Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

17 Januari 2016

Aku di Alive 3D Art Gallery Port Dickson


Hari Sabtu yang lepas.
Aku sampai di sini.
Lokasinya di bandar Lukut Port Dickson.
3 pintu rumah kedai 3 tingkat.
Dijadikan seperti muzium.
Dijadikan Art Gallery.
Mempamerkan lukisan-lukisan 3D.
Lukisan yang seolah-olah keluar daripada dinding.


Ini kaunter pendaftarannya.
Dibuka jam 11 pagi.
Untuk warganegara yang ada kad pengenalan,
bayaran masuk ialah 20 ringgit seorang.
Kena tambah 2 ringgit untuk sewa loker.
Untuk menyimpan kasut.
Sebab kasut dan selipar tidak dibenarkan dibawa masuk.


Dipintu masuk.
Seorang pekerja akan memberi penerangan.
Cara-cara untuk mengambil gambar.
Ada ditandakan,
mana nak berdiri untuk mengambil gambar.
Arah mana nak tuju kameranya.
Ada 50 lukisan dipamerkan.
Ada pelbagai aksi boleh dirakamkan.
Ikut kreativiti masing-masing.
Kalau tak tahu jugak.
Boleh semak didinding.
Ada contoh gambar dan aksi yang sesuai.


Aku seronok mengambil gambar di sini.
Ditambahlagi dengan adanya model-model paksarela.
Memang berbaloi dengan bayaran yang dikenakan.
Takda rasa rugi sedikitpun.
Ok aku belanja gambar-gambar berikut:
























Hampir sejam juga aku di sini.
Semakin ke tengahari,
semakin ramai pula pengunjung.
Di pintu keluar ada disediakan cafe.
Ada makanan ringan.
Kalau nak beli gambar kenangan pun ada.
Semak sahaja dikomputer,
mungkin ada pekerja yang ambil gambar anda.
Tetapi padaku gambar dihandphone dah memadai.
Nanti balik print sendiri.



Kepada sesiapa yang berkunjung ke Port Dickson,
bolehlah singgah di sini.
Recommended.



4 ulasan:

  1. kalau pi time tak de orang terasa rileks mengambil gambar kalau ramai sgt sgt .... rimasnye .... org lalu lalang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul.
      Kena pandai pilih masa.
      Hujung minggu lepas PD lengang sangat.
      Hanya orang tempatan sahaja yang ada.

      Padam
  2. Hanya beberapa km dari opis saya, tp saya x minat. Bila dtg PD, Doc?

    BalasPadam
    Balasan
    1. 15-16 hb.
      Sempena raikan birthday wife dan anak dara saya.

      Padam