Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

02 Mac 2016

Aku dan Pengakuan Seorang Doktor Terlampau


6.3.2003.
Satu tarikh rasmi.
Untuk hari keramat.
Hari dimana klinik aku mula menerima pesakit.
Hari dimana aku mengisytiharkan diriku sebagai seorang doktor GP.
Hari bermulanya rutin hidupku.
10 jam sehari.
6 hari seminggu.
Duduk dalam bilik kecil 15 x 20 kaki persegi.
Bermula jam 9 pagi.
Berakhir selepas jam 10 malam.
Bermula dengan 3 pesakit pada hari pertama.
Sehingga 60-70 pesakit sehari sekarang ini.
Jemu?
Penat?
Bosan?
Dah jalan ini yang aku pilih,
nak menyesal pun dah tak berguna.
Tetapi hari ini aku nak buat pengakuan.
Pengakuan seorang doktor terlampau.
Doktor yang terlampau prihatin terhadap para pesakitnya.
Doktor yang terlampau percaya kepada pesakitnya.
Doktor yang tak percaya kepada doktor-doktor locum untuk menggantikannya.
Dan ada juga yang kata,
aku seorang yang terlampau baik terhadap pesakitku.

13 tahun dah pun berlalu.
Tak tahu sampai bila aku akan bertahan.
Bertahan dan bersabar dalam melayan karenah manusia.
Ada yang berjumpa doktor kerana nak nasihat.
Ada yang berjumpa doktor kerana nak ubat.
Tetapi ramai yang berjumpa doktor kerana nak MC semata-mata.
Ramai yang berjumpa doktor kerana nak surat rujukan ke klinik pakar.
Ramai yang berjumpa doktor kerana nak surat akuan.
Ramai yang berjumpa doktor kerana nak berbahas.
Sedikit ilmu yang dikutip dilaman sosial,
sedikit ilmu yang digoogle dalam internet,
sedikit ilmu yang didengar daripada cakap kawan-kawan,
itu yang cuba dibahaskan dengan sedikit ilmu yang doktor ada.
Ada kalanya aku mahu melawan.
Ada kalanya aku mahu mengeluarkan hujah.
Tetapi aku pegang cakap tok guru aku masa pergi bertapa di Gunung Pulai dahulu.
Tak guna berhujah dengan orang yang punya sedikit ilmu.
Takda peluang untuk menang berhujah dengan mereka.

Sebagai doktor aku pantang bila dengan ayat-ayat begini:
" Saya tak pergi kerja pagi tadi. "
" Saya tak boleh bangun pagi tadi. "
" Saya dah cakap dengan boss saya MC hari ini. "
" Supervisor suruh datang klinik ambil MC. "
" Emak cakap tak payah pergi kerja hari ini. "
" Saya nak doktor tuliskan cuti sakit saya hari ini. "
Aku juga pantang dengan ayat-ayat begini:
" Saya nak minta surat rujukan ke klinik pakar. "
" Saya nak doktor buat ujian darah untuk saya. "
" Saya nak doktor tuliskan surat sokongan kepada saya. "
" Saya nak doktor beri antibiotik kat saya. "
" Kalau boleh doktor janganlah charge mahal-mahal. "

Ada pesakit yang boleh menggembirakan aku sepanjang hari.
Tetapi ada juga pesakit yang boleh menganggu mood aku sepanjang minggu.
Ini contoh yang paling baru.
Berlaku pada isnin yang lalu.
Seorang wanita lewat 30-an.
Sering juga datang ke klinik kerana macam-macam masalah.
Sakit orang perempuan.
Juga sakit malas.
Kalau datang klinik mesti minta ubat macam-macam.
Kalau bukan untuk dia,
dia ambil ubat untuk ahli keluarga atau anaknya.
Lepas tu minta MC.
Kadang-kadang aku tutup mata sahaja.
Dan kadang-kadang aku rajin juga bertekak dengannya.
Hari ahad petang dia datang.
Katanya letih sebab kurang darah.
Period banyak sangat katanya.
Aku beri dia vitamin dan cuti satu hari.
Petang hari isnin dia datang lagi.
Dia pulangkan MC semalam kat aku.
Dia kata nak tambah satu hari lagi.
Pening kepala pulak katanya.
Aku kata aku tak nak beri.
Sebab ikut rekod tahun ini sahaja dah 6 kali dia datang klinik.
Dia kata kalau aku tak beri dia tak nak keluar bilik.
Betul-betul dia tunggu aku.
Langsung tak nak bergerak.
Hari isnin lepas adalah hari paling malang aku.
Hari itu dah banyak kali aku reject permintaan pesakit.
Hari itu dah banyak juga aku beri MC tanpa rela.
Penat pulang berkebun dikampung.
Penat tolong angkat barang.
Penat buat kerja part time.
Lalu aku renyukkan MC yang dihulurkannya.
Aku baling ke dinding.
Dengan geramnya aku tulis satu MC baru untuk dia.
Aku cakap ini yang terakhir.
Dan aku cakap aku tak nak dia datang lagi ke klinik aku.
Sepanjang masa itu aku langsung tak pandang muka dia.
Sebab kalau aku tengok muka dia,
aku rasa nak hulur sahaja penumbuk kat muka dia.

Selepas dia keluar,
masuk pula seorang pesakit lelaki.
Kerjanya berjalan-jalan ditaman sambil membaca meter.
Dia sering datang ke klinik kerana sakit dipergelangan kakinya.
Pernah juga menjalani pembedahan dihospital pakar.
Tetapi sakitnya tetap tak hilang.
Dua minggu lepas dia datang.
Sakit yang sama.
Aku beri dia Celebrex 200mg.
Ubat penahan sakit yang paling kuat aku ada.
Tetapi petang isnin dia datang lagi.
Dengan muka bengkak sebab baru bangun dari tidur.
Dia kata kaki masih sakit.
Nak minta MC.
Aku tanya ubat tak makan ke?
Dia senyum.
Dia kata makan sebiji sahaja.
Aku tanya kenapa tak makan?
Dia kata takut nak makan.
Dia kata abang iparnya dah sakit buah pinggang.
Makan ubat banyak sangat katanya.
Lalu aku berubah menjadi Muhammmad Ali.
Aku tumbuk mukanya bertalu-talu.
Kanan kiri kanan kiri.
Pukulan knocked out dalam masa beberapa saat sahaja.

Selang 3 pesakit,
pesakit ini pula masuk.
Seorang lelaki berusia 20-an mengadu demam sejak pagi tadi.
Takda sakit lain.
Demam sahaja.
Aku periksa suhunya hanya 36.7 darjah celcius.
Tekak OK.
Muka pun nampak sihat walafiat.
Tetapi dia seorang yang berani.
" Saya tak pergi kerja pagi tadi doktor. "
Memang mencari nahas betul mamat ni.
Lalu aku keluarkan pump gun daripada bawah meja.
Aku acukan dikepalanya.
Boom!
Pecah berkecai kepalanya.

Minggu ini aku terlampau stress.
Hatiku panas.
Jantungku laju.
Tekanan darahku naik.
Aircond dalam bilik langsung tak terasa sejuknya.
Pesakit-pesakit yang datang pun langsung tak membantu.
Hatiku dah kebas.
Perasaanku seperti dibubuh ubat pelali.
Langsung tiada apa-apa.
Bila hatiku kebas,
mulutku jadi lancang.
Ayat-ayat sarkastik lancar sahaja keluar daripada mulutku.

6.3.2016.
Tarikh keramat.
Ulangtahun pembukaan klinik yang ke 13 tahun.
Tetapi adakah klinik masih dibuka seperti biasa?
Adakah klinik masih menerima pesakit seperti biasa?
Dan yang paling penting,
adakah aku masih lagi bekerja seperti biasa?
Ada yang mengajak aku mengutip buah di Australia.
Gaji besar beb.
Ada juga yang mengajak aku berhijrah ke New Zealand.
Kerja dengan cuti tahun 3 bulan.
Entahlah.
Hanya takdir yang menentukan.



















Nota kaki:

Ini adalah bab terakhir.
Bab penutup.
Untuk manuskrip buku terbaru aku.
Tunggu kedatangannya.



Terima kasih.









13 ulasan:

  1. hikhikhikhik...sy pnh pg klnik..doc offer mc tp sy yg taknak..sakit2 pun office sebab jaga prestasi..hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau nak minta MC pun patut2lah kan...
      Ada adab2 nya...

      Padam
  2. Dulu saya baik - doktor bagi MC, tapi sebab kerja banyak, ofis kecik & staf tak ramai, maka saya pergi kerja juga.
    Sekarang saya masih baik, tapi dah pindah ke ofis yang besar, staf ramai, saya pun macam tak wujud je.. sekali-sekala saya nak cari MC, tapi Doktor Zul jauh di Johor (saya di KL) , maka saya terus bekerja,,, kalau malas sangat-sangat, saya ambik EL ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Datanglah.
      Pump gun siap peluru ada dibawah meja.

      Padam
    2. Hahahaha :D .... Takut... ye ye... saya insaf, Doc... Terima kasih atas pengajaran... :)

      Padam
  3. Balasan
    1. Kalau nak rasa penumbuk aku,
      Datanglah mintak tuan manager...

      Padam
  4. hehehehe selamat ulangtahun doc. gambar doc tu, saya ada buat minggu lpas dan bagi anak sedara tgok. lintang pukang dia lari. ibu ibu tolongg mulut maklong(saya) bedarah hahaha

    ingat doc nak cerita pasla deadpool. best cite tu hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bila hati tengah panas,
      Tengok cerita ganas2 ni seronok jugak.
      Hilang sikit tension.

      Deadpool.
      Sejahat2 lelaki,
      Berubah pun kerana wanita.
      Buat malu kaum aje...

      Padam
  5. Salam sir.Yeahhh the book is coming.:)) akan order dgn autograph!!:))
    Doktor dan MC is a neverending story.Tak bagi salah,bagi laagi salah.Patutnya it's doctors' prerogative,tapi mcm terbalik pulak.Tapi saya di government setting still boleh bertegas.Jika tuan otai MBBS Malaya rasa stress,apatah lagi kami budak-budak ijau ni.Orang selalu cakap waahhh bagus jadik doktor.Banyak pahala.Tapi ni antara pekerjaan yang pahala dan dosa mcm forex.Selagi dapat kita bertahan kita lillahita'ala la, kan doc?Haha.Have a nice day sir.Always a fan.*salam salam*

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thank you for the nice words Dr Syah.
      I know who you are.
      * salam salam *

      Padam
  6. First of all, saya mmg seronok baca kisah Doktor Zoul Dahan.. Bila time nak take 5 kat ofis, mesti mencari blog2 pengalaman doktor.. Tak tau kenapa tapi ia betul2 menarik perhatian saya.. Maybe sebab kerja saya dari pagi sampai ke petang menghadap laptop aja, tak dapat menengok ragam2 manusia di luar sana.. Walaupun saya tak dapat nak merasa jadi doktor, hopefully anak2lah yang bakal menjadi doktor satu hari nanti.. InsyaAllah.. Amin3

    BalasPadam
  7. u made my day doc...suke bace cerita doc...tq doc

    BalasPadam