Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

07 Mac 2016

Aku dan Hujung Minggu Ini


Hari Sabtu yang lepas.
Aku pecah rekod diri sendiri.
Menghadiri majlis Walimatulurus di tiga tempat berlainan pada satu hari.
Bermula dengan majlis kawan wife di taman yang sama.
Diikuti dengan majlis pesakit aku di dewan Bandar Putra.
Dan akhir sekali majlis kawan sepejabat wife di Dewan Masjid Senai Airport.
Trend sekarang.
Ketiga-tiga tempat menggunakan khidmat katering yang ditempah.
Tetapi ketiga-tiga tempat menghidangkan lauk-pauk yang serupa.
Nasi Briyani Johor.
Menu yang sudah sangat biasa setiap kali ada majlis perkahwinan.
Bezanya sedap ke tidak.
Lokasi pertama aku dah makan sungguh-sungguh.
Sebab nasinya sedap.
Lauk-pauknya pun sama.
Kateringnya didatangkan khas daripada Batu Pahat.
Ditambahlagi dengan hujan renyai-renyai masa itu.
Memang berselera jadinya.


Lokasi kedua aku survey lauk sahaja.
Aku cuma ambil kuih-muih dan buah-buahan.
Lokasi ketiga pun sama.
Tengok nasi dan lauknya sama sahaja.
Aku mencuba Mee Rebusnya untuk tidak menghampakan tuanrumah.
Dah jadi budaya orang-orang kita.
Setiap tempat aku diberi buah tangan untuk dibawa balik.
Macam-macam aku dapat.
Kalau dulu hanya telur rebus yang dibungkus dengan tisu untuk dibawa balik.
Sekarang dah tiada lagi telur rebus atau telur pindang.
Aku tak tahu apa sebabnya.
Mungkin zaman yang dah berubah agaknya.
Trend sekarang.
Tuanrumah lagi suka beri cenderamata yang dibungkus cantik-cantik.
Air kotak,
air mineral,
air kordial,
kerepek,
coklat,
gula-gula sumi,
mee segera,
dan jadi kebiasaan.
Surah Yasin,
kotak berisi tasbih,
bekas air/makanan,
botol isi dengan kacang,
sejadah,
tuala,
dan macam-macam lagilah.
Pun dah jadi kebiasaan.
Meja dan rak kat rumah aku dah penuh dah.
Kalau aku pergi berdua,
kedua-duanya dapat cendermata yang sama.
Kadang-kadang tak sempat pun nak buka.
Cukup tempoh bila dah banyak,
wife bawa ke sekolah ataupun pejabat.


Balik daripada menghadiri majlis perkahwinan,
anak aku dan kawan-kawannya dah sedia menunggu.
Dia menuntut janji.
Dia menuntut upah mengecat pagar semalam.
Dah 2 minggu dia asyik ingatkan aku.
Dia nak pergi ke Legoland di Iskandar Puteri.
Ada Tempatan Fest.
Ada pesta jualan baju-baju lokal.


Pukul 3.30 petang.
Aku tiba di Mall of Medini.
Lokasinya bersebelahan dengan pintu masuk ke Legoland.
Aku tak tahu pun pasal kewujudan tempat ini.
Walaupun Legoland tu dekat aje dengan rumah aku,
ini baru kali kedua aku sampai.
Kali pertama masa Legoland baru sahaja dibuka.
Itupun pusing-pusing kat luar sahaja.
Sekarang sudah sangat jauh berbeza.


Berbeza dengan tahun lepas,
lokasi kali ini lebih luas dan teratur.
Tak perlu bersesak-sesak macam tahun lepas.
Masa aku sampai,
manusia memang tengah ramai.
Kebanyakannya anak-anak muda.
Kebanyakannya berbaju hitam.
Anak aku juga kawan-kawannya pun sama.
Macam nak ke konsert black metal gamaknya.


Kedatanganku di sini hanyalah sebagai driver sahaja.
Aku memang takda niat nak beli apa-apa.
Lagipun aku tak tahu nak beli apa.
T-shirt memang nampak cantik-cantik.
Macam-macam warna.
Macam-macam corak.
Macam-macam jenama.
Tetapi semuanya tak sesuai dengan selera orang lama sepertiku.


4-5 kali pusing memang takda apa nak beli.
Jadi aku pergi ke pintu masuk Legoland.
Ramai betul yang setakat selfie kat depan pintu masuk.
Aku mencuri-curi masuk ke hotel disebelah Legoland.
Pusing-pusing sambil ambil gambar.
Citarasanya untuk orang ada-ada sahaja.
Terutamanya warga asing.
Semuanya serba mahal di sini.


Tak lama selepas itu hujan turun dengan lebatnya.
Aku duduk minum kopi sambil tunggu anak aku siap bershopping.
Walaupun anak bujang,
bershopping baju mengalahkan orang pompuan.
3 jam pun masih tak cukup.
Padahal bukan beli apa-apa pun.


Pukul 6 petang.
Akhirnya siap jugak Geng Black Metal ni menyopping.
Kata anak tak rugi datang.
Ada baju yang jual murah sampai separuh harga.
Beli 2 helai.
Satu pakai satu lagi jual kat kawan-kawan.
Untung.

Budak zaman sekarang.
Takdanya nak beli baju takda jenama.
Takdanya nak beli baju dipasar malam.
Kalau beli t-shirt kainnya nak yang sedap.
Nak yang selesa.
Tak panas dipakai.
Dan kalau boleh kat dunia ni hanya dia seorang sahaja yang pakai.
Barulah rare.
Lepas beberapa kali pakai,
dijual semula dengan kawan-kawan lain.


Ini hasil tangkapan aku.
Lego original.
Cantik helmetnya.
Cantik juga senapangnya.
Dan paling cantik bila letak dalam almari.
Budak demam terus baik demamnya.

Salam hari isnin kawan-kawan.






2 ulasan:

  1. Doc,
    Cantik Storm-trooper tu... kalau bagi saya pun okay? HEHE... :D

    BalasPadam