Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

14 Mac 2016

Aku dan Peristiwa Minggu Ini


Minggu ini aku rajin sikit tengok wayang.
Dua malam berturut-turut bawa anak-anak masuk panggung.
Maklumlah anak-anak baru habis exam.
Lagipun yang sulung pun ada kat rumah.
Cukup korum.
Malam Rabu tengok Zootopia.
Malam Khamis tengok Kung Fu Panda 3.
Dua-dua cerita animasi.
Bolehlah tahan jalan ceritanya.
Lepas ni nak try BoBoiBoy pulak.
Khabarnya nak capai target 20 juta.
Kalau bukan kita yang sokong filem kita siapa lagi kan?


Panggung TGV Kulai ada depan klinik aku.
Balik kerja aku pergi beli tiket dulu.
Aku suka panggung ini sebab dekat dengan rumah.
Lagipun panggungnya masih baru lagi.
Kerusinya empuk.
Dewannya sejuk.
Lantainya bersih.
Sound systemnya boleh tahan.
Jadi tak payahlah nak drive jauh-jauh untuk tengok wayang.


Petang Jumaat aku sempat mengecat pangkin luar yang dah pudar warnanya.
Projek terbengkalai yang dah lama sangat tertangguh.
Lepas tu kena tolong wife masak Nasi Arab.
5 kotak perencah yang ditaja,
4 ekor ayam,
untuk 20 orang makan.
Setiap kali buat Nasi Arab,
aku kena siapkan Sos Harrah dan Salad Arabnya.
Kalau ada sesiapa nak ambil order lepas ni,
rasanya itulah bahagian aku.
Anak dara aku bahagian membakar ayam.
Manakala anak-anak lelaki tolong rasa sahaja.
Wife pun dah makin mahir memasaknya.
Resepi pun dah banyak ubah ikut selera tekak orang Malaysia.

Malam itu heboh dikampung aku.
Ada seorang makcik tua difelda bersebelahan ditetak sebelum dirompak.
Ramai rakan share gambar di group Whatsapp.
Ceritanya sekumpulan lelaki datang untuk pasang penapis air.
Dan memandangkan waktu itu orang lelaki semuanya ke masjid,
jadi mereka pun berani buat kerjalah.
Khabarnya sebelum itu ada kes yang hampir sama di sebuah kampung di Kulai.
Seorang wanita tua diperdaya.
Nasib baik tak diapa-apakan.
Kononnya nak suruh mencuba mesin urut kaki terbaru.
Kalau nak cuba guna mesin urut semua emas kena tanggalkan.
Lepas tu kena tutup mata.
Bila buka mata,
semua emas dah hilang,
yang menjual semua dah hilang.
Kasihan sungguh.
Khabarnya makcik tua yang ditetak tu dah meninggal dunia.
Inalilah.


Tengahari hari Sabtu.
Aku pergi majlis perkahwinan sepupu wife di Felda Bukit Permai, Layang-Layang.
Perjalanan yang agak jauh.
Wife bawa ikut jalan potong dalam ladang kelapa sawit.
Cuaca memang sangat panas.
Nasib baik makanan sedap.
Layanan pun bagus.
Katering orang felda lagi dahsyat aku tengok.
Dekorasinya lagi cantik.
Setiap hidangan siap ada label lagi.
Tukang masaknya lengkap berpakaian ala chef.
Sound system pun macam nak buat konsert.
Memang hebat orang felda zaman sekarang.


Balik daripada majlis jemputan,
wife ajak singgah ke pekan Layang-Layang.
Melawat kampung di mana dia pernah dibesarkan.
Dia juga sempat throwback ke sekolah lama dia.
Sekolah Rendah Pekan Layang-Layang.
Walaupun aku tak pernah bersekolah di sini,
aku rasa aku pernah jumpa wife aku masa kecil-kecil dulu.
Sebab setiap kali cuti sekolah, 
aku rajin juga datang ziarah saudara aku di sini.
Dan rasanya sebelum kali pertama aku jumpa dia di sekolah menengah dahulu,
Aku pernah berjumpa dengannya.
Hebat betul kesan cinta pandang pertama aku.


Malam Sabtu.
Atas pengaruh kawan-kawan,
aku bawa famili mencuba tempat makan baru di Pejabat Peladang Kulai.
Medan Selera D'Peladang.
Medan selera ini dibuka daripada jam 5 petang hinggalah awal pagi.
Konsepnya senang sahaja.
Ada lebih kurang 10 gerai berbeza,
menjual makanan berbeza menu.
Pilihan ikut selera tekak masing-masing.
Aneka sup,
aneka nasi,
aneka mee,
ikan bakar,
burger dan chicken chop,
aneka satay.
Konsepnya layan diri.
Order makanan digerai dan tunggu dimeja.
Bila makanan sampai baru bayar.


Konsep seperti ini selalu aku jumpa.
Tetapi kalau diKulai,
inilah yang pertama.
Suasananya tenang dan terkawal.
Ada skrin besar menayangkan bola sepak live.
Meja pun ada banyak.
Masa aku datang,
tiga suku meja dah dipenuhi pelanggan.
Ramai juga yang aku kenal turut mencuba masakan di sini.


Aku mencuba Kuey Teow Mamu Penang.
Rasanya lebih kurang dengan Kuey Teow yang aku makan di Padang Kota.
Boleh tahan sedapnya.
Ada dua ekor udang besar disertakan.
Harganya baru RM6.00.


Anakku mencuba Nasi Ayam.
Harganya cuma RM4.90.
Tetapi rasanya biasa-biasa sahaja.


Anakku juga mencuba Sotong King.
Sotong Goreng Tepung Berempah.
Sepinggan baru RM10.00.
Cukup untuk 4 orang makan.


Aku juga mencuba Satay Ayam dan Daging.
Dibakar garing dan dicicah dengan sos kacang yang agak manis.
Secucuk masih 70 sen.

Keseluruhannya agak memuaskan.
Layanan cepat dan mesra alam.
Harga pun berpatutan.
Cuma meja makan agak gelap sikit.
Suasana pun jadi muram.
Masih banyak boleh dipertingkatkan.
Dan dijangka akan lebih popular dimasa akan datang.
Kalau ada gerai menjual steamboat atau Yong Tau Fu lagi best.
Kalau ada live band lagilah mengancam.

Demikianlah diari hidupku sepanjang minggu lepas.
Minggu ini minggu cuti persekolahan.
Wife sibuk dengan assignment.
Anak ada kelas tambahan.
Jadi rasanya minggu ini aku takkan kemana-mana.
Duduk diklinik sahajalah.
Lagipun suhu diluar sangat panas.
Tak sesuai untuk berpoya-poya.



2 ulasan:

  1. lawak sangat filem zootopia...nak2 part sloth nama Flash tu...menyampah tengok tapi part tu la yg paling kelaka pastu ketua mafia mr Big dengan anak dia Fru Fru pon comel sangat2...memula masa beli tiket tu saya niat memang nak hiburkan anak2 je...last2 saya pon ikut terhibur jugak...kikiki

    BalasPadam
    Balasan
    1. Zootopia memang best jalan ceritanya.
      Endingnya tak dijangka.
      Tak seperti KungFu Panda 3.
      Lawak yg sama.
      Jalan cerita pun predictable.
      Kalau nak tengok jangan sebelah malam.
      Boleh tertidur.

      Padam