Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2016

Aku dan Wordless Wednesday

Nota kaki:
Wartawan zaman sekarang.
Malas membuat kajian dan semakan.
Main bantai sahaja.
Angiogram bukan indiogram
Stenting bukan stemtin
Arteri bukan alteri
Koronari bukan kolnari.



Aku dan Lawatan ke Forest City

Anda dah pernah baca entri ini? Ini kisah penaja team JDT yang lama. Memandangkan penaja utama JDT dah berubah. Maka aku bawakan kisah ini pula. Kisah penaja baru team JDT. Kisah Forest City.

Nak ke Forest City tak susah. Walaupun lebuhraya sedang dalam pembinaan, jalan raya menuju ke sana dah siap. Ikut Lebuhraya Link Kedua menghala ke Tuas. Tetapi belok ke kiri menuju ke Gelang Patah/Tanjung Pelepas. Sama jalan jika nak ke Pendas.

Anda akan terkejut. Melalui jalan yang membelah perkampungan melayu, tiba-tiba landskapnya berubah 100%. Kawasan tiba-tiba menjadi hijau. Rumputnya dijaga rapi. Bunga-bungaan mekar warna-warni. Dan ada security guard menawarkan tabik hormat kepada anda.

Forest City adalah kawasan laut yang telah ditambak. Terletak sangat hampir dengan Singapura. 10 hektar keluasannya. Kalau tengokkan peta yang terpapar didinding, ianya terdiri daripada beberapa pulau. Sesuai dengan namanya, konsepnya ialah sebuah bandar hijau, ala-ala hutan tropika. Dan khabarnya kenderaa…

Aku dan Lepak-Lepak di Pot's Industries Johor Bahru

Hobi baru hujung minggu aku. Mencuba restoran dan cafe terkenal sekitar Johor Bahru. Anak aku yang buat survey di internet. Anak aku yang mencari lokasi. Dan aku jadi driver merangkap tukang bayar.
Minggu ini kita melepak di cafe ini. Sebuah rumah banglo lama dikawasan Danga Bay. Ditepi jalan berdepan dengan Country Garden. Dekat aje dengan Villa Nabila yang berhantu tu. Banglo ini diubahsuai menjadi sebuah cafe yang kelihatan trendy. Daripada luar tak nampak apa-apa keistimewaannya. Tetapi bila masuk ke dalam, terasa seperti kembali ke zaman silam.

Cafe ini dihias dengan barang-barang yang agak unik. Yang jarang aku jumpa ditempat lain. Perabotnya pun sama. Cuma kerusinya agak keras dan tidak berapa selesa untuk duduk. Kita boleh pilih untuk duduk dibawah atau naik ke tingkat atas. Tetapi kaunter untuk order terletak ditingkat bawah. Kita kena turun semula untuk membuat order jika dah naik ke atas.

Kawasan parking adalah terhad. Tetapi jangan pening. Ada jockey yang akan tolong park…

Aku dan Hujung Minggu Ini

MENYAMAR SEBAGAI DOKTOR SEJAK 2014 Izlaily Nurul Ain Hussein 
izlaily@hmetro.com.my Johor Bahru: Lelaki warga emas didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan menyamar sebagai doktor dan memperdaya pesakit, sejak 2014. Majistret Mohd Azlan Shah Mohd Allias mengenakan denda itu selepas tertuduh,P Jogindhar Sigh, 68, mengaku bersalah atas pertuduhan dihadapinya. Berdasarkan kertas pertuduhan, lelaki itu didakwa menipu pesakit di Klinik Theesan dengan menyamar sebagai Doktor Ashok di No 18, Jalan Kebudayaan 1, Taman Universiti, Skudai di sini, antara 2014 hingga 18 Januari lalu. Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Tertuduh dalam rayuannya memberitahu dia mempunyai masalah jantung dan kini menanggung isteri yang tidak bekerja serta dua orang anak. Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara 12 bulan sekiranya gagal membayar dend…

Aku dan Warganegara Banglasia

Dulu tersingkap sejarahnya. British kata Melayu tak pandai menoreh. Maka di import orang India ke Malaya.
Untuk memperkasakan industri getah. British kata Melayu tak kuat melombong.
Maka diimport Cina untuk memperkasakan industri bijih Hampir 100 tahun India dan Cina berasimilasi dalam kehidupan
berkomuniti dengan masyarakat Melayu.
Pola demografi penduduk turut tersusun mengikut kaum.
Maka wujudlah negara Malaysia.

Melayunya dipesisir dan dikampung kampung.
Hidup dengan gaya feudal.  Raja dan bangsawan dihormati.  Hamba sahaya pula ibarat kais pagi makan pagi. Sawah berhuma memukat jadi pekerjaan ruji.

Indianya di estet getah.  Yang berani berhijrah berdagang berantah.  Asal jadi kaya hidup tak betah.

Cinanya pula dilombong lombong.  Di pekan berkedai menjaja ke kampung.
Melayu pelanggan berbondong bondong.
Itulah wajah kita selama ini.  Tanah dikongsi penuh harmonis.
Walaupun dijajah jepun dilangsi komunis.  Tetap dipertahankan demi nasionalis.
Menerima kenyataan Malaysia ni perlu …

Aku dan Wordless Wednesday

Beyond physic.










Aku dan Wordless Saturday

Nota kaki:
Tajuk dah ada. Isi kandungan dah ada. 150 muka surat kesemuanya. Mungkin akan ditambah lagi. Sementara itu kena buat semakan tata bahasa. Dan juga mencari publisher.
Doakan semoga impian menjadi kenyataan.



Aku dan Wordless Wednesday

Nota kaki:
Aku sedang merancang untuk menulis sebuah buku. Buku tentang kehidupan sebagai seorang doktor GP. Setakat ini dah 50 mukasurat terhasil. Tetapi aku masih was-was. Agak-agak ramai tak yang akan membeli dan membacanya? Sila beri komen. Terima kasih.





Aku dan Kafe Jom Ngopi Johor Bahru

Kafe Jom Ngopi. Lokasinya di Susur 1, Jalan Tun Razak Johor Bahru. Dibuka setiap hari kecuali hari Sabtu. 10 pagi hingga 10 malam.

Sangat cantik dekorasinya.

Luar dan dalam.

Siap dengan mini library.

Juga aneka gambar dan aneka frame digantung didinding. Khabarnya boleh dibeli jika berminat.

Menu ala carte yang pelbagai pada harga berpatutan. Makanan tempatan juga ala barat. Untuk sarapan, tengahari, petang juga malam. Khabarnya ada juga set makan tengahari. Nasi putih bersama asam pedas dan ulaman. Boleh juga tempah meja untuk buat apa-apa majlis keraian. Harga boleh dirundingkan.

Untuk kali pertama ini. Aku mencuba Air Asam Boi. Agak manis tetapi nyaman.

Aku juga mencuba Nachos + Cheese.
Macam makan keropok.
Seasoning ada lebih sikit.


Dan hidangan utama hari ini.
Nasi Goreng USA.
Sedap.
Terutama Daging Merahnya.

Dekorasi: 9/10
Makanan: 8/10
Layanan: 7/10
Harga: 8/10
Suasana: 9/10

Aku pasti akan datang lagi.


Salam hujung minggu kawan-kawan!



Aku dan Cerita Lawak Hari Ini

GANDHI IS GENIUS! When Gandhi was studying law at the University College of London,  a white professor,  whose last name was Peters,  disliked him intensely and always displayed prejudice and animosity towards him. Also, because Gandhi never lowered his head when addressing him as he expected,  there were always "arguments" and confrontations. One day,  Mr. Peters was having lunch at the dining room of the University,  and Gandhi came along with his tray and sat next to the professor.  The professor said,  "Mr Gandhi, you do not understand. A pig and a bird do not sit together to eat." Gandhi looked at him as a parent would a rude child and calmly replied,  "You do not worry professor. I'll fly away,"  and he went and sat at another table. Mr. Peters, reddened with rage,  decided to take revenge on the next test paper,  but Gandhi responded brilliantly to all questions. Mr. Peters,  unhappy and frustrated,  asked him the following question.  "Mr Gandhi, if you were wa…