Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

04 Mac 2016

Aku dan Kereta Misteri JKY 4955

Sumber: Facebook
Entri ini dah lama aku simpan.
Sebab selama ini aku hanya mendengar ceritanya sahaja.
Setiap minggu ada sahaja cerita baru yang keluar dalam group FB.
Cerita tentang kereta Saga BLM JKY 4955 warna Silver.
Cerita-cerita sinis tentang cara pemanduannya.
Cerita-cerita tahap legend tentang cara pemanduannya.

Rasanya kereta ini dah terkenal disekitar bandar Kulai.
Orang Kulai dah terbiasa dengan gelagatnya.
Cerita kereta berhantu.
Cerita kereta yang dipandu oleh orang gila.
Cerita kereta yang dipandu oleh kurang siuman.
Rasanya dah lebih setahun cerita-cerita ini disebarkan.
Tetapi sehingga sekarang,
masih tiada jalan penyelesaian.

Mengikut cerita-cerita yang aku dengar.
Kereta ini memang legend.
Kereta ini dipandu tanpa undang-undang.
Memandu ditengah-tengah jalan.
Memandu di atas garisan.
Berhenti sesuka hati.
Membrek sesuka hati.
Membuat pusingan sesuka hati.
Pendek kata memang notorious.
Cuma kereta ini tak dipandu laju.
Perlahan sahaja pemanduannya.
Sebab itu takda dengar sebarang insiden kemalangan setakat ini.

Sumber : FB

Mengikut cerita yang aku dengar.
Pemandunya seorang wanita Cina.
Berusia awal 50-an.
Seorang guru sekolah.
Tetapi mengalami masalah mental.
Entah macamana.
Dia masih boleh memandu kereta.
Dia langsung tidak dihalang untuk berada dijalan raya.

Beberapa hari lepas,
aku berjumpa dengannya.
Aku melihat sendiri aksi lagak ngerinya.
Aku sedang memandu nak ke tempat kerja.
Disuatu simpang aku ternampak sebuah kereta yang semacam familiar.
Sebuah Proton Saga berwarna silver.
Betul.
Plet keretanya betul.
Pemandunya seorang wanita.
Sedang terpinga-pinga sama ada nak jalan terus atau pun nak membelok.
Beberapa kereta dibelakangnya 'diam' sahaja.
Lalu dia membelok dan memandu didepanku.
Kereta-kereta disebelah menyebelahku semuanya perlahan.
Memerhati daripada jauh.
Walaupun dia memandu perlahan di atas garisan,
tiada siapa yang membunyikan hon.
Malah kereta sebelah aku siap keluar handphone lagi.
Disimpang depan,
dia tiba-tiba berhenti ditengah jalan.
Tak tahu nak jalan terus ataupun membelok.
Kami menjarakkan kereta kami.
Takut-takut dia masuk gear undur.
Tapi nasib baik dia membelok.

Sumber: FB

Kepada sesiapa yang datang ke Kulai.
Berhati-hati jika berjumpa dengan kereta ini.
Dia tidak mengganggu orang lain.
Tetapi pemanduannya agak menakutkan.
Jangan lupa ambil gambar bila berjumpa dengannya.

Salam hari Jumaat kawan-kawan.



5 ulasan:

  1. Balasan
    1. Cubalah memandu dibelakangnya.
      Baru tahu seram ke tidak.

      Padam
  2. walau pon saya tahu ini bukan cerita hantu tapi kenapa saya terasa seram2...misteri ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kereta bergerak tanpa pemandu itu seram.
      Yang ini seramnya lain...

      Padam
  3. salam bro.
    hohoho.ini kes mak lampir bw kereta.4/52 biasa ke aeon kulaijaya.harap x terjumpa lerr mak lampir ini.seram seriau tahap gaban

    BalasPadam