Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2016

Aku dan Dilemma Seorang Doktor GP

Kisah MC memang tak pernah tamat.
Rasanya selagi aku masih boleh merawat pesakit,
aku pasti akan berhadapan dengan dilemma ini.
MC adalah atas dasar budi bicara doktor.
MC adalah hak mutlak doktor.
MC bukannya hak pesakit ataupun majikan.
Tetapi semua orang tak nak faham.
Bagi mereka MC adalah hak mereka.
Doktor wajib beri MC.
Jumpa doktor mesti nak dapat MC.
Tak dapat MC tak sah.
Seperti pihak insurans.
Kalau pergi specialist wajib masuk wad.
Tak masuk wad tak boleh claim.
Begitu juga kalau jumpa doktor GP.
Tak dapat MC ibarat tak sakit.
Tak dapat MC ibarat buat-buat sakit.
Malah ada company tak boleh nak claim kalau tak dapat MC.

Aku rasa dah beribu kali aku cerita pasal kekecewaanku terhadap dilemma MC ini.
Aku selalu cuba bersangka baik dengan pesakit-pesakit aku.
Sakit adalah sesuatu yang sangat subjektif.
Sakit adalah suatu benda yang kita tak nampak.
Bila pesakit datang mengadu sakit kepala,
kalau aku belah dah keluarkan otaknya sekalipun,
aku takkan jumpa bukti sakitnya.
Bila…

Aku dan Wordless Wednesday

Nota kaki:
Baru hari ini tahu wujudnya hari doktor.

Aku dan Pesakit Hari Ini

Tiga hari yang lalu.
Seorang makcik berusia lewat 50-an datang ke klinik.
Dia datang daripada luar kawasan.
Dia seorang penghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi.
Dia dalam rawatan dan follow up di klinik kerajaan.
Dia datang berjumpa denganku atas nasihat kawannya.
Nak suruh aku tengok-tengokkan penyakitnya.
Dia mengadu perutnya semakin membesar.
Dia mengadu susah nak buang air besar.
Dia kata dah berubat dibanyak tempat tetapi belum ada jodoh.
Macam-macam soalan aku tanya tetapi dia kata semuanya OK.
Aku pun tak suspect apa-apa.
Aku periksa perutnya.
Aku buat simplescan diperutnya.
Tak nampak ada apa-apa masalah besar.
Rahimnya nampak lain sedikit tetapi aku rasa macam tak signifikan.
Sedikit nasihat biasa-biasa aku beri.
Ubat pun aku beri ubat-ubat biasa sahaja.

Pagi tadi dia datang lagi.
Kali ini dia minta nak buat scan dihospital swasta.
Nak minta aku tuliskan surat rujukan.
Tanpa bertanya banyak,
aku rujuk dia ke Radiologist di bandaraya Johor Bahru.
Aku nak suruh dia b…

Aku dan Cerita Hujung Minggu Ini

Petang Jumaat. Aku ke Bandaraya Johor Bahru. Ada beberapa misi yang perlu aku selesaikan. Misi pertama. Aku kena berurusan di Maxis Service Center@Danga Bay. Nak upgrade pakej talian telefon. Kedatanganku disambut oleh pakcik jaga yang ramah. Selain menjaga keamanan dia jadi duta produk jugak. Sesekali dia buat announcement untuk promote produk MAXIS. Ada 6 kaunter dibuka. Tetapi pelanggan agak ramai. Aku dapat nombor giliran 3098. Kalau ikut angka giliran yang aku dapat, ada 9 lagi pelanggan didepanku. Tetapi itu untuk satu jenis urusan. Ada beberapa jenis urusan lain guna kaunter yang sama. Ada guna kod 5000 dan ada juga 7000. Bermakna mungkin ada 19 orang lagi sedang menunggu giliran.

Alang-alang dah sampai. Tunggu sahajalah giliran. Datang lain kalipun sama juga keadaannya. Aku sedikit tension. Pelanggan punyalah ramai. Tetapi tiada kerusi disediakan. Yang ada cuma dua biji sofa empat segi. Hanya 8 orang boleh duduk. Maka yang lain-lain terpaksa berdiri. Penat berdiri setempat pi…

Aku ke Hari Pendaftaran SMS Muar

Awal pagi semalam. Aku dah dalam perjalanan ke Muar. Ada sessi pendaftaran kemasukan. Pelajar baru Tingkatan 4. Ke SMS Muar. Ini ambilan kedua. Dan mungkin akan ada ambilan ketiga dan seterusnya.

Mulai tahun ini. SMS Muar telah mengambil semula pelajar tingkatan satu. Jadi pelajar tingkatan 4 dihadkan kepada 5 kelas sahaja. Iaitu dikurangkan separuh. Namun pada ambilan yang pertama, Daripada 100 lebih pelajar yang ditawarkan. Hanya sekitar 40 orang yang melapor diri. Dan untuk ambilan kedua pun sama. Dijangka 100 orang mendaftar diri. Tetapi sehingga tengahari. Tak sampai 40 orang yang melapor diri. Dimana silapnya aku pun tak tahu. Mungkin sebab sekolah ini dah tak gah seperti 30 tahun dulu. Ataupun kerana sudah ada banyak lagi sekolah pilihan para pelajar.

Sessi pendaftaran tidak diadakan di dewan seperti dahulu. Ianya dibuat diruang legar tempat menunggu semasa lawatan ibubapa sahaja. Prosedur tak susah. Tunjukkan surat tawaran. Periksa nama. Jumpa guru kelas. Bayar segala yuran. Dan teru…

Aku dan Pesakit Hari Ini

Pesakit #1:

Seorang wanita berusia 40 tahun.
Anak ada 4 orang.
Yang kecil dah berusia 9 tahun.
Dalam tempoh 9 tahun ini dia makan pil perancang keluarga.
Bila makan pil perancang,
periodnya jadi agak kelam-kabut.
Jadi dia ke klinik kesihatan untuk rawatan.
Dua minggu lepas dia menjalani pemeriksaan Pap Smear.
Hari ini dia dipanggil untuk rawatan susulan.
Balik daripada klinik kerajaan dia terus singgah diklinik aku.

Masam sahaja mukanya bila masuk dalam bilikku.
Belum sempat aku tanya sakit apa dia terus minta MC denganku.
" Doktor, saya nak MC 2 hari. "
Belum sempat aku bertanya lanjut,
dah berjujuran airmatanya keluar.
Suaminya hanya diam sahaja.
Lalu dia hulurkan surat-surat yang diambil daripada klinik kesihatan tadi.
Ada kad pesakit.
Ada laporan Pap Smear.
Ada slip ubat.
Ada juga surat rujukan ke klinik pakar di Johor Bahru.
Entah hapa yang doktor klinik kerajaan dah kata kat dia,
dia rasa sangat sedih.
Takut pun ada.
Sedih kerana ada kemungkinan kena kanser.
Takut kera…

Aku dan Wordless Friday

Sumber: Facebook kawan


Aku dan Peristiwa Hari Ini

Ini cerita anak keduaku. Kalau anda mengikuti perjalanan kehidupanku, anda tentu tahu bahawa anakku ini pernah masuk SBP. Tetapi tak bertahan lama. Dia kembali semula ke sekolah harian selepas dua bulan cuba bertahan. Alhamdulilah. Keputusan PMRnya masih cemerlang walaupun menghadap drama Korea hari-hari. Satu kelebihannya ialah dia minat dengan bahasa Arab. Dia mengambil kertas bahasa Arab masa PMR dan lulus dengan cemerlang. Bahasa Arabnya lebih baik banding bahasa Inggerisnya. Jadi untuk tingkatan 4, dia cuba memasuki SBP Aliran Agama. Namun pilihannya hanya satu. KISAS. Malangnya permohonannya gagal. Ada yang kata dia gagal kerana bukan datang daripada sekolah aliran agama. Wife cuba masukkan dia ke sebuah sekolah yang ada aliran Arab didaerah ini. Permohonan dan perpindahannya ke sekolah tersebut agak mudah. Sekolah itupun lebih hampir dengan rumahku. Namun kata-kata pengetua sekolah tersebut melemahkan semangat anakku. Katanya program itu akan ditutup tahun ini. Kurang sambutan…

Aku dan Wordless Wednesday

Aku dan Peristiwa Minggu Ini

Minggu ini aku rajin sikit tengok wayang. Dua malam berturut-turut bawa anak-anak masuk panggung. Maklumlah anak-anak baru habis exam. Lagipun yang sulung pun ada kat rumah. Cukup korum. Malam Rabu tengok Zootopia. Malam Khamis tengok Kung Fu Panda 3. Dua-dua cerita animasi. Bolehlah tahan jalan ceritanya. Lepas ni nak try BoBoiBoy pulak. Khabarnya nak capai target 20 juta. Kalau bukan kita yang sokong filem kita siapa lagi kan?

Panggung TGV Kulai ada depan klinik aku. Balik kerja aku pergi beli tiket dulu. Aku suka panggung ini sebab dekat dengan rumah. Lagipun panggungnya masih baru lagi. Kerusinya empuk. Dewannya sejuk. Lantainya bersih. Sound systemnya boleh tahan. Jadi tak payahlah nak drive jauh-jauh untuk tengok wayang.

Petang Jumaat aku sempat mengecat pangkin luar yang dah pudar warnanya. Projek terbengkalai yang dah lama sangat tertangguh. Lepas tu kena tolong wife masak Nasi Arab. 5 kotak perencah yang ditaja, 4 ekor ayam, untuk 20 orang makan. Setiap kali buat Nasi Arab, a…

Aku dan Sedihnya Jadi Orang Malaysia

Sumber: Facebook