Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

19 Februari 2016

Aku dan Hujung Minggu Ini


MENYAMAR SEBAGAI DOKTOR SEJAK 2014
Izlaily Nurul Ain Hussein 
izlaily@hmetro.com.my
Johor Bahru: Lelaki warga emas didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan menyamar sebagai doktor dan memperdaya pesakit, sejak 2014.
Majistret Mohd Azlan Shah Mohd Allias mengenakan denda itu selepas tertuduh,P Jogindhar Sigh, 68, mengaku bersalah atas pertuduhan dihadapinya.
Berdasarkan kertas pertuduhan, lelaki itu didakwa menipu pesakit di Klinik Theesan dengan menyamar sebagai Doktor Ashok di No 18, Jalan Kebudayaan 1, Taman Universiti, Skudai di sini, antara 2014 hingga 18 Januari lalu.
Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Tertuduh dalam rayuannya memberitahu dia mempunyai masalah jantung dan kini menanggung isteri yang tidak bekerja serta dua orang anak.
Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara 12 bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
Artikel ini disiarkan pada : 
Khamis, 18 Februari 2016 @ 2:53 PM
Anda ingat kisah doktor ini?
Ini cerita tahun 2013.
Aku ingat kisah seperti ini dah habis.
Rupa-rupanya belum lagi.

Tak susah rupanya nak berlakon jadi doktor kan?
Tak susah rupanya nak merawat pesakit kan?
Tanpa ijazah daripada fakulti perubatan sekalipun,
anda masih boleh menjadi doktor perubatan.
Tanpa lesen APC dan Sijil Pendaftaran Penuh sekalipun,
anda masih boleh practice dan memeriksa pesakit.
Semuanya hanya lakonan watak sahaja.
Doktor GPlah yang paling senang nak dilakonkan.
Muka kena serius,
pakaian kena formal,
lepas tu bubuh stetoskop kat leher.
Duduk dalam bilik rawatan,
tak siapa berani nak pertikaikan.
Ini doktor bertauliah atau tidak.
Ini doktor betul ke doktor temberang.

Kalau ikut umurnya,
rasanya bukan setahun dua dia buat kerja tersebut.
Rasanya dah berpuluh tahun.
Kalau tiada siapa buat laporan,
memang sampai matilah tiada siapa yang tahu.
Aku tabik kepada pihak penguatkuasa,
juga kepada informer yang berjaya menyabitkan kes ini.
Tetapi dendanya 3 ribu ringgit sahaja?
Penjara 12 bulan kalau tak bayar denda?
Langsung tak munasabah.
Langsung tak beri kesan kepada kehidupan dia.
Langsung tak beri perasaan takut dan gentar kepada orang lain.
Memanglah tiada pesakit yang mati.
Mamanglah tiada pesakit yang memderita.
Tetapi bagaimana rakyat menilai semua ini?
Cubalah jatuh hukum berat sedikit.
Penjara 10 tahun.
Denda 100 ribu.
Barulah adil kepada profession kedoktoran.
Cuba doktor yang bertauliah ditangkap kerana membuka klinik tanpa lesen.
Cuba doktor yang bertauliah ditangkap kerana memeriksa pesakit tanpa lesen.
Itulah hukuman yang akan dikenakan.
Nampak tak perbezaannya?
Cuba tengok alasannya.
Masalah jantung?
Menyara anak dua orang?
Umur dah 68 tahun.
Takkanlah masih ada anak kecil untuk disara?
Patut-patutlah kalau nak beri alasan pakcik oii!

Dunia ini sememangnya tak adil.
Terutama kepada doktor-doktor GP sepertiku.
Suntikan imunisasi dah lebih 2 tahun takda stok diklinik.
Khabarnya doktor sepertiku dah tidak dibenarkan untuk menyuntik pesakit.
Kononnya kami tak jaga betul-betul vaksin-vaksin tersebut.
Ubat tidur dan ubat penenang dah 6 bulan tiada stok.
Begitu juga dengan ubat kurus.
Pendek kata ubatan DDA aku dah takda dalam simpanan.
Itu yang pening tu.
Hari-hari mesti ada kes-kes Anxiety datang ke klinik.
Stress dengan kerja,
stress dengan keluarga,
stress dengan kerajaan,
tapi apa boleh aku buat?
Susah-susah ambil history,
susah-susah buat diagnosis,
tetapi rawatannya tiada.
Kalau pesakitnya orang islam senanglah sikit nak psiko.
Suruh iktikaf dimasjid ke,
suruh mengaji ke,
tetapi nak kena makan ubat jugak.
Jadi bila ada ura-ura nak benarkan penggunaan semula daun ganja,
aku memang sokong sangat-sangatlah.
Daun ganja adalah ciptaan Allah bukannya ciptaan manusia.
Ada kegunaannya.
Ada banyak kebaikannya.
Aku harap satu hari nanti aku boleh prescribe daun ganja diklinik.
Ha ha ha.
Dalam mimpi bolehlah.

Aku ada seorang pesakit.
Seorang lelaki berusia lewat 30-an.
Bekerja kilang.
Jawatan agak besar jugak.
Dua bulan yang lalu datang ke klinik aku.
Resah gelisah.
Sakit dada, sesak nafas, rasa nak pitam.
Aku checked semuanya normal.
Diagnosis aku: Anxiety Disorder with Hyperventilation.
Panic Attack.
Tengok mata dia pun aku dah agak.
Ada gangguan dalam sistem pemprosesan CPU diotaknya.
Dan memandangkan aku tiada ubat penenang,
aku cuma boleh bercerita pasal penyakitnya.
Aku sarankan dia hampirkan diri dengan Allah.
Tetapi siapalah aku.
Aku bukan doktor pakar.
Dia tak percaya cakap-cakap aku.

Selang beberapa lama,
dia dimasukkan ke wad hospital pakar.
Bukan sekali,
tetapi beberapa kali.
Doktor jantung kata takda apa-apa dengan jantungnya.
Tetapi doktor jantung dihospital pakar lagi satu kata ada masalah jantung.
Ada penyumbatan pada salah satu urat jantungnya.
Siap buat angiogram lagi.
Siap makan ubat macam-macam.
Tapi keadaannya tak berubah.
Dia dirujuk ke pakar ENT pulak.
Doktor pakar kata tekaknya ada masalah.
Siap buat scope,
siap buat operation betulkan salur pernafasannya.
Tetapi penyakitnya sama sahaja.
Ada masa dia ok.
Ada masanya dia akan tiba-tiba jadi sesak nafas.

Semalam dia datang ke klinik.
Ditemani oleh isterinya.
Keadaannya lebih kurang sama sahaja.
Tetapi kali ini ada berkurangan sedikit.
Dia dah tidak makan ubat apa-apa.
Dia ikut cadangan aku yang mula-mula.
Kembali kepada penciptaNya.

Sejak akhir bulan lepas.
Sejak nama aku naik dalam FB.
Ada penambahan drastik dalam bilangan pesakit diklinikku.
Daripada masuk klinik sampai waktu nak balik,
pesakit aku jarang putus.
Syukur Alhamdulilah.
Tetapi lama-kelamaan aku pun tak larat.
Aku tak mementingkan kuantiti.
Aku masih pentingkan kualiti.
Setiap pesakit perlu rawatan terbaik.
Pesakit ramai ke tidak,
waktu menunggu panjang ke pendek,
waktu rawatan dah habis ke belum,
setiap orang pesakit aku mesti layan sesungguh hati.
Aku nak pastikan,
semua orang mendapat layanan sempurna.
Sama ada warga tempatan atau warga asing,
sama ada melayu, cina, india atau lain-lain,
sama ada kanak-kanak, remaja, dewasa ataupun warga tua,
sama ada datang sebab nak MC sahaja ataupun sebab nak rawatan.
Itu prinsip aku.
Dulu, kini dan selamanya.

Dulu warga Bangla suka datang klinik aku.
Kini warga Nepal pun dah makin ramai datang klinik aku.
Aku pun dah pandai berbahasa Nepal sekarang.
Ju'ro, Ko'ki, Ru'ga, Kotidin ba'yo,
Kana, Pinu, Su'tio.
Ini antara perkataan yang menjadikan mereka senyum lebar bila jumpa aku.
Aku tak salahkan warga asing datang ke Malaysia.
Dan kita juga tak patut melabelkan mereka.
Nak kata mereka pengotor,
warga kita pun apa kurangnya.
Nak kata mereka rajin,
warga kita apa kurangnya.
Nak kata mereka jahat,
warga kita apa kurangnya.
Nak kata mereka suka kacau wanita tempatan,
warga kita apa kurangnya.


Aku masih cuba bersangka baik dengan mereka.
Walaupun bilik air aku dah jadi tandas awam mereka.
Selak pintu patah,
pam air patah,
itu perkara biasa.
Tetapi paling tak tahan,
berak atas lantai tandas.
Mangkuk tandas dah ada,
masih juga nak menyangkung atas lantai.
Lepas tu tinggalkan hasil produk begitu sahaja.
Selidik punya selidik,
angkaranya warga Myanmar.
Perempuan pulak tu.
Aku dan staf hanya boleh senyum.
Dan kadang-kadang gelak sambil guling-guling.
Sabar ajelah ya.


Satu lagi isu yang menghantuiku.
Doktor antara orang yang dalam pemantauan.
Oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri.
Kononnya doktor ini dikenali ramai.
Sama seperti artis-artis dan juga peguam.
Ramai yang suka lari daripada membayar cukai.
Pada aku ini tidak adil.
Bagaimana dengan ahli-ahli politik?
Bagaimana dengan ahli-ahli perniagaan?
Mereka lebih banyak menjana pendapatan.
Kejarlah mereka.
Tapi doktor juga yang nak dikejarnya.
Mungkin sebab kami jarang melawan.
Sebab itu kamilah easy target mereka.
Sejak aku buka klinik sendiri,
aku dah melantik akauntan aku sendiri.
Aku membayar cukai taksiran tanpa gagal.
Aku tak merasa berat hati membayar cukai.
Itu dah jadi tanggungjawab.
Tetapi setiap tahun sakit hatiku makin bertambah.
Melihat ketirisan yang didokumentasikan oleh Jabatan Audit Negara.
Kita berhempas pulas siang dan malam untuk membayar cukai,
tetapi senang-senang mereka belanjakan.
Belanja dengan boros maksud aku.
Bukannya dengan berhemah.

2016 dah hampir dua bulan berlalu.
Belum lagi nampak sinar cahaya dihujung terowong.
Saban hari hanya isu-isu negatif sahaja yang berlegar diudara.
Minyak makin turun.
Ringgit makin turun.
TPM dah turun.
MB Kedah pun dah turun.
Bila PM kita nak turun aku pun tak pasti.



Kalau ada orang nak tunggu Amran Fans di Padang Mahsyar,
aku pun nak tunggu pemegang-pemegang amanah ini di Padang Mahsyar juga.

Salam hujung minggu kawan-kawan.

Nota kaki:
Malam ini aku tak kemana-mana.
Nak tunggu final episod Drama Korea Remember di SBS Astro.
Best gila cerita ini.
Jauh juta kali lebih best daripada drama bersiri di tv3.
Bukan nak membanggakan drama luar negara.
Tetapi kena terima hakikat.
Drama melayu kita setakat tayangan waktu senja didalam negara sahaja.
Takkan sampai ke luar negara.
Dengar tajuk aje pun dah tahu kisahnya.






2 ulasan:

  1. Slm Dr Zoul..seingat saya "Dr Ashok" ni pernah buat locum di Poliklinik Universiti Tmn U juga.. Masa tu anak kecik saya selalu menangis bila tgk muka dia semasa mendapatkan rawatan. Rupa2nya anak saya mungkin "terbau" penyamaran doktor palsu agaknya .. X-smsj89-93

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah pasal.
      Yang dewasa tak 'terbau' apa-apa.
      Tup tup keluar suratkhabar.

      Padam