Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

17 Februari 2016

Aku dan Warganegara Banglasia


Dulu tersingkap sejarahnya.
British kata Melayu tak pandai menoreh.
Maka di import orang India ke Malaya.
Untuk memperkasakan industri getah.
British kata Melayu tak kuat melombong.
Maka diimport Cina untuk memperkasakan industri bijih
Hampir 100 tahun India dan Cina berasimilasi dalam kehidupan
berkomuniti dengan masyarakat Melayu.
Pola demografi penduduk turut tersusun mengikut kaum.
Maka wujudlah negara Malaysia.


Melayunya dipesisir dan dikampung kampung.
Hidup dengan gaya feudal. 
Raja dan bangsawan dihormati. 
Hamba sahaya pula ibarat kais pagi makan pagi.
Sawah berhuma memukat jadi pekerjaan ruji.

Indianya di estet getah. 
Yang berani berhijrah berdagang berantah. 
Asal jadi kaya hidup tak betah.

Cinanya pula dilombong lombong. 
Di pekan berkedai menjaja ke kampung.
Melayu pelanggan berbondong bondong.
Itulah wajah kita selama ini. 
Tanah dikongsi penuh harmonis.
Walaupun dijajah jepun dilangsi komunis. 
Tetap dipertahankan demi nasionalis.
Menerima kenyataan Malaysia ni perlu dikongsi.


Sekarang British sudah tiada. 
Gantinya pemerintah asalnya bumiputera. 
Melayu konon terasnya negara bangsa. 
Masakini
Bangla pula dijadikan perantara. 
Konon untuk membangunkan negara.
Diimport masuk berjuta juta. 
Diletak segala ceruk seranta. 
Nanti membiaknya berganda ganda.
Belum dikira Nepal, Myanmar Filipino dan Rohingya.
Indonesia tak perlu dikata.
Keturunannya ada yang jadi menteri penguasa.
Tibalah saat anak cucu kita bermasyarakat dengan mereka. 
Kalau leka mungkin jadi hamba dibumi merdeka. 
Waktu itu longkangkan sahaja slogan tiada Melayu Hilang Di Dunia. 
Ingatlah wahai anak bangsa. 
Malaysia yang ada sudah cukup perisa.

Melayu Cina India Iban Kadazan dan segala. 
Jangan lagi ditambah perwarna. 
Kelak cacamerba jadinya negara. 
Yang menderita anak cucu kita. 


Sekian seloka senda. 
Untuk santapan minda terbuka.

Sumber: Copy & Paste.






7 ulasan:

  1. Syurga dan neraka itu ada.
    Manusia percaya.
    Tapi manusia tetap berbuat dosa.
    Kerana mereka kata akhirnya mereka tetap akan ke syurga...

    BalasPadam
  2. speechless bila baca seloka tu ... minda terkedu ....

    BalasPadam
  3. anak Zahid fikir org lain aja kena cari ayah dia di Pdg Mahsyar.....
    ayah dia jadi pemimpin berapa tahun dah?
    agak2nya ada tak hati rakyat yg disakiti selama tempoh itu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah pasal.
      Dia kira dosa orang sahaja.
      Dosa ayah dia,
      macamana kira tu?

      Padam
  4. Kesiannya kita...huwaaa..!!!

    BalasPadam