Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

16 Mac 2016

Aku dan Peristiwa Hari Ini

Ini cerita anak keduaku.
Kalau anda mengikuti perjalanan kehidupanku,
anda tentu tahu bahawa anakku ini pernah masuk SBP.
Tetapi tak bertahan lama.
Dia kembali semula ke sekolah harian selepas dua bulan cuba bertahan.
Alhamdulilah.
Keputusan PMRnya masih cemerlang walaupun menghadap drama Korea hari-hari.
Satu kelebihannya ialah dia minat dengan bahasa Arab.
Dia mengambil kertas bahasa Arab masa PMR dan lulus dengan cemerlang.
Bahasa Arabnya lebih baik banding bahasa Inggerisnya.
Jadi untuk tingkatan 4,
dia cuba memasuki SBP Aliran Agama.
Namun pilihannya hanya satu.
KISAS.
Malangnya permohonannya gagal.
Ada yang kata dia gagal kerana bukan datang daripada sekolah aliran agama.
Wife cuba masukkan dia ke sebuah sekolah yang ada aliran Arab didaerah ini.
Permohonan dan perpindahannya ke sekolah tersebut agak mudah.
Sekolah itupun lebih hampir dengan rumahku.
Namun kata-kata pengetua sekolah tersebut melemahkan semangat anakku.
Katanya program itu akan ditutup tahun ini.
Kurang sambutan juga keputusan para pelajarnya yang tidak memuaskan.
Dia langsung tak beri galakan kepadanya untuk meneruskan cita-citanya.
Dipendekkan cerita,
anakku menyambung kembali pelajarannya disekolah lamanya.
Masuk aliran sains tulen.
Ada pegawai yang sarankan dia belajar di sekolah aliran agama di Johor Bahru.
Ada pegawai nak tolong masukkan ke sekolah asrama di Bandar Tenggara.
Tetapi dia tak nak.
Dia masih nak masuk SBP seperti abangnya.
Lalu dia menghantar borang rayuan.

Sebulan dua ini seorang demi seorang kawannya meninggalkan sekolah.
Ada yang masuk MRSM.
Ada yang masuk sekolah teknik.
Ada juga yang berpindah sekolah.
Aku pun dah hampir putus harapan.
Sehinggalah awal pagi semalam.
Aku terima SMS ini.


Rayuan anakku untuk masuk ke SBP telah diterima.
Masuk ke sekolah abangnya.
SMS Muar.
Pilihan pertamanya semasa membuat rayuan.
Rutin dua tahun lepas akan berulang kembali.
Tempat yang sama,
masa yang sama,
aktiviti yang sama.
Semoga segala urusan dipermudahkan.
Semoga peristiwa lari daripada asrama tak berulang kembali.


Inilah satu-satunya anak perempuan aku.
Perempuan ketiga pentingnya dalam hidup aku.
Semoga dia terus cemerlang dalam hidupnya.
Hidup dunia dan akhirat.



12 ulasan:

  1. Tahniah Dr. Moga anak Dr terus berjaya

    BalasPadam
  2. Tahniah.. semoga dipermudahkan dan berjaya mencapai impiannya

    BalasPadam
  3. Tahniah.. semoga kecemerlangan berterusan... Ameeen

    BalasPadam
  4. Tahniah... Inshaa Allah...

    Ameen...

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah, Doc. Semoga dia akan terus cemerlang dan tabah. SMS Muar, sekolah hubby saya juga. So far pelajar2nya mmg cemerlang dlm pelbagai bidang. Ada hikmahnya tu. Kalau di Kisas, jenuh juga nak travel setiap minggu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Perancangan Allah lebih sempurna.
      Terima kasih.

      Padam