Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

21 Februari 2016

Aku dan Lawatan ke Forest City

Anda dah pernah baca entri ini?
Ini kisah penaja team JDT yang lama.
Memandangkan penaja utama JDT dah berubah.
Maka aku bawakan kisah ini pula.
Kisah penaja baru team JDT.
Kisah Forest City.


Nak ke Forest City tak susah.
Walaupun lebuhraya sedang dalam pembinaan,
jalan raya menuju ke sana dah siap.
Ikut Lebuhraya Link Kedua menghala ke Tuas.
Tetapi belok ke kiri menuju ke Gelang Patah/Tanjung Pelepas.
Sama jalan jika nak ke Pendas.


Anda akan terkejut.
Melalui jalan yang membelah perkampungan melayu,
tiba-tiba landskapnya berubah 100%.
Kawasan tiba-tiba menjadi hijau.
Rumputnya dijaga rapi.
Bunga-bungaan mekar warna-warni.
Dan ada security guard menawarkan tabik hormat kepada anda.


Forest City adalah kawasan laut yang telah ditambak.
Terletak sangat hampir dengan Singapura.
10 hektar keluasannya.
Kalau tengokkan peta yang terpapar didinding,
ianya terdiri daripada beberapa pulau.
Sesuai dengan namanya,
konsepnya ialah sebuah bandar hijau,
ala-ala hutan tropika.
Dan khabarnya kenderaan tidak akan lalu diatas tanah.
Jalan-jalan akan dibina dibawah tanah.
Sangat hebat ciptaannya.


Sama seperti di Country Garden,
ada satu kawasan ruang legar yang luas.
Ramai pekerja warga cina sedang sibuk melayan pelanggan berbangsa Cina.
Orang melayu tempatan sepertiku ramai juga.
Malah lebih ramai daripada mereka.
Tetapi kami hanya boleh melihat dengan rasa terpegun.
Rumah-rumah mampu tengok.
Apartment-apartment mampu tengok.
Juga villa-villa yang juga hanya mampu ditengok.


Projek ini adalah projek antarabangsa.
Walaupun dibuat dalam perairan negara,
ianya bukan untuk warga tempatan.
Ianya menjadi rumah kedua untuk warga antarabangsa.
Warga Singapura dan China terutamanya.


Siapa sahaja boleh membeli hartanah di sini.
Tanpa banyak syarat.
Tak tahu berbahasa Inggeris pun tak mengapa.
Bahasa Malaysia apa lagilah.
Selepas tu ada banyak lagi kemudahan lain.
Termasuk tiada dikenakan cukai.
Untungnya jadi orang kaya.


Rasa seperti nak menangis tengok gambar-gambar ilustrasi yang dipaparkan.
Menangis bukan kerana sedih.
menangis kerana gembira.
Kalaulah syurga dunia boleh secantik ini,
bagaimanakah nanti cantiknya syurga diakhirat.
Aku memang tak mampu nak memiliki yang ini.
Aku pun tak nak yang ini.


Selepas melawat keadaan dalam bangunan,
aku berjalan-jalan pula diluar bangunan.
Melihat suasana di pantai buatan manusia.
Manusia memang ramai.
Penuh dengan orang-orang kita disana-sini.
Singapura pun kelihatan sangat dekat.
Jambatan Tuas disebelah kiri,
manakala pelabuhan Singapura disebelah kanan.


Pantainya sangat landai.
Pasirnya halus.
Landskapnya terjaga rapi.
Dijaga oleh warga Nepal dan Bangladesh.
Yang tak henti-henti menyapu kawasan.
Sesekali kedengaran pengawal keselamatan warga Nepal meniup wisel.
Jangan panjat pokok.
Jangan pijak rumput.  
Jangan pijak pasir.
Jangan duduk.
Jangan main air.


Ditepi pantai kelihatan banyak arca.
Singa laut, ketam juga penyu.
Diperbuat daripada fiberglass.
Kelihatan hampir menyerupai haiwan yang betul.
Mungkin pemandangan ini hanya terdapat di sini.
Jadi masing-masing sibuk mengambil gambar.
Terutama dengan ketam gergasi merah.
Yang seolah-olah dah menjadi kemestian bila ke mari.
Beratur orang nak bergambar.


Lihatlah landskapnya.


Lihatlah pokok-pokoknya.


Lihatlah pokok kaktusnya.


Cantik bukan?


Sebelum balik,
aku duduk sambil mengeluarkan kalkulator.
Nak kira berapa hutang perlu dibayar sebulan.
Jika berpeluang membeli hartanah di sini.
Tapi rasanya ianya adalah sekadar angan-angan.
Yang tak mungkin menjadi kenyataan.





11 ulasan:

  1. Cantiknya..macam tak berpeluang dah untuk ke situ

    BalasPadam
  2. Sangat cantik tempat itu kalau dah siap. Harap akan siap nanti.

    Hidup JDT!! :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu je yg mampu kite sorak? Tp ad ke aset2 yg penting d forest city d kalangan melayu kite? Ad ke segale pengurusan d dlm nye dr kalangan owg kite? Mampu ke owg kite memiliki hartanah d sne? Staff yg manage d dlm nye x de sowang pn muke owg melayu kite. Kite hanye mampu melihat pemandangan selfie bagai and then upload d alam maya

      Padam
  3. Assalam Dr,boleh sy dapatkan email Dr?sy ingin bertnyakan soalan..

    BalasPadam
  4. saya tidak berapa paham di sini ... seolah2 mengadaikan tanah kepada org luar ???
    mungkin saya tak berapa konsepnye .....
    saya pernah sampai di sini tapi tak masuk dalam sbb dah malam hari tu ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ikut teorinya,
      tiada tanah melayu yang diambil.
      Yang diambil ialah laut yang ditambak dan dibangunkan.
      Tiada langsung kaitan dengan hak-hak warga tempatan.
      Ikut teorinyalah.
      Sama seperti pembangunan di Country Garden , Danga Bay.

      Padam
    2. Yes betul. Laut ditambak menjadi daratan.
      dan dijual utk income negara / negeri.
      sama mcm pantai klebang di melaka.
      yg sedih, sini ditambak di sana pula laut mengambil tanah org.
      cth nya, kampung saya yg dulu di tepi pantai indah.
      kini perlu ditambak dgn benteng batu besar2.
      rumah di tepi pantai?
      tiada lg. Tanah panjang kini da pendek. Tanah tepi pantai da menjadi lautan :-(
      Org di sana plak happy berumah di tepi pantai buatan...

      Padam
    3. G la ke forest city. Memamg cantik. Tp syg Sume nye warge asing majoriti warga china yg mnjage management d situ. Seolah kite berade dlm kpulauan cine. X de sowang pn staff yg bkeje d dlm nye dr kalangan owg kite. kaum melayu hanye mampu bselfie n upload gmbr d alam maya saje. Tp aset2 penting d dlm nye d minopoli oleh bangsa mata sepet

      Padam
    4. Betul.. itulah kelemahan bangsa kita. Bangga dgn sesuatu yg bukan milik kita.. bah kan milik kita juga bakal mnjadi milik bangsa asing.. namun kita juga tumpang seronok n berselfie.. huhu

      Padam
  5. Tumpang tanya, kat forest city ni boleh picnic ke? Tq

    BalasPadam