcos...

      Padam
  3. cadangan paling akhir tu paling win
    saya pun mesti ternanti2

    saya tgk yang dato vida
    tak de lak rasa dia nak menunjuk2
    cuma saya bangga ada anak melayu yang sebegini
    tahniah dan alhamdulillah

    BalasPadam