Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

17 Januari 2016

Kali Ketiga Aku di Grand Lexis Port Dickson


Kali pertama tahun 2012.
Kali kedua tahun 2014.
Ini untuk kali ketiganya minggu lepas.
Aku kembali lagi ke Grand Lexis.
Dah jadi macam satu ritual.
Dua tahun sekali pasti aku datang ke sini.
Mengimbau kembali kenangan dan nostalgia membesarkan anak-anak.


Aku pernah ambil bilik Garden Pool Villa.
Aku juga pernah ambil bilik Sky Pool Villa.
Dan untuk kali ini,
bilik yang aku tempah telah diupgrade secara percuma.
Aku dapat Executive Pool Villa.
Bilik yang diatas air.
Bilik yang aku belum pernah masuk.
Rezeki.
Perbezaan harga lebih 100 ringgit.


Grand Lexis masih yang terbaik.
Layanan bagus.
Semua pekerjanya sedia membantu.
Bila aku check in jam 3.30 petang,
bilik aku telah siap sedia.
Tidak seperti pada tahun 2014 yang lalu.


Walaupun Port Dickson agak lengang,
hotel ini nampaknya masih sibuk.
Kereta penuh diruang parkir.
Namun aku tak terasa sangat kesibukannya.
Layanannya kali ini melepasi jangkauan.


Bilik yang aku dapat memang berada diatas air.
Ada dua katil besar.
Ada private swimming pool.
Ada pantri siap dengan mikrowave.
Ubat nyamuk pun ada disediakan.


Sepanjang sehari dihotel ini,
aku memang berada dibilik sahaja.
Waktu malam aku masak steamboat kat bilik.
Dan waktu pagi wife masak nasi lemak dibilik.
Pendek kata makan cukup.
Tak perlu susah-susah nak cari kedai.


Di sini.
Siang malam pagi petang,
memang berulang kami mandi kolam.
Tak perlu risau pasal aurat.
Tak perlu risau pasal waktu.
Bila-bila sahaja boleh berendam dalam kolam.


Selain itu,
setiap bilik ada port WiFi sendiri.
Tv flat screen pun ada banyak channel Astro.
Jadi bercuti didalam bilik hotel sahaja.
Serba-serbinya mencukupi.
Sebab itu aku selalu datang ke sini.


Persekitaran hotel masih cantik dan bersih seperti sebelum ini.
Kolam renang luas.
Bilik sauna ada.
Gimnasium pun ada.
Nak sewa basikal pun boleh.
Tetapi apa yang ada dalam bilik dah mencukupi untuk aku sekeluarga.


Jumpa lagi dua tahun lagi di sini.
InsyaAllah.



3 ulasan:

  1. tengah kumpul duit juga nak bawa anak2 merasa ke sini ..... boleh mama depa pun terjun juga sblm ni malu ..hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jangan pergi during peak season.
      Harga ada banyak beza.
      Juga rajin2lah tengok di Agoda atau Booking.com
      Boleh dapat bawah 500 kalau kena harinya.

      Padam
  2. betol cakap eima tu akak pon kalau dapat kolam yg tersembunyi gini kompom berenang kuak lentang sampai malam...kikiki

    BalasPadam