Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

21 Februari 2016

Aku dan Lepak-Lepak di Pot's Industries Johor Bahru


Hobi baru hujung minggu aku.
Mencuba restoran dan cafe terkenal sekitar Johor Bahru.
Anak aku yang buat survey di internet.
Anak aku yang mencari lokasi.
Dan aku jadi driver merangkap tukang bayar.
  

Minggu ini kita melepak di cafe ini.
Sebuah rumah banglo lama dikawasan Danga Bay.
Ditepi jalan berdepan dengan Country Garden.
Dekat aje dengan Villa Nabila yang berhantu tu.
Banglo ini diubahsuai menjadi sebuah cafe yang kelihatan trendy.
Daripada luar tak nampak apa-apa keistimewaannya.
Tetapi bila masuk ke dalam,
terasa seperti kembali ke zaman silam.


Cafe ini dihias dengan barang-barang yang agak unik.
Yang jarang aku jumpa ditempat lain.
Perabotnya pun sama.
Cuma kerusinya agak keras dan tidak berapa selesa untuk duduk.
Kita boleh pilih untuk duduk dibawah atau naik ke tingkat atas.
Tetapi kaunter untuk order terletak ditingkat bawah.
Kita kena turun semula untuk membuat order jika dah naik ke atas.


Kawasan parking adalah terhad.
Tetapi jangan pening.
Ada jockey yang akan tolong parking kereta anda.
Free of charge.
Cantik betul dia susun dan letak kereta.
Memang sangat expert dia buat kerja.


Pelayan di sini memang ramah.
Mula-mula mereka hantar kita ke meja dahulu.
Mereka beri menu.
Dan bila dah sedia nak order makanan,
kita kena pergi sendiri ke kaunter ditingkat bawah.
Makanan perlu dibayar dahulu.
Kemudian kita kembali ke meja.
Selang 10-15 minit makanan pun tiba satu-persatu.


Sementara itu aku menjelajah sekitar cafe.
Ada perpustakaan,
ada muzium,
ada verandah,
ada kedai menjual baju-baju berjenama tempatan,
ada laman diluar cafe.
Memang tempat paling sesuai untuk hang out.
Suasananya agak sunyi sebab tiada muzik berkumandang.
Tiada juga kanak-kanak berlari.
Dan lampu disini agak malap.
Memang sesuai dengan mood untuk melapangkan fikiran.


Minuman di sini memang kesukaan anak-anak.
Manis berkrim disukai ramai.
Campuran susu, coklat, cream, ais-krim.
Pilih sahaja.
Anak-anak kata minumannya sedap.
Tetapi tak sesuai untuk orang dewasa sepertiku.
Namun ada aneka kopi dan teh disediakan,
aneka jus pun ada.
Macam-macam nama.
Pilih sahaja.


Makanannya pun pelbagai.
Local ataupun western.
Ada yang kata pizzanya sedap.
Ada yang kata burgernya sedap.
Ada yang kata nachosnya sedap.
Tetapi aku cuba Nasi Goreng Indonesia sahaja.
Rasanya biasa-biasa sahaja.


Mahu makan ditempat-tempat sebegini bukan kerana makanannya.
Aku mahu suasananya.
Tenang dan lapang.
Lari sekejap daripada kehidupan dunia yang biasa.
Memasuki ke dunia yang lain.
Itulah tujuannya.
Dan kalau ada sesiapa nak mencuba,
aku boleh menjadi penunjuk arahnya.

Padaku harga makanan di sini agak mahal.
Tetapi berbaloi untuk dicuba.
Dekorasi: 9/10
Makanan: 6/10
Layanan: 8/10
Harga: 5/10
Suasana: 9/10

Total: 37/50

Salam hujung minggu kawan-kawan.






2 ulasan: