Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

08 Mac 2016

Aku dan Pesakit Hari Ini


Seorang lelaki berusia 39 tahun.
Beliau sekeluarga adalah pesakitku semenjak tahun 2006 lagi.
Walaupun beliau sering datang ke klinik,
beliau hanya membawa dan menemani anak dan isterinya untuk rawatan.
Beliau jarang mendapatkan rawatan denganku.
Kali terakhir aku merawat beliau pada tahun 2013.
Beliau sebenarnya ada masalah tekanan darah tinggi.
Tetapi beliau tak rajin untuk makan ubat.
Beliau makan ubat bila perlu sahaja.
Menjalani pemeriksaan berkala pun sangat jarang.
Kali terakhir aku merawatnya,
tekanan darahnya 170/110 mmHg.
Aku beri beliau ubat darah tinggi selama sebulan.
Selepas itu beliau langsung tak datang untuk rawatan susulan.

Pagi tadi seorang kawan sekerjanya datang ke klinik.
Dia mengadu sakit kepala.
Dan nak tengok tekanan darahnya.
Ikut rekodku,
kali terakhir dia datang berjumpa denganku ialah pada 2012.
Sambil berseloroh aku bertanya,
" Apa pasal tiba-tiba nak check tekanan darah ni? "
Lalu dia bercerita pasal kawannya.
Semalam dia pergi melawat kawannya dihospital besar.
Kawannya dah 5 hari koma.
Masalah tekanan darah tinggi.
Ada pendarahan dalam otaknya.

Kebetulan.
Selang beberapa lama,
isterinya pula datang ke klinik.
Membawa anak bungsunya yang demam.
Belum sempat aku bertanya lanjut,
dia beritahu aku suaminya dah 5 hari koma dihospital besar.
Menurutnya suaminya memang selalu mengadu sakit kepala.
Tetapi jarang buat rawatan.
Beliau sekadar makan apa-apa ubat yang ada.
Selepas bangun tidur sakitnya hilang.
Jadi isterinya pun buat tak kisah sahaja.
Lagipun suaminya masih muda.
Emak bapak mertuanya pun masih sihat.
Dia langsung tak menjangka perkara begini akan terjadi.

Tengahari hari Jumaat yang lepas,
beliau sedang memasak didapur.
Suaminya pula sedang mandi dibilik air ditingkat atas.
Sedang bersiap untuk pergi sembahyang Jumaat.
Tiba-tiba anak lelakinya datang kepadanya.
Dia kata abah nak ubat sakit kepalanya.
Tetapi dia tak tahu ubat yang mana.
Lalu dia suruh anak perempuannya naik dan pergi bertanya kat abahnya.
Tiba-tiba anak perempuannya berlari sambil memanggilnya.
Dia pun berlari naik ke atas.
Dia lihat suaminya sedang menggelupur di atas katil.
Matanya dah ke atas.
Mulutnya berbuih.
Tangan dan kakinya kekejangan.

Dipendekkan cerita,
ambulan sampai dirumahnya kira-kira setengah jam kemudian.
Doktor hospital mengesahkan tekanan darah suaminya sangat tinggi.
Dan ada pendarahan didalam otaknya.
Beliau terus menjalani scan otak.
Ada pendarahan yang teruk dalam otaknya.
Beberapa doktor pakar berbincang dengannya.
Keadaannya sangat kritikal.
Pembedahan pun tidak dapat menjamin masa depannya.
Doktor pakar sudah tidak memberi harapan kepadanya.
Berlinang airmata isterinya bercerita denganku.

Kenyataan.
Isterinya kini sedang sarat mengandung anak ke empat.
Bulan depan dijangka akan bersalin.
Anak sulungnya ditingkatan satu.
Manakala yang bungsu dalam darjah satu.
Isterinya tak pernah bekerja.
Menjadi surirumah sepenuh masa.
Masa depan mereka kelihatan malap.
Bagaimana dengan kehidupan mereka sekeluarga dimasa depan?
Sebagai orang Islam,
aku ingatkan kakak ini.
" Jangan menyerah kak. Kita masih ada Allah. "
" Pasti ada jalan. "

Kepada sahabat-sahabat diluar sana.
Beringatlah.
Jagalah kesihatan.
Terimalah kenyataan.
Kalau perlu makan ubat, makanlah ubat.
Kalau perlu kuruskan badan,  kuruskanlah badan.
Kalau perlu berpuasa selalu, berpuasalah selalu.
Dan kalau belum ada apa-apa penyakit,
belilah insurans nyawa juga kesihatan.
Tak banyak pun sedikit.
Betul.
Kita ada Allah.
Tapi kenalah usaha untuk mencegah.
Kenalah usaha untuk beringat.
Jangan main tadah sahaja.

Peringatan untuk diri sendiri juga.



5 ulasan:

  1. Terima kasih bagi peringatan ni. Alat check darah yg omron etc tu betul ke bacaannya doktor. Makchaq check guna yg tu.. tekanan ok..
    Tapi bila pegi klinik doktor kata tinggi sikit.. 139-
    140/86-90. Kalau check kat rumah ok.. paling tinggi 132/88. Biasa 117-128/75-88. X betul ke bacaan kat rumah tu doktor?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mesin guna bateri ni accurate jugak.
      Cuma masa ambil tekanan darah tu kena relaks.
      Jangan bercakap2 atau bergerak banyak sangat.
      InsyaAllah tepat.
      Saya tengok bacaan tu taklah beza banyak sangat.
      Mungkin depan doktor ada darah gemuruh sedikit.
      Sebab tu bacaan ada sikit tinggi.

      Terima kasih.

      Padam
  2. Saya pun ada story lebih kurang sama dgn staf. Diabetes. Reluctant nk terima kenyataan, dia ignore ubat. Last week dh lemah, masuk High Dependency Unit. Kidney sebelah dah kaput. Dialysis seumur hidup..

    BalasPadam
  3. Tq for sharing. Klinik kat mana doctor?

    BalasPadam