Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

29 Mac 2016

Aku dan Pesakit Hari Ini


Tiga hari yang lalu.
Seorang makcik berusia lewat 50-an datang ke klinik.
Dia datang daripada luar kawasan.
Dia seorang penghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi.
Dia dalam rawatan dan follow up di klinik kerajaan.
Dia datang berjumpa denganku atas nasihat kawannya.
Nak suruh aku tengok-tengokkan penyakitnya.
Dia mengadu perutnya semakin membesar.
Dia mengadu susah nak buang air besar.
Dia kata dah berubat dibanyak tempat tetapi belum ada jodoh.
Macam-macam soalan aku tanya tetapi dia kata semuanya OK.
Aku pun tak suspect apa-apa.
Aku periksa perutnya.
Aku buat simple scan diperutnya.
Tak nampak ada apa-apa masalah besar.
Rahimnya nampak lain sedikit tetapi aku rasa macam tak signifikan.
Sedikit nasihat biasa-biasa aku beri.
Ubat pun aku beri ubat-ubat biasa sahaja.

Pagi tadi dia datang lagi.
Kali ini dia minta nak buat scan dihospital swasta.
Nak minta aku tuliskan surat rujukan.
Tanpa bertanya banyak,
aku rujuk dia ke Radiologist di bandaraya Johor Bahru.
Aku nak suruh dia buat ultrasound keseluruhan abdomennya.
Manalah tahu akan jumpa benda-benda yang aku tak nampak.

Tengahari tadi dia kembali dengan laporan daripada pakar.
Tiada apa yang mengejutkan.
Cuma ada disebut Leiomyoma iaitu sejenis ketumbuhan pada dinding rahim.
Hati, buah pinggang, ovari juga lain-lain dikatakan normal.
Jadi apa masalahnya?
Lalu makcik tu mengeluarkan kad-kad rawatannya daripada hospital besar.
"Doktor kerajaan kata makcik ada kanser tahap empat."
"Doktor dah suruh makcik masuk wad."
"Doktor nak suruh buat chemo."
"Tapi makcik tak yakin makcik ada kanser."
"Anak-anak makcik pun tak yakin."
Aku pandang makcik ni atas bawah.
" Kenapa sebelum ini makcik tak beritahu saya? "
" Makcik tak rasa makcik ada kanser. Sebab itu makcik tak nak cerita. "
Aduh! Pening aku sekejap.

Kalau ikut kad-kad rekod yang ada ditanganku,
makcik ini ada rawatan di klinik pakar bedah juga pakar sakit puan.
Dan makcik ini mula dirujuk ke unit Onkologi awal bulan 2 yang lepas.
Selang seminggu dia diarah datang ke hospital.
Cucuk sana cucuk sini.
Buat scope atas.
Buat scope bawah.
Buat scope depan.
Buat scope belakang.
Sehari suntuk dihospital.
Dia kasihan kat anak-anak yang menemaninya.
Seharian berkampung di perkarangan hospital.
Tetapi seperti yang diberitahu kepadaku,
makcik dan ahli keluarganya tak tahu kanser itu datang daripada mana.
Yang dia tahu,
kanser dah tahap 4.
Yang dia tahu,
nak kena chemo.
Itu sahaja.
Anaknya kata hospital tak nak beri rekod-rekod dia walaupun diminta.
Itu sebabnya dia datang cari aku.
Nak minta dirujuk ke doktor pakar swasta pula.
Nak mencuba rawatan di pakar swasta pulak.

Aku tak salahkan makcik ini.
Aku kasihan sebenarnya.
Dalam 2 bulan ini penuh jadualnya dihospital.
Klinik Pakar Bedah,
Klinik Pakar Sakit Puan,
juga Klinik Onkologi.
Dia kata sehari suntuk di hospital,
tetapi langsung takda keputusan.
Dia kata tiada siapa yang duduk menerangkan hal penyakitnya.
Dia dah mula mencuba rawatan alternatif.
Dia dah mula dimomokkan kesan rawatan chemotherapy.
Dia juga dah mula hilang kepercayaan dengan rawatan moden.

Tengahari tadi aku rujuk dia ke pakar onkologi hospital swasta.
Sahabat aku juga.
Junior aku masa di UM dahulu.
Juga doktor yang merawat ayah mertuaku 2 tahun yang lalu.
Dalam surat itu aku siap minta update pasal makcik ini.

Sebentar tadi aku dapat panggilan daripada sahabatku.
Dia berjaya mendapat cerita sebenar daripada pihak hospital.
Kesnya mula terbentang didepan mataku.
Confirmed.
Kanser tahap 4.
Primary daripada uterus.
Dan dah merebak ke peritoneum.
Rawatannya,
pembedahan membuang rahim dan ovari.
Diikuti dengan rawatan chemotherapy.
Seperti aku juga.
Dia pun confused.
Kenapa kes seperti ini menjadi begitu complicated.
Tolak sana.
Tolak sini.
Dan akhirnya pesakit seperti ditingalkan diawang-awangan.
Tak tahu pucuk pangkal.
Yang dia tahu cuma ada kanser sahaja.
Aku tak salahkan pihak hospital.
Aku juga tak salahkan makcik ini.
Kanser bukannya sakit demam batuk dan selsema.
Sehari dua dah boleh sembuh.
Makan ubat sekali dua dah boleh sembuh.
Kanser ibarat bom atom.
Satu perkataan yang sangat besar impaknya.
Ibarat dijatuhkan hukuman gantung sampai mati.
Ayah mertuaku dah melaluinya.
Aku pun dah melaluinya.
Nak menerima kenyataan dan hakikat memanglah sukar.
Denial atau menafikannya adalah paling mudah.
Tetapi sampai bila?

Sahabatku telah merujuk beliau kembali semula ke hospital kerajaan.
Tak berbaloi untuk berubat di hospital swasta.
Kosnya sangat mahal dan tempohnya sangat panjang.
Lainlah kalau ada medical card.

Aku ada seorang lagi pesakit.
Lelaki berusia awal 50-an.
Dia mula menjadi pesakitku kerana masalah sakit-sakit sendi yang kronik.
Doktor dihospital kerajaan kata masalah gout sahaja.
Aku pernah rujuk ke pakar rheumatologist.
Pun kata masalah gout sahaja.
Dipendekkan cerita,
dia akhirnya disahkan menghidap Myelofibrosis.
Sejenis kanser sum sum tulang.
Lama beliau mendapat rawatan dihospital kerajaan.
Beliau dirujuk sampai ke Kuala Lumpur.
Dua kali nak buat pemindahan sumsum tulang tetapi gagal.
Kini doktor hospital kerajaan dah beri kata penamat kepadanya.
Rawatan untuk dia dah tamat.
Dia dah disuruh untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
Perkeso dah luluskan permohonan pencen ilatnya.
KWSPnya pun sedang dalam proses pengeluaran.
Darah merahnya tinggal 4.0 point sahaja.
Selang 2 minggu dia kena masuk darah.
Walaupun aku tengok dia semakin kurus dan pucat,
tetapi dia dah pasrah.
Dia dah menerima ketentuan Ilahi.
Dia kata dia dah bersedia.
Untuk dijemput menghadapNya bila-bila masa.

Inilah kehidupan.
Manusia hanya mampu merancang.
Tetapi Allah yang menentukan.
Semoga ada pengakhiran yang baik untuk kedua-dua pesakitku ini.


2 ulasan:

  1. Manusia hanya mampu merancang.. Dialah yang menentukannya. Semoga kedua2 pesakit ini tabah melalui hari-hari mendatang

    BalasPadam
  2. Mati itu pasti dan kematian adalah merupakan permulaan kepada kehidupan(yang sebenar dan abadi). Penyakit hanyalah penyebab kepada kematian. Alhamdulillah...pakcik tu rasa dah bersedia dan dapat menerima ketentuan Allah dengan hati yang redho.Semuga dia pergi dengan tenang(kalau dah sampai ajalnya).

    BalasPadam