Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

11 Mac 2016

Aku dan Projek Hari Ini

Salam hari jumaat.
Hari ini hari cuti.
Tetapi awal pagi aku dah sampai diklinik.
Aku ada buat appointment dengan doktor aircond aku.
Nak servis sistem aircond dalam bilik aku.
Maklumlah musim El Nino.
Aircond terasa tak cukup sejuk.

Kat klinik aku ada 3 unit aircond.
Satu diruang menunggu.
Satu dalam bilik pembedahan.
Dan satu lagi dalam bilik aku.
Semuanya dah berusia lebih 10 tahun.
Seusia dengan klinik aku.

Sepanjang 13 tahun ini,
aku hanya percaya kat pakar aircond yang ini sahaja.
Aku pernah suruh orang lain.
Kononnya nak bantu bangsa sendiri.
Datang servis aircond cuma bawa kain lap dan baldi sahaja.
Tangga pun aku yang carikan..
Datang lap dan bersihkan luaran sahaja.
Lepas tu charged aku 25 ringgit untuk satu aircond.
Tak sampai setengah jam dah siap.
Yang lain-lain dia langsung tak tengok.

Kalau ikut pakar aircond yang ini.
Aircond sepatutnya servis 6 bulan sekali.
Tetapi dia ada ajar aku.
Setiap 3 bulan boleh turunkan filter dan cuci sendiri.
Setahun sekali baru panggil dia datang.
Tak pun kalau ada masalah baru panggil dia datang.
Dia ada cerita dengan aku,
ada satu klinik.
Setiap 3 bulan panggil dia datang.
Suruh check sebab aircond dah tak sejuk.
Padahal filter dah tebal dengan habuk.
Dia datang semata-mata untuk cuci filter.
Dah ajar banyak kali,
tetapi tiada siapa yang nak buat.
Dan walaupun aku ni jenis pemalas,
setiap 3 bulan aku mesti panjat untuk cuci filter aircond aku.
Jimat sikit kos.


Pakar aircond ini memang cermat kerjanya.
Aku tengok dia buat kerja pun aku tahu.
Satu biji aircond dan kompressor dibawanya turun.
Yang diluar juga yang didalam.
Cuci kasi bersih.
Pancit dengan ubat.
Tembak dengan air.
Bila pasang balik,
nampak seperti baru.
Sejuknya pun rasa seperti baru.
Memang puashati.
Servis 100%.
Bukannya lap luaran sahaja.
Dah charged 25 ringgit.


Untuk servis kali ini,
Banyak berita tak baik aku dengar.
aircond aku banyak dah rosaknya.
Maklumlah dah lebih sepuluh tahun usianya.
Banyak nak kena tukar.
Sebelum tukar apa-apa,
dia bincang dengan aku dulu.
Kalau rasa tak untung tukar spare parts,
dia cadangkan tukar yang baru.
Kalau rasa tak mampu,
dia akan carikan yang second hand.
Kompressor untuk aircond di bilik pembedahan dah nazak.
Hidupkan lama sikit, suis tendang.
Blackout satu klinik.
Tukar kompressor dalam 800 ringgit.
Tukar baru satu set dalam 1600 ringgit.
Kalau cari second hand boleh dapat dalam 500 ringgit.
Ni dia tengah usahakan mencari yang second hand.

Setiap kali dia datang,
dia mesti bawa pekerja baru.
Pekerja bangsa Cina tak kekal lama katanya.
Pandai sikit terus cari kerja di Singapura.
Gaji lagi besar.
Pekerja melayu pula tak sanggup kerja dengannya.
Sekarang pekerjanya semua bangsa Indonesia.
Tekun dan pendiam.
Nampaknya sedang belajar.
Satu apa pun tak tahu lagi.
Kalau ikut ceritanya,
dia dah 20 tahun buat kerja ini.
Walaupun ada kuli,
kebanyakan kerja dia yang buat.
Kalau kulinya yang buat,
dia akan double checked sebelum hantar invois.


Aku pernah cerita pasal plumber ini.
Dan pakar aircond ini pun sama.
Dia tak banyak cakap.
Kerjanya agak lambat tapi cermat.
Hantar invois pun lambat.
Payment pun dia tak kejar.
Aku suka berurusan dengan orang-orang seperti ini.
Seorang lagi ialah pakar elektrik aku.
Bangsa India.
Pun sama.
Kerjanya tak banyak cakap.
Dan upahnya tak mahal.
Aku pernah tanya quotation untuk satu projek.
Bangsa sendiri minta 3 ribu.
Anggaran 2 minggu baru siap.
Tapi dengan dia.
Dua hari siap.
Kos pun tak sampai 500 ringgit.
Malangnya.
Dia dah meninggal dunia.
Mati mengejut.
Nasib baik aku ada kawan seorang electrician.
Kawan sekolah menengah dulu.
Cuma mamat ni banyak sangat job.
Appointmentnya kena tunggu lama.

Salam hari Jumaat yang panas kawan-kawan.
Dengar khutbah jumaat hari ini?
Kisah fitnah Dajjal.
Seramnya dengar kisah dunia sebelum kiamat.
SubhanAllah.


1 ulasan:

  1. Makchaq pun selalu ingat nak tolong orang melayu buat servis2 ni.. tapi tu la... charge melampau.. lebih sekali ganda.. lepas tu hasilnya pun x berapa nak ok/kemas...

    BalasPadam