Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

31 Mac 2016

Aku dan Dilemma Seorang Doktor GP


Kisah MC memang tak pernah tamat.
Rasanya selagi aku masih boleh merawat pesakit,
aku pasti akan berhadapan dengan dilemma ini.
MC adalah atas dasar budi bicara doktor.
MC adalah hak mutlak doktor.
MC bukannya hak pesakit ataupun majikan.
Tetapi semua orang tak nak faham.
Bagi mereka MC adalah hak mereka.
Doktor wajib beri MC.
Jumpa doktor mesti nak dapat MC.
Tak dapat MC tak sah.
Seperti pihak insurans.
Kalau pergi specialist wajib masuk wad.
Tak masuk wad tak boleh claim.
Begitu juga kalau jumpa doktor GP.
Tak dapat MC ibarat tak sakit.
Tak dapat MC ibarat buat-buat sakit.
Malah ada company tak boleh nak claim kalau tak dapat MC.

Aku rasa dah beribu kali aku cerita pasal kekecewaanku terhadap dilemma MC ini.
Aku selalu cuba bersangka baik dengan pesakit-pesakit aku.
Sakit adalah sesuatu yang sangat subjektif.
Sakit adalah suatu benda yang kita tak nampak.
Bila pesakit datang mengadu sakit kepala,
kalau aku belah dah keluarkan otaknya sekalipun,
aku takkan jumpa bukti sakitnya.
Bila pesakit mengadu sakit pinggang,
kalau buat x-ray pun belum tentu nampak sakitnya.
Bila pesakit mengadu sakit senggugut,
takkan aku nak belah perutnya?
Jadi kalau pesakit masuk dalam bilik rawatan dan mengadu sakit,
apa yang boleh aku buat selain percaya apa yang dia kata?
Takkan aku nak kata dia bohong?
Takkan aku nak soal selidik sampai dia akhirnya mengaku dia tak sakit?
Masa keluar kereta jalan berlenggang,
masa daftar kat kaunter boleh senyum simpul,
masa menunggu giliran boleh asyik dengan game dalam handphone nya,
tetapi bila masuk bilik doktor mengadu satu badan semua sakit-sakit.
Tiada yang tak sakit melainkan semuanya sakit belaka.

Aku diajar untuk mempercayai orang lain.
Aku tidak diajar untuk mencurigai orang lain.
Tetapi 20 tahun pengalaman banyak mengajarku.
Selok-belok dan tips-tips menangkap penipu MC bersiri.
Aku banyak belajar daripada pengalaman.
Pengalaman pahit terutamanya.
Disergah oleh HR.
Disergah oleh majikan.
Disergah oleh pembantu pejabat peguam.
Kenapa mudah sangat beri MC?
Kenapa beri MC sampai 2 hari?
Kenapa pesakit boleh balik kampung lepas dapat MC?
Aku tak suka dilabel sebagai doktor yang baik.
Aku lagi tak suka dilabel mudah sangat memberi MC.
Setiap MC yang aku tulis aku timbang tara secukupnya.
Semua segi dan sudut aku tengok.
Layak atau tidak.
Boleh atau tidak.
Perlu atau tidak.
Tetapi masalahnya.
Aku juga manusia biasa.
Perasaan kasihan kadang-kadang melebihi perasaan professional.
Kalau ikutkan sikap professional sebagai doktor,
lebih 50% pesakitku sememangnya tidak layak mendapat MC.
Itulah realitinya.

Kaki MC tidak mengenal bangsa dan agama.
Melayu, Cina, India sama sahaja.
Pantang ada cuti panjang,
masing-masing nak menyambungnya dengan MC.
Pantang ada musim panas,
masing-masing sibuk dengan sakit kepalanya.
Pantang ada musim hujan,
masing-masing sibuk dengan batuk selsemanya.
Pantang ada musim kenduri,
masing-masing sibuk dengan cirit-biritnya.
Dan pantang ada musim mengawan,
masing-masing sibuk dengan sakit pinggangnya.

Sebenarnya aku dah lama give up.
Aku dah malas nak bertekak.
Kalau aku rasa nak beri aku beri.
Kalau aku rasa tak layak aku tak beri.
Apa alasan sekalipun,
kalau aku rasa tak nak beri aku teguh pegang prinsipku.
Nak tunggu kat parking lot tunggulah.
Nak tunggu dekat pintu kereta tunggulah.
Nak datang bawa lawyer datanglah.
Dan kalau berani nak ajak bertumbuk silakanlah.

Selama ini aku tidak menjual MC.
Selama ini aku tidak bersubahat menipu untuk dapatkan MC.
Tetapi ramai juga yang menipu aku untuk dapatkan MC.
Ramai juga yang buat cerita-cerita sedih untuk dapatkan MC.
Anak sakit.
Emak sakit.
Hati sakit.
Bukan aku tak tahu,
cuma aku buat-buat tak tahu.
Sebab kalau aku ambil tahu,
aku jadi stress.
Bila aku stress,
tekanan darah aku naik.
Bila tekanan darah aku naik,
semua benda jadi serba tak kena.
Aku balik awal.
Aku tutup kedai awal.
Dan aku akan pergi buat benda-benda bodoh.

Semoga Allah mengampunkan segala dosa-dosaku yang telah lalu.

Nota kaki:

Ini entri terakhirku.
Aku nak ambik MC yang panjang.





6 ulasan:

  1. Susah jgk ye jd doc hihi

    BalasPadam
  2. Bila baca catatan ini, mesti teringat kat Daddy Ziyyad...

    BalasPadam
  3. Tak berani nak mc tipu ni. Karang sakit betul-betul.

    BalasPadam
  4. HMM INILAH DELIMA DOKTOR KAN ... DOKTOR SWASTA ....
    DOKTOR KERAJAAN ORG TAK BERNAI SANGAT ... AHU DAH TAK DPT KLU DPT TU MMG HEBAT SGT DAH TU .....
    TAHUN NI SY BELUM ADA MC YG SY MINTA ... YG DOKTOR BERI ADA LA SBB BETUI2 SAKIT DAN TU PUN DR KLINIK KERAJAAN

    BalasPadam
  5. Doc Zul,
    "mohon lah pertolongan Allah dengan Sabar dan Solat (doa)"... Insya Allah hati kita akan tenang... ameeen

    BalasPadam
  6. kann.. kesian kat doktor bab2 dipersoalkan pasal mc ni.
    pernah berbulan sy plan nk p doktor mana untuk minta tolong bagi sy mc sebab sy perlukan cuti, tapi sy mmg akan jujur yang sy x sakit.

    dan semalam amik EL ja sbb baru recover sikit dr demam trk hjg minggu. mls nk beratur d klinik sbb ubat masih ada

    BalasPadam