Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

06 Februari 2016

Aku dan Kafe Jom Ngopi Johor Bahru


Kafe Jom Ngopi.
Lokasinya di Susur 1, Jalan Tun Razak Johor Bahru.
Dibuka setiap hari kecuali hari Sabtu.
10 pagi hingga 10 malam.


Sangat cantik dekorasinya.


Luar dan dalam.


Siap dengan mini library.


Juga aneka gambar dan aneka frame digantung didinding.
Khabarnya boleh dibeli jika berminat.


Menu ala carte yang pelbagai pada harga berpatutan.
Makanan tempatan juga ala barat.
Untuk sarapan, tengahari, petang juga malam.
Khabarnya ada juga set makan tengahari.
Nasi putih bersama asam pedas dan ulaman.
Boleh juga tempah meja untuk buat apa-apa majlis keraian.
Harga boleh dirundingkan.


Untuk kali pertama ini.
Aku mencuba Air Asam Boi.
Agak manis tetapi nyaman.


Aku juga mencuba Nachos + Cheese.
Macam makan keropok.
Seasoning ada lebih sikit.


Dan hidangan utama hari ini.
Nasi Goreng USA.
Sedap.
Terutama Daging Merahnya.

Dekorasi: 9/10
Makanan: 8/10
Layanan: 7/10
Harga: 8/10
Suasana: 9/10

Aku pasti akan datang lagi.


Salam hujung minggu kawan-kawan!




5 ulasan:

  1. Nasi Goreng USA tu sebenarnya singkatan utk Nasi Goreng Udang Sotong dan Ayam.. tapi dah jadi NGDM (nasi goreng daging merah.

    Sepatutnya ada gerai cendol kat depan cafe tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih atas info.
      baru saya tahu pasal nasi goreng USA tu..

      Padam
  2. Ye betul..dulu2 zaman belajar mmg famous Nasi Goreng USA - udang sotong ayam.

    nice place & food. tak tau la bila plak akan jejak kaki ke JB plak lps ni

    BalasPadam