Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

27 Mac 2016

Aku dan Cerita Hujung Minggu Ini


Petang Jumaat.
Aku ke Bandaraya Johor Bahru.
Ada beberapa misi yang perlu aku selesaikan.
Misi pertama.
Aku kena berurusan di Maxis Service Center@Danga Bay.
Nak upgrade pakej talian telefon.
Kedatanganku disambut oleh pakcik jaga yang ramah.
Selain menjaga keamanan dia jadi duta produk jugak.
Sesekali dia buat announcement untuk promote produk MAXIS.
Ada 6 kaunter dibuka.
Tetapi pelanggan agak ramai.
Aku dapat nombor giliran 3098.
Kalau ikut angka giliran yang aku dapat,
ada 9 lagi pelanggan didepanku.
Tetapi itu untuk satu jenis urusan.
Ada beberapa jenis urusan lain guna kaunter yang sama.
Ada guna kod 5000 dan ada juga 7000.
Bermakna mungkin ada 19 orang lagi sedang menunggu giliran.


Alang-alang dah sampai.
Tunggu sahajalah giliran.
Datang lain kalipun sama juga keadaannya.
Aku sedikit tension.
Pelanggan punyalah ramai.
Tetapi tiada kerusi disediakan.
Yang ada cuma dua biji sofa empat segi.
Hanya 8 orang boleh duduk.
Maka yang lain-lain terpaksa berdiri.
Penat berdiri setempat pindah berdiri ditempat lain.
Penat berdiri menyandar didinding.
Penat menyandar akhirnya duduk bersila.
Aku boleh bersiar-siar diluar kalau nak.
Sebab bila giliran dah hampir,
aku akan dapat mesej melalui SMS.
Tetapi kat luar panas yang amat.
Baik duduk diam-diam.
Aku tak faham kenapa mereka tak nak sediakan kerusi banyak-banyak.
Tak nak galakkan orang datang gamaknya.

Lebih kurang 45 minit kemudian,
giliran aku pun tiba.
Aku nak upgrade pakej untuk line telefon anak aku.
Sekarang ini bayar RM70 sebulan untuk 200MB data.
Mahal nak mampus.
Aku tukar kepada pakej baru.
2GB data untuk RM50 sebulan.
Internet semakin murah.
Tetapi kalau malas nak menyemak memang beginilah jadinya.
Ambil pakej yang salah.
Bayar pakej yang jarang dipakai.
Zaman sekarang orang dah tak berSMS dah.
Pakej baru ni memang pantas.
4G LTE.
Macam air lajunya.


Selesai satu misi.
Ada lagi beberapa misi lain.
Misi kedua berada di Dataran Bandaraya.
Ada pesta/karnival sempena Hari Keputeraan Sultan Johor.
Aku memang mencari galeri cenderamata ini.
Nak mencari souvenir daripada sultan.


Ada banyak barang-barang cenderamata dan cenderahati untuk dibeli.
Daripada yang paling mahal sehinggalah yang paling murah.
Daripada yang paling besar hinggalah yang paling kecil.
Aku tak minat t-shirt ataupun key chain.
Aku hanya berminat dengan yang ini.


Koleksi setem oleh Pos Malaysia.


Medalion daripada Bank Negara Malaysia.


Juga buku bergambar sempena Hari Kemahkotaan tahun lepas.
Kalau bukan sebagai kenang-kenangan,
mungkin boleh jadi pelaburan masa depan.
Khabarnya harga setem dan medalion itu semakin naik.
Lagipun kalau bukan kita yang menyayangi sultan kita,
siapa lagi.


Misi ketiga.
Lokasinya di Blue Cube Aeon Taman Universiti.
Misinya nak downgrade pakej talian telefon aku.
Sekarang aku bayar RM108 sebulan untuk 4GB data.
Yang jarang habis aku pakai.
Dah bertahun rupanya aku tak semak.
Itu harga pakej beli iPhone dan diikat kontrak 2 tahun.
Lepas kontrak habis pun aku buat donno aje.
Rupa-rupanya ada pakej yang lebih murah.
RM45 sebulan untuk 2GB data.
Siapa yang bodoh?
Akulah yang bodoh.
Buta-buta aje bagi duit kat Celcom.


Pagi hari Sabtu.
Aku ke SMS Muar untuk kali keduanya.
Ada jemputan untuk Majlis Anugerah Kecemerlangan.
Juga jemputan ke mesyuarat Agung PIBG sekolah.
Aku sampai kira-kira jam 9.30 pagi.
Majlis dah pun bermula.
Masa aku datang sedang ada ucapan daripada penaung majlis tahun ini.
Penaung biasanya ahli alumni yang telah berjaya dalam kehidupan.
Penaung biasanya ahli korporat ataupun ahli politik yang berjaya.
Mereka dijemput untuk memberi sedikit ceramah motivasi.
Seterusnya menyampaikan hadiah-hadiah kepada pelajar SPM yang cemerlang.

Ini kali pertama aku hadir ke majlis seperti ini.
Tahun lepas masa anak aku ambil hadiah pun,
aku tak datang.
Wife pun tak dapat datang.
Tapi kali ini aku terpaksa datang.
Dan tak rugi aku datang.
Dapat dengar lagu filem Dilwale dalam bentuk angklong.
Juga dapat dengar anak-anak muda main lagu ghazal.
Hebat juga budak-budak SAMURA ni.


Habis penyampaian hadiah,
barulah mesyuarat PIBG dimulakan.
Kedatangan ibubapa termasuk guru-guru tak sampai 100 orang.
Aku memang jarang hadir mesyuarat.
Dan kalau hadir pun aku lebih suka jadi pemerhati.
Mesyuarat ini aku rasa terlalu formal.
Aku dapat rasakan ketegangannya.
Soalan-soalan dan pandangan daripada wakil ibubapa agak keras.
Dan seperti biasa,
siapa-siapa yang rajin bercakap,
itulah yang dilantik menjadi AJK baru untuk sessi yang baru.
NYDP yang lama telah dilantik semula menjadi YDP yang baru.
Dan jangan tak percaya,
Aku menjadi salah seorang wakil AJK ibubapa.
Nak tahu siapa yang mencalonkan aku?
Tak lain tak bukan wife aku.
Aku terima jawatan ini bukan kerana aku.
Aku terima jawatan ini kerana anak aku.
Aku nak dia kekal dalam SAMURA.
Bila ayahnya ada diSAMURA,
aku harap dia pun sama.
Tahun depan aku nak suruh anak bungsu aku pulak masuk ke sini.
Mana tahu aku pulak boleh jadi YDP.
Tapi ini bukan termasuk dalam misi aku.


Misi terakhirku.
Mencari Mee Bandung Muar yang marvellous.
Lokasi yang sama.
Rasa yang sama.
Layanan yang sama.
Tapi harga dah naik sikit.

Salam hujung minggu kawan-kawan.



4 ulasan:

  1. Tahniah Doc sebab dapat jadi AJK PIBG...
    Semoga SAMURA akan jadi sekolah pertama dalam Malaysia yang buat family day satu hari nanti.... :)
    dan yang paling penting, supaya anak (anak) dapat mencapai kecemerlangan dunia akhirat di situ.. Ameeeen!

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah.
      Semoga kami dapat membawa sedikit pembaharuan kpd SAMURA.

      Padam
  2. Mee Bandung abg sayang ke Doc?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mee Bandung Abg Sayang kat mana?
      Yg ni kedainya sebelah sekolah jer.
      Kalau ikut tekak saya memang sedap.
      Dah berpuluh kali makan kat sini.

      Padam