Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

02 Februari 2016

Aku dan Doktor Paling Popular Minggu Ini

Zaman dah berubah.
Zaman dahulu,
kalau nak mengadu,
mengadu dengan Allah.
Zaman sekarang,
mengadu dalam Facebook.
Zaman dahulu,
kalau nak berdoa depan sejadah.
Zaman sekarang,
berdoa dalam Facebook dan Whatsapp.
Zaman dahulu,
kalau kita tak puashati dengan sesiapa,
kita jumpa depan-depan.
Tak berani sorang-sorang,
Kita bawak geng.
Zaman sekarang,
kalau tak puashati share sahaja dalam Facebook.
Layanan tak bagus.
Salah beri ubat.
Kurang penerangan.
Lambat beri rawatan.
Nurse main handphone masa bertugas.
Doktor tidur masa bertugas.
Staf cakap kasar.
Doktor garang.
Semuanya mudah menjadi viral dalam media sosial.


Ini antara contoh klinik-klinik kawan aku yang dah kena.
Habis dijajanya perasaan tak puashatinya dalam group FB.
Dan biasalah.
Bila mendengar keluhan dan cerita sebelah pihak sahaja,
ramailah yang tolong tokok tambah.
Yang jadi batu api pun ramai.
Padahal cerita sebenarnya jauh menyimpang daripada sangkaan.


Zaman memang dah berubah.
Masing-masing seronok menjadi keyboard warriors.
Masing-masing seronok bila post nya menjadi viral.
Ramai yang like.
Ramai yang komen.
Ramai yang share.
Tetapi berlaku adilkah mereka?
Cerita separuh benar dijaja untuk dapat simpati.
Bukan setakat diMalaysia.
Malah satu dunia boleh membacanya.
Kalaulah cerita itu tak betul,
berapa banyak dosa yang telah dikutip?
Mereka mungkin benar.
Ketidakpuasanhatinya mungkin ada asasnya.
Tetapi kenapa tak diselesaikan baik-baik?
Orang melayu ada adab dan budi bahasa yang tinggi.
Mana perginya sekarang?
Ada caranya untuk menegur.
Ada caranya untuk meluahkan perasaan.
Tetapi kalau sampai menganggu periuk nasi orang,
boleh berakhir dimahkamah nanti.


Beberapa hari lepas,
ada satu post dalam group FB.
Berlaku disalah satu klinik rangkaian.
Dia tak puashati dengan doktor yang merawatnya.
Doktor tak mesra pesakit katanya.
Doktor juga suka hempas-hempas barang katanya.
Sekejap sahaja,
berderet komen yang masuk.
Sekejap sahaja,
dah 600 lebih likes.
Tetapi sebelum keadaan menjadi lebih parah,
pihak pengurusan klinik berjaya slow talk dengan penulis post tersebut.
Bagus betul General Manager rangkaian buat kerja.
Kes berjaya diselesaikan dengan baik.
Aku tak sempat nak tengok post tersebut sebenarnya.
Aku hanya tengok screenshot yang dihantar oleh staf aku sahaja.
Masa aku nak check waktu tengahari,
post telah pun dipadamkan.


Aku memang tak setuju menyampaikan cerita-cerita begini di FB.
Cerita-cerita negatif,
komen-komen negatif,
tak payahlah nak sebar-sebarkan.
Diam-diam sahaja sudahlah.
Tetapi yang menariknya,
tempiasnya kena kat aku jugak.
Nama aku dipetik oleh beberapa orang dalam rantaian komen-komen tersebut.
Glamour sekejap aku di FB.
Ada yang menyampaikan cerita-cerita kat aku.
Aku senyum sampai ke telinga sepanjang hari.
Patient penuh kat klinik pun aku relaks sahaja.
Aku siap dah cadang nak pecah dinding.
Nak besarkan ruang menunggu klinik aku.

Beginilah lumrah alam.
Setiap sesuatu yang berlaku pasti ada hikmahnya.
Aku sentiasa mengingatkan diriku sendiri.
Kerja itu jadikan satu ibadat.
Kerja itu bukan satu beban.
Yang baik datang daripada Allah.
Yang buruk datang daripada kelemahan diri sendiri.

Alhamdulilah setakat ini belum ada komplen buruk pasal klinik aku.
Yang biasa aku terima hanyalah;
Klinik asyik ramai orang.
Klinik asyik tutup sahaja.
Dan doktor asyik datang lambat.
Aku segan nak jawab.
Walaupun aku ada jawapannya.




4 ulasan:

  1. Jawapannya, doktor pun manusia juga...hehehe.

    So, dah start pecah dinding ke tu, Doc?
    Oh, antara sebab saya tutup akaun fesbuk, jiwa saya belum kental lagi

    BalasPadam
  2. Betul kata dr, sekarang ni apa2 je snap gambar @ yg terbaru rekod video n sebarkan..siap #tolongviralkan

    Saya tengok pun semacam je..macam ni ke kalau nak buat aduan..kenapa tak guna saluran aduan yang betul.

    BalasPadam
  3. Penyebaran fitnah zmn teknologi ni mcm air yg mengalir. Cepat sangat semua orang tahu.

    BalasPadam
  4. Bukan FB je..now ade group #MedTweetMy yg mana golongan profession Doktor/Pharmacist dari pelbagai bidang berkumpul semata nak betulkan masyarakat di Twitter also alam maya..

    BalasPadam